Monday 30 December 2013

Tempoh braces

Asalamualaikum

Dulu: '' Akak bila nak cabut besi. Tak kaco ke pakai besi tu"
Sekarang: '' Acik. bila nak cabut braces tu. Lamanya pakai.''

Bi tarik nafas. Lepas. Tarik lagi.

Terfikir sekejap.
Memang agak lama bi memakai braces. Daripada pertengahan 2010 dan esok 2014. Bak Hang nak masuk tahun keempat! Lama sehinggakan gelaran akak bi dah bertukar ke 'acik'.. Masyallah!

Sebenarnya itu normal. Tempoh yang sangat normal bagi umur-umur macam bi ni if memasang braces. Umur 22,23,24,25,26,27,29 ++ adalah normal mengambil masa sehingga 5 tahun. Bertambah normal jika keadaan gigi terlalu kompleksss untuk dicantik baikpulihkan.

Mai nak cerita sikit. Bi nak cerita kenapa bi ambil masa yang sangat lama.
Pertama, bi suka kejap pakai dan kejap cabut. Seingat bi cabut dua kali pada tempoh yang lama. Satu ketika kenduri perkahwinan abang bi, satu lagi kenduri bi. Lucukan, kenduri abang, tapi bi yang beria-ia cabut. Ntah, mungkin time tu tak berapa ada duit nak tukar dawai. Sebab bila dah pakai braces, setiap bulan kena tukar bracet dengan jenis dawai. Sekali tukar rm300 time tu. Bila dah cabut memang balut liatlah nak kembali pasang. Serius! Mungkin dah dapat balik nikmat menggigit burger dan sate kegemaran. Yelah selama iini sikit-sikit kena cubit. Orang dah makna 10 cucuk sate, bi baru 5 cucuk. Rugi..rugi..

Kedua, bi sebenarnya..tukar treatment daripada braces jenis daimon ke jenis metal. So, bayangkan..Lepas bi bukak daimon bi terus tanya doktor boleh tak tukar braces jenis lain. Doktor gelak. Tergedik-gedik doktor gelak. Bi tanya, bukan buat lawak. Doktor cuma jawab:

''Boleh, tapi kenapa nak tukar"
'Sebab..masa saya remove braces ni sekejap saya rasa dia bergerak sikit gigi ni. Jadi ada lubang balik kat garham tu'
'Oh.. normal!'

Bi diam. Mana boleh normal. Baru 3 bulan bukak, dah bergerak. Bayangkan kalau 20 bulan. Bayangkan kalau 20 tahun. Bukankah gigi bi kembali berlubang. Bi tekad pasang metal.Tekad! Tekad! duit!duit!!

Bi pergi klinik Aina. Tanya doktor. Cakap pada doktor bi dah pasang diamond dan nak tukar. Doktor kata boleh. So murah je dia caj sebab bi dah pakai braces dulu. Cuma bi agak sedih-sedih gitu, bila doktor gigi aina tu kata kena start dari mula jugak sebab akar gigi bi dulu masa pasang jenis diamond doktor tu tak tarik habis akar tu. So memang akan berlaku pergerakan balik.

Kata doktor, jenis diamond memang laju treatment dia.. tapi tak semua boleh pakai. Kalau gigi akar jenis kuat, agak tak sesuai. Betullah kot..seingat bi, ketika pakai braces jenis diamond lekatan bracet besi tu hanya luar permukaan gigi. Dia tak usik langsung bahagian dalam. Tak macam metal braces. Siap ikat besi pada permukaan gigi dibahagian dalam.

Gedebak gedebuk..dalam next week bi pasang kembali. Sekarang melekatlah braces metal pada gigi bi. Insyallah nantu bi update pasang jenis metal ni.
Harini 31 disember 2013 kira hampir genap setahun bi pakai metal. Sekejap je kan ^_^

Sunday 22 December 2013

Veil nikah + inner pada harga budget

Asalamualaikum wrt.

Apa khabar. Alhamdulillah tempahan veil bi semakin banyak.. Alhamdulillah juga semuanya dapat bi siapkan dalam tempoh dan kualiti diminta. Cuma ada 2,3 bi siapkan lambat memandangkan tarikhnya masih lambat lagi. Baguih juga untuk yang menempah awal. Ada lah sedikit extra sedekah bi bagi... Jahitan lagi sempurna, manik lagi meriah!

Woha.

Ada 1 set veil bi nak letgo pada harga murah. Mungkin u olls harga tu agak tinggi, tapi bi berpendapat ia dikira murah. Pasai, material yang digunakan agak cantik dan berkualiti.

Veil: lembut sangat net dia -1 meter. dan beading dia bersepah-sepah bi taruk
inner: jenis cotton dan bermuncung,

Sat.. Masukkan gambar dulu ye. Tengok cuci mata dulu.





Mesti nak tau pasai hargakan.
Bi offer pada harga rm90 sahaja utk 2 item. veil + inner.
Tak termasuk postage tau!

Cuma nanti belilah shawl putih @ tudung syiria. Tak adalah tudungnya pendek sangat. Opss lupa, inner ni memang tebal dan jenis kain cotton..

Kalo berminat boleh wassap atau tegur kat fb bi ea: 0133574367

Wednesday 4 December 2013

Tempahan veil budget masih dibuka

Asalamualaikum wrt

Pagi tadi update, petang tadi update.. OHsem nye!

Bi tak nak cerita banyak. cuma nak kasi tahu sedikit. Atas perminataan bi masih menerima tempahan veil budget.Bi akan terima selagi boleh handle. Insyallah! Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk bi.. Amen!

Hanya rm50.
-termasuk material kain net lembut + lace + manik
-2 pilihan warna putih: putih susu(mcm warna susu pekat dalam tin),dan putih ala salji
-Panjang 1 meter
-Siap dalma tempoh 10 hari selepas bankin.

Untuk special penambahan/penukaran butiran seperti berikut:
-tukar warna veil +rm20
-tambah bunga 3D dan lebih maniks +rm10







kiri: cream kuning. kanan: kunin gold. ni special request

nilah bunga 3D

sedia dipost!
Insyallah,
dalam masa terdekat ni akan jual 1 set dengan shawl dan tudung.. Jadilah bolehlah 1 SET veil dan tudung. Bagi yang berminat dengan veil budget ni boleh la wassap bi 0133574367. Anda boleh dapatkan pandangan warna veil yang sesuai untuk dikombinasikan dengan baju anda, Just sendkan sahaja gambar baju anda. Ye! free bi tak kenakan caj. Halal dan halal!

hasil pertama melukis
*** apa pandangan anda. First time bi lukis :) kalau terus belajar rasanya boleh ambil tempahan tak.
smile...

Tuesday 3 December 2013

Tempahan Makeup Birubi 2014 dibuka

Asalamuamalaikum
Sekarang musim hujan. Pagi tadi nak pergi kerja hujan je. Cuaca begini tak sepatutnya pergi kerja. Sewajarnya dengan cuaca manje sejuk ni kita kena tidor. Baru menikmati alam.

hi hi hi

Musim hujan ni, harap-harap bagi yang bakal mendirikan kenduri banyakkan bersabar. Andailah hujan menimpa sewaktu kompang dipalu, banyakkan bersabar. Allah nak bagi hujan rahmat. Sweet apa, kalau orang putih kita tengok sweet aje kahwin dalam salji.. Kita disini kahwin hujan turun.

Uppppss..! ok bi gurau aje. Nak tau, masa kenduri bi pun, hujan jugak. Tak lama tapi agak lebat. Nasib baik bi tak pakai veil atau dress yang meleret sapu lantai. Kalau tak, terpaksa pengantin tukar uniform :)
MasyaAllah.

Moral of the story.. andailah anda nak kahwin jatuh pada musim hujan. Monsun hujan.. kurangkanlah leretan kain dari menyapu lantai.. Memang cantik. Cuma biarlah kena pada masa dan cuaca :)

Ok. bi nak cerita pasal makeup. Tempahan Makeup 2014 telah dibuka. Bagi yang berminat mendapatkan sentuhan jemari bi di majlis pernikahan.persandingan.pertunangan. boleh booking segera! Wassaapp pada no keramat bi: o133574367. Siapa cepat dia dapat.
Untuk booking pada harga promosi boleh dilakukan sebelum 31 dec 2013 ini!

- makeup tunang/nikah: rm200 (np: rm250)
-makeup  sanding: rm250 (np: rm300)
-nikah dan sanding: rm380 sahaja... (rm500)

Bi tak cukur kening. Bi pakai teknik gam. Bulu mata pun nak pakai boleh, tak mau pun tak apa.. Sebab bi akan lentikkan bulu mata dengan kuasa mascara yang hebat! Setakat ni, bi gunakan produk suprakrayolan, nacturator, mac, bobbi brown, romantika dan dramatique.. Insyallah tidak merosakkan kulit anda kerana ia bukan tiruan!

Ada 3 jenis makeup yang bi tawarkan.
Pertama: Makeup fresh look= ala-ala korean stail. Tapi ini bi sugestkan pada kulit yang cerah dan sederhana cerah. Untuk kulit color gelap, bi tak syorkan sangat.
Kedua: Makeup geek/gorgeous look= Makeup ni lebih kepada mata hitam
Ketiga: Natural look= Ni banyak warna tanah. Macam tak makeup tapi makeup. Sesuai utk nikah!

Berminat? hubungi bi segera. Setakat ini bi hanya terima sekitar lembah Klang dan hingga area nilai utk negeri sembilan sahaja.
Bagi yang berminat untuk test makeup boleh datang ke tempat bi. hanya rm60 sahaja.


NIKAH-fresh look

SANDING


request: simple sahaja

lighting pada waktu malam. Ni bi sahaja test-test pada adik bi. urmmm...

Ok. sekian terima kasih.



Thursday 21 November 2013

Pelancaran facebook 'birubi pusat kahwin budget'...

Asalamualaikum.
Selamat hari jumaat.

Perasan tak bi suka update blog pagi jumaat. Ada sahaja post yang nak di publish. Mungkin idea datang bertingkek-tingkek. Mungkin juga suasana pagi jumaat. Agak sayu sahaja.
Lately ni bi rasa post bi semua pasai busines kahwin. Kejap jual kejap sewa...
Ala minta maaf! Bi cuma cari rezeki yang halal.. Selain membantu bi, bi banyak membantu orang juga. Ramai berpuas hati bila dapat beli dan sewa padar kadar yang murah. Bukankah itu perbuatan yang mulia?

Tapi selepas berfikir panjang bi rasa bi kena belagak profesional. Bi kalau boleh tak nak campurkan dunia personal dan dunia busines bi. Mungkin ambil masa, bi nak asingkan kedua-duanya.
Untuk itu langkah pertama bi dah create akaun baru di facebook khas untuk busines bi. Jadi dipersilakan untuk anda ke gedung niaga bi yang baru iaitu:

                                                                                   tara..!

https://www.facebook.com/birubi.budget
sila klik gambar ini :)




Insyallah, bi memang nak bagi servise pada harga berpatutan. Insyallah anda akan berpuas hati. Kalau baik hati, pakat lah kawan-kawan add fb tu.. Lagi ramai, lagi banyak prospek!! oh yeahhh..!

muka depan dia..

baru bertapak...
 Opss lupa nak promote. Bagi yang mencari juru makeup profesional untuk majlis tunang/kahwin boleh dapatkan khidmat bi. Setakat ni, bi yakin  hasil makeup bi asti akan memberi kepuasan pada anda. Bi dah bersedia untuk memekup muka orang. Sebab ramai berpuas hati hasil makeup bi. Bestnyaaaa....

Ok suport bi ye!
Jazakaalah...

untuk link sila ke: klik sini sayang...

Thursday 7 November 2013

Tempahan makeup pengantin :simply touch by bi rubi

Asalamualaikum

Panjang tak tajuk entry bi. Panjang kan...Tapi panjang lagi keretapi.

Hi hi hi

Sebenarnya, Bi ada skills. Bi rasa bi reti makeup. Uiks macam pelik je ayat tu walaupun susanan subjek dan prediket adalah betul. Bi cuma nak cakap dekat sini, bi pandai makeupkan orang. Untuk itu, bi dah mula open dan menerima tempahan makeup pengantin. Tak kira, nikah atau sanding mahupun bertunang.

Seronok tak?
Seronoknya....

Sebagai permulaan, bi nak buat sedikit promosi.
Bi kan bernafsu nak bukak butik kahwin budget.Jadi, harga yang ditawarkan insyallah agak murah dan tidak over macam MUA yang lain. Hasilnya tip top! Insyallah. Sebelum tu jom layan 2 keping gambar yang baru dimakeup oleh bi. Akak yang bi makeup ni orangnya berkulit hitam manis. Alhamdulillah, hasil makeup muka dia tak adalah macam terlalu snow white atau terlalu gelap.

sebelum
 Keningnya tidak terlalu tebal. Tapi perlu di betulkan juga.. Kulit akak ni tak ada masalah cuma ada jerawat pasir dan lubang pori. Paling best... akak ni punya mata yang cantik. Sudah semestinya itu satu aset yang perlu ditonjolkan!

selepas

Gambar diatas tidak diedit. Diglow atau di clear skin kan. Bi hanya blur tutupkan aurat terdedah dan masukkan caption nama bi. Apa pandangan u olls? Suka tak makeup bi. Jika suka boleh hubungi bi untuk tempahan. Opss! Lupa, servise makeup bi, bi tak cukur kening. Bi pakai teknik gam dan makeup 3D. Dan bi gunakan banyak jenis brand makeup seperti supra kryolan, nacturactor, mac, bobbi brown, revlon dan macam-macam. Insyallah kualiti terpelihara!

Harga promosi sehingga 31 dec 2013: Sila book segera untuk dapatkan harga istimewa ini!!!
tunang/Nikah: rm200
sanding: rm250
Nikah + sanding: rm350 (hari yang sama)

Berminat? Boleh hubungi bi untuk tgk gmbar yang lain tru wassap: 0133574367

bye!

Tuesday 5 November 2013

Sewa bantal nikah lagi!

Asalamualaikum.
Asalamualaikum..

Cakk! Apa khabar? Alhamdulillah membesar dan sihat semuanya. Salam maal hijrah buat semua. Semoga kehadiran tahun baru membuka satu keazaman baru untuk kita melakukan satu benda yang lebih baik dari tahun lalu. Semoga Allah permudahkannya,

Uish! Bi macam ustazah. Aiiyooo...

Bi nak update sikit, sekarang ni.. Bagi sesiapa yang ingin mencari barang sewa berkaitan pernikahan/perkahwinan bolehlah ditempah dengan bi. Tempah sewa ye.. Antaranya bantal, tepak, hantaran,baju, kerusi nikah dan lain-lain. Tempahan gubahan hantaran pun bi terima. Insyallah serendah rm50.00 sahaja untuk satu dulang termasuk bahan-bahan. Bagitau je tema warna. Pasti terhias indah.
Ok, atas permintaan bagi zon Shah Alam dan Klang terutamannya, bi bukak satu centre tempat untuk pickup barang sewaan.

Bi minta sorang kakak bi cover. So anda akan berurusan dengan dia. Tapi, almaklumlah, bila agak jauh dan dah suruh orang cover, maka anda tak dapatlah jumpa bi yang come lote ni. :P

hi hi hi hi

Sila Tutup tinge dan mata. Jangan baca dan nengok bi puji diri bi sendiri.. hi hi hi

Jadi bagi sesiapa yang nak menyewa bantal nikah terutamanya boleh berhubung dengan dia. Sekarang ni bantal nikah yang kami sediakan ada 2 jenis. Satu berbentuk bulat dan satu lagi segi empat tepat.
Ada 2 pilihan lah. Yang membezakan hanya harganya. Sewa bantal ni perlulah diambil terus  1 pasang.. Kalau anda request 1 pcs sahaja, maka agak mahal sedikit. Lagi berbaloi-baloi ambil terus sepasang.


mesti rasa comel bila kita duduk atas bantal ni sambil mendengar proses akad nikah. alahai... sweetnya

Butiran sewaan adalah seperti berikut:
Bantal nikah bulat 
Material : pvc 
Warna : putih 
Size : 32
Inch tebal : 2 1/2 inch 
Butang : pvc ( 9 biji)
Harga SEWA : RM50.00 sepasang.
Deposit: rm80.00 (pls jangan minta kurang kerana akan dipulangkan kembali) 

Tempoh SEWA:
-Sewa selama 5 hari sahaja (termasuk  hari ambil dan hantar).
-Lewat sehari caj rm10/day


Bi rasa, ini antara harga termurah bagi kadar sewa. Insyallah sebenarnya, bi berhasrat nak memberikan perkhidmatan jualan berkaitan perkahwinan pada harga yang menjimatkan dan murah. Dengan kata lain, butik budget! Tapi gojes-gojes!! Doakan ye..

Selain berbentuk bulat, ada lagi satu bentuk.. Petak! Rasanya, jarang ada dalam pasaran.
Ia sangat cantik dan nampak kemas.




Bantal Nikah segi 4 
Material : pvc 
Warna : putih
Size : 24 inch x 38 inch
Tebal : 2 1/2 inch 
Butang : PVC ( 21 biji)
Sewa: rm60.oo Sepasang
Deposit: rm80 (akan dipulangkan kembali) 

Tempoh SEWA:
-Sewa selama 5 hari sahaja (termasuk  hari ambil dan hantar).
-Lewat sehari caj rm10/day




Okey.. Jika berminat boleh terus menghubungi:
cik Fadila- 0124383771 sms/wassap
Anda hanya boleh berjumpa di: 
Hadapan pintu utama Hospital pantai Klang

Maaf, Setakat ni, ini sahaja kawasan yang boleh..


sila klik utk view

Kalau tak dapat menghubungi cik fadila atau berminat untuk menyewa disekitar Kajang boleh hubungi : rubi 0133574367.

Sekian terima kasih.

Friday 1 November 2013

Veil ekslusif. sweet. jimat!

Asalamualaikum semua...

Apa khabar? Bagimana dengan tubuh badan.. Sudah gemuk ke? Alhamdulillah jika gemuk dan membesar dengan jayanya. Bermakna ada cukup makan. Bi pun sama. Agak membesar dengan jaya dan berkesan. Rasa 'tak berapa seronok' bila mengemuk. Tapi salah siapa.. Dah makan tak kenal masa dan kuantiti. Macam mana pun, tetap Alhamdulillah kerana nikmat makan masih cantik Allah swt bagi...

Hari ni, nak upload sikit design veil terbaru. Yang sebelum-sebelum ni dah sold out ea. Cepat je ada pembeli, barangkali murah rasanya. Material pun cantik. Bertitik tolak dari itu, bi bi berhasrat kalau diizinkan bi nak menjual veil yang berpatutan. Sebab pemerhatian bi, banyak veil dipasaran terlalu mahal. Sedangkan pengantin nak pakai sekejappppppp sangaaaatttttttttt.

Tapi sesetengah berpendapat mahal tak ngape. Sebab itulah, detil terpenting dalam hidup yang ingin diabadikan. Ye! Betul jugak!! Apa-apapun back to your pocket gurl!

OK.. Bi buka jualan. Nak lelong murah 6 pcs veil.
Veil ni hanya warna putih. Ada 3 putih susu, 3putih salji.
Material: Kain net yang sangat lembut(rasanya paling lembut dalam pasaran)
lace+beads
Harga:rm50.00 +post rm6
Panjang: Bawah pinggul  (1.3meter)
Lebar: 1.2 meter





panjang dan tidak mengerbang.

Berminat? sila comment.. atau wassap bi: 0133574367

thanks :P

Friday 18 October 2013

Tepung tawar si pengantin

Asalamualaikum..
Jumaat yang barakah datang lagi..

Doa sikit jom..

 Salam Penghulu Segala Hari

"Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah...


Amin...!

Nak tau, masa bi kahwin.. bi ada buat majlis tepung tawar. Ada yang berpendapat dan mengeluarkan nas bahawa tepung tawar tu hukumnya tak boleh kerana menyerupai amalan hindu. Tapi bi buat. Sebab bagi bi bukan upacara tepung tawar yg perlu di titik pointkan.

Tapi...

  Upacara bersalam dan meraikan pengantin yang bersanding yang diangkat. Bi tepung tawar pun hanya untuk seisi keluarga sahaja. Hanya, mak ayah dan adik-adik. Lepas tu, keluarga lelaki seorang dua sahaja.. Sekadar merenjis air mawar dan membaling beras sahaja. Kemudian, bersalaman, berpelukan dan mengucapkan tahniah. Masyallah! Barangkali tidak salah...

Bila teringat agak lucu. Sebab masa kenduri memang lupa nak buat beras kuning.. Lupa nak buat bungan daun pandan. Sebelum makeup, bi ke dapur..ambil segengam beras dan letak dalam bekas tembaga. Air mawar pun kebetulan ada sikit bi campurkan dengan air paip.. Bolehlah. Ada daripada tiada. Kemudian, bi dan hubby direnjis biliskan. Adoi adik, abang bi masa menepung tawar bukan main merenjis. Nasib baik, tak tercampak penutup tembaga ke muka. Beria-ia siram macam siram bunga. Kiri kanan kepala bi mengelak.

Tapi...

Itulah kenangan. Rupanya..seronok duduk atas pelamin kena tepung tawar. Nak rasa? Duduk atas pelamin dulu..hi hi hi. Jadi baki bakal pengantin yang mahu bersanding, jangan lepaskan upacara ini. Kalau tak keberakatan buatlah tapi biarlah sederhana.. jangan lah over menepung tawar sampai jemu orang menunggu. Cukup keluarga asas kita yang menjadi tukang pembaling dan perenjis udahla. Indah sudah!

Jadi, ada sesetengah nak cari  alatan menepung tawar mungkin sukar. Nak beli rasa membazir.. Mahal pun mahal tambahan kalau tembaga berat. Jadi bi nak bukak sewa peralatan menepung tawar. Ada 2 jenis. Besar dan kecil.. Kedua-duanya bewarna emas.


yg bulat-bulat tu lah alatan tepung tawar. besar ada kecil pun ada :)

Gambar diatas bi ambil ehsan dari google. Tapi jangan bimbang sebab alatan tepung tawar yang bi nak sewakan sama seperti gambar itu. Macam bi kata tadi ada 2 jenis. Besar dan kecil


besar

kecil
Harga bagi sewa adalah seperti berikut:

Besar: sewa (rm80) + deposit (rm80-dipulangkan sekiranya dikembalikan dengan baik)
Kecil: sewa (rm40) + deposit (rm50- dipulangkan sekiranya dikembalikan dengan baik)

Tempoh sewa:
5 hari (termasuk hari ambil dan hantar)
Lewat sehari-caj rm10 dikenakan
Tempat pickup:
kajang-dataran msjid kajang
Bangi- Maybank seksyen 9
Klang- Hospital pantai klang


Kawan-kawan..

Bagi pendapat bi, kenapa aksesories bersanding ini diperlukan.

1)Ia sangat seronok bila ada majlis tepung tawar. Serius seronok. Time tu lah kita nak malu-malu senyum. Bisik-bisik orang ucap tahniah. Dan time itu jugalah saat yang agak cantik juga untuk gambar kita di'shoot' oleh photographer kita. Serius!

2) Bi rasa ia menyerikan pelamin kita. Kebanyakkan pelamin yang tidak ada set tepung tawar agak kurang seri. Tambahan kalau berkongsepkan tradisional. Mungkin! Itu pendapat bi sahaja. Anda cuba bandingkan gambar 2 pelamin yang cantik di bawah.


 Perbandingan konsep pelamin hampir sama yang pertama;

Pelamin yang sempurna siap. Namun tiada alatan menepung tawar


ada (pelamin masih tidak siapa: bunga tak ada. Tapi seri mula ada bukan... :) )


Perbandingan hampir sama yang kedua;


tiada.

ada. Ini versi saiz kecil ye


Perbandingan hampir sama yang ketiga;

tiada.

ada. apa pendapat anda?

Terpulang pada pendapat sendiri. Anda menentukan. Jadi bagi yang berminat menyewa macam biasa. Boleh hubungi dengan mesej/wassap bi di: 01335574367 




Tak banyak.. Bi cuma ada 3 set sahaja. Jadi bagi yamg berminat dan berhajat boleh segera hubungi. Tempoh sewa perlulah awal 2 minggu untuk memudahkan urusan bi dan anda. 

Mencari peralatan kahwin dan ingin menempah makeup/veil/ doorgift kahwin? sila ke: 

https://www.facebook.com/theedanhousehttps://www.facebook.com/theedanhouse

Wednesday 2 October 2013

Pasang Braces lagi ..

Asalamualaikum..

Semalam update, hari update..
hi hi hi..

Seronoknya bila ada cerita untuk dikongsi dalam blog. Tambahan cerita itu bermaklumat dan membantu orang. As u know.. Bulan lepas bi ada remove braces bi. Tak tahu, tak ingat sejarahnya. So boleh baca disini. Ikut perjanjian dengan doctor bi nak emove sekejap sahaja. Sekajap sikit sahaja..

'Saya remove dalam seminggu dua je doctor. Nanti saya pasang balik cepat-cepat..'
'Iye..Kalau awak lambat.. Nanti gigi lari sikit. Treatment ganggu..'
'Ala..Insyallah tak!'

Tapi bi terlambat juga. Hampir 2 minggu jugak. Biasalah, bila dah buka rasa selesa dan malas nak pasang balik. Gila seronok! Boleh gigit burger, makan jagung.. Tarik daging pakai gigi kapak ni. Macam-macam aktiviti bebaslah! Betullah setiap benda yang dikurniakan ada nikmatnya..
Lepas buat apoinment jumaat lepas, semalam (rabu) bin terus berjumpa doctor. Macam biasa, kurang 5 minint nama bi dipanggil dan proses pemasangan braces di buat.

Bi tak nak cerita proses pasang braces tu sebab tak ada apa PAEDOH pun. Bi nak cerita keseronokan dan betapa baguihnya klinik ni.

1) MasyaAllah bi rasa klinik sangat bagus sebab hari-hari dibuka kecuali cuti umum dan ahad. Sometime dia bukak juga pada hari cuti umum sekiranya terlalu banyak apoiment
2)  Dr Aina namanya. Seorang yang sangat baik. Lembut sahaja dia bercakap. Tapi agak lucu, dia suka membebel macam emak-emak. Bebel marah staff, marah pelanggan..Tapi dia bebel nada sangat sopan. Macam emak-emak!
3) Persekitaran hospital ni sangat bersih dan harum. Ada sesetengah klinik bau klinik tersebut memang agak pure bau 'klinik gigi'. Tapi disini semua kemas. Ada akuarium, tv dan lain-lain. Cuma kekurangan, agak kurang majalah.. Jadi jika terpaksa menunggu lama mungkin anda perlu membawa bacaan sendiri.
ruang menunggu. Disini ada 2 bilik rawatan namun bi rasa hanya seorang sahaja dr! pelik jugak :D
 4) Treatment disini agak murah. Berbanding tempat lain.. Disini ada budi bicara untuk memohon pengurangan harga.. Bi ingat lagi masa bi pasang braces. Bi tak adalah tawar menawar sangat, tapi dr tu bagi pengurangan harga sehingga rm500. MasyaAllah semoga bisnes dr berkembang maju!. Bercerita tentang braces, kos disini tidaklah terlalu mahal. Maksima rm5000 sahaja. Sahaja??

hi hi hi

Sahaja? Bukan bermaksud rm5000 tu is nothing. Tapi bagi sesiapa yang memasang braces di area lembah klang, memang akan bersetuju dan mengakui bahawa terdapat sesetengah klinik mengenakan caj sehingga maksima rm9000. Kos rm5000 tidak sama setiap pesakit. Ia bergantung kepada tahap keadaan gigi. Bi ada sugest kawan bi kesitu. Alhamdulillah.. caj dikenakan hanya rm 3500 sahaja. Lagi seronok, doktor tidak meletakkan bayaran pendahuluan yang terlalu tinggi. Hanya rm1000 sahaja. Dan bakinya boleh dijelas secara bulanan pada kadar yang anda tetapkan. So, bila ada duit lebih bayar lah lebih, bila kurang rm50 pun boleh. Bestkan..

5) Staff dr pun agak friendly! Serius... Mereka sangat menghormati pelanggan dan tidak sombong. Semalam masa doktor tengah tenyeh-tenyeh gigi bi.. Adalah 2 orang pesakit datang. Bagusnya, mereka menolak pelanggan dengan sopan dan me'rekemen' klinik berdekatan kepada pelanggan. Terima kasih kerana membuka reseki insan lain dik!\
Ni salah seorang wajah yang u olls akan jumpa. Ramah dan baik adik ni.. Setia di meja kaunter.

6) Lupa pulak, disini juga doktor sangat profesional. Bila u olls sakit gigi. Sakit gigi tahap dewa! U olls biasanya tidak mampu berfikir dan pasrah untuk diperlakukan apa-apa pada gigi tu. Biasa, pasti u olls meminta cabut je! Kononnya macam gigi tu tak pernah berbakti! Buangkan, hapuskan!
Tapi biasanya doktor Aina akan periksa dan tak akan cabut. Selagi boleh diselamatkan doktor akan cuba pelbagai rawatan. Biasanya rawatan akar. Tapi agak mahal taw. Tak silap bi dalam rm500.. Cuma yang seronoknya, pembayaran boleh dilakukan secara 2 kali ansuran. Dan paling bahagia, bila gigi yang nak dihapuskan dah kembali sihat. Jadi jangan buang gigi tu sebarangan. Selagi boleh selamat cari doktor yang pakar untuk memeriksa dan memberi nasihat keadaan gigi tersebut.

Sila susun kasut anda sebelum masuk

Cantik tak toiletnya

peralatan dia semua bersih. Ada pensil disitu!

Bi nak sugest, bagi mereka yang mencari klinik untuk pemasangan braces sangat-sangat digalakkan kesini. Selain layanan, kualiti rawatan bracesnya juga baik. Tiada caj tambahan dikenakan seperti sesetengah klinik. Cuci gigi lain, pasang socket tercabut lain.. itu lain, ini caj lain! Di KLINIK PERGIGIAN AINA ini semuanya termasuk dalam satu kos rawatan. Meliputi semuanya kecuali xray!
Oh! Lupa klinik ni terletak di prima saujana kajang...



sebelum pasang. Bi langsung tak takut dah jumpa dr gigi!

Yeah! welcome back bracesku!

..........................................................................................................................
 ingin menyewa dan membuat tempahan veil nikah: sila klik disini sini..sinila

Sewa baju nikah :) Murah sahaja

Asalamualaikum wahai umat Muhammad saw. Semoga dilimpahi Kasih sayang DariNYA.

Since ada yang bermesej-mesej bi, tak ada keinginan kah nak buat proses sewa menyewa baju nikah.. Bi mula terfikir. Agak hebat juga permintaan itu. Tapi bi agak sayang juga baju bi. Tapi bila terfikir ia juga membantu menjana pendapatan kenapa mahu dilepaskan peluang ini.. ^_^ wink wink

Dah tengok baju nikah bi? Alhamdulillah...baju dan veil nikah semua dibuat sendiri. Siang malam gigih jahit sendiri. Dalam sebulan baru siap selepas banyak tergendala dengan proses lain.. Bi buat jenis jubah kembang dibawah. Jadi bila sebut 'jubah' mean tak perlulah dibayangkan ketat sangat. Masa pilih design jubah tak fikir panjang...Sebab memang fikir tak nak ketat dah seksi sangat. Maklumlah, majlis akad nikah tu! Bukan majlis dinner!

Details jubah adalah seperti berikut:

Design: Jubah kembang 'A'. Lengan ada katup2 (tak payah pakai sarung lengan ^_^ )
Material: Dalam(kain pa ye..macam kain baju melayu tapi tak kilat), Luar (chiffon-dry cleaning)
Warna: Putih-off white
Labuci: Manik + permata + apa ntah (kilat-kilat ala irma hasmie)
Size: free saiz (sesuai utk org berat 45-60kg dan tinggi 150-165 cm)

pandangan penuh.. dari hadapan. Ia ditaburi manik kecik-kecil

dari sisi..  Sweet kan. Sayang baju ni :)
  So, suka tak baju tu setakat ni.. Berbalik kepada kos sewa. Bi tak berhasrat nak sewakan mahal-mahal. Kalau boleh biarlah tidak membebankan mereka yang berkeinginan. Masa bi jalan-jalan teman kawan bi, survey sewa baju kahwin, baju nikah kami tanya lah harga sewa. Serius terkejut.. Paling murah rm500 jika nak sewa baju. Itu pun baju yang agak   BURUKS. Agak berbau dan macam lunyai kena belasah. Tapi bila difikir, mugkin once u sewa owner andaman terpaksa kecilkan, besarkan...Itu pasal harga sewa agak tinggi barangkali. Mungkin la....
 

Bercerita kepada kos baju bi, butiran kos sewa adalah seperti:
A--
Baju: jubah nikah
Sewa: rm 190
Deposit: rm150 (akan dipulangkan kembali)

B--
Veil + tudung nikah
Tudung: jenis syiria (chiffon selapis) + anak tudung ninja yang tidak setepek ke dahi (lycra)
Sewa: rm80
Sewa: rm100

Pakej A+B--

Sewa: rm250
Deposit: rm 200
FREE - sewa BUNGA TANGAN BEWARNA PUTIH + SAMPIN LELAKI (KRIM+SILER)



Tempoh sewa adalah seminggu sahaja. Caj rm15 per day akan dikenakan jika lewat pemulangan..
Untuk mudah, anda tidak perlu basuh selepas memakainya.. Just lipat dan simpan elok2.. Bonus taw. Baju yang bi sewakan dah siap dibasuh dan digosok. Pakai sahaja.

Ok mari kita layan gambar-gambar lagi...

Inspirasi: veil irma hasmie..

Pandagan belakang jubah+veil
serius! ia memang berkilat-kilat.. 

apabila disatukan veil dan jubah. Mewah rasanya


veil dari pelbagai sudut..

kasi zoom. Ini rupanya...

ok! Ni rupanya bila pakai.. :) malu rasanya
Detail SEWA:
Hanya 4 hari sahaja (Bermula tarikh ambil-hantar. Contoh: ambil khamis- pulang ahad)
Lewat sehari: rm 15/day
TOLONG FAHAMKAN NYA .....!!!

Untuk berminat macam biasa: boleh wassap/sms: 0133574367 (RUBI)
Kadang-kadang bi akan balas lambat. Bi sibuk lah tu.. Harap dimaafkan. Untuk sebarang pertanyaan utk sewa, sila lakukan kurang dalam tempoh 2 minggu. Ni kira siapa cepat dia dapat.

Oppppsss lupa, bi juga menerima tempahan veil. Create je u nak macam mana dan bagitau bajet u . Insyallah kita buat berdasarkan bajet dan impian anda :)

Ok Asalamualaikum