Friday 13 July 2012

Malang atau cubaan?

Mungkin boleh ditakrifkan sebagai 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Atau itu dugaan.

 Tak pagi-pagi lepas, pagi tadi bi agak lewat bersiap. Sebab malas betul rasa nak pergi office. Baju jubah pun suruh adik gosokkan. Tengah siap-siap ayah membebel suruh cepat. Pantang betul kalau anak gadis dai ni lambat. Konon tak berdisplin. Mungkin jugak. Sebab jam dah 8.40 pagi, masuk opis jam 9.00 pagi tapi bi masih dirumah. Tapi ayah... macam mana pun, bi antara orang yang terawal sampai ke opis. Kadang-kadang bi yang on kan lampu kat tangga office tu. Jadi..
a) saya masih tidak berdisplin.
b)saya yang berada dalam kalangan mereka yang tidak berdisplin?

Dah rasa siap, cantik bi pun salam mak ayah n start enjin dan 'vrooooommm...' bawak pelan-pelan.
Sampai satu selekoh membukit, ada kereta membantai. Main masuk je, tersentap bi bila dihentak-hentak kereta kita. Sampai kemek sikit dan tercabut jugak la sport rim tu. Aduhai..

Nak settle tepi jalan tak pandai, bi patah balik umah dan ngadu kat ayah.

"Ayah...anak ayah excident!" Cam gitu-gitu lah kononnya ngadu. So ayahlah tukang settle. Wah, lainnya orang laki..Berbeza dengan perempuan. Kalau bi tadi diam je...

Habis berlalu, bi ke office. Sampai office, Adalah seorang pakcik yng kerja mencelakakan orang rampas reseki bi. Pesakit bi beli ubat dari dia sebab bi datang lambat. Seharusnya, dia tak boleh ambil pesakit bi tu. Penat bi atend dulu. Ia ibarat..

'saya yang menjolok kelapa, saya yang mengupas sabut kelapa, saya yang memarut kelapa dan saya yang memerah santan tapi awak yang meminumnya.'

 Awak kurang hajar! Bagaimana bi nak halalkan pada dia. Memang ia akan jadi haram untuk dia.
Maaf, kerana orang tua tu sangat kurang ajar dengan bi.

Huhuhu..

Mungkin masa yang akan melembutkan hati bi untuk menghalalkan apa yang telah bi haramkan, memaafkan apa yang dianggap salah dalam jiwa ini.

jam 6.00pm setelah memikir ada benda yang diperolehi.

Tuhan, mungkin pagi itu aku kurang dekat padamu.. Jadi, kecelakaan ini bukanla ujian tapi berupa musibah