Wednesday 2 October 2013

Sewa baju nikah :) Murah sahaja

Asalamualaikum wahai umat Muhammad saw. Semoga dilimpahi Kasih sayang DariNYA.

Since ada yang bermesej-mesej bi, tak ada keinginan kah nak buat proses sewa menyewa baju nikah.. Bi mula terfikir. Agak hebat juga permintaan itu. Tapi bi agak sayang juga baju bi. Tapi bila terfikir ia juga membantu menjana pendapatan kenapa mahu dilepaskan peluang ini.. ^_^ wink wink

Dah tengok baju nikah bi? Alhamdulillah...baju dan veil nikah semua dibuat sendiri. Siang malam gigih jahit sendiri. Dalam sebulan baru siap selepas banyak tergendala dengan proses lain.. Bi buat jenis jubah kembang dibawah. Jadi bila sebut 'jubah' mean tak perlulah dibayangkan ketat sangat. Masa pilih design jubah tak fikir panjang...Sebab memang fikir tak nak ketat dah seksi sangat. Maklumlah, majlis akad nikah tu! Bukan majlis dinner!

Details jubah adalah seperti berikut:

Design: Jubah kembang 'A'. Lengan ada katup2 (tak payah pakai sarung lengan ^_^ )
Material: Dalam(kain pa ye..macam kain baju melayu tapi tak kilat), Luar (chiffon-dry cleaning)
Warna: Putih-off white
Labuci: Manik + permata + apa ntah (kilat-kilat ala irma hasmie)
Size: free saiz (sesuai utk org berat 45-60kg dan tinggi 150-165 cm)

pandangan penuh.. dari hadapan. Ia ditaburi manik kecik-kecil

dari sisi..  Sweet kan. Sayang baju ni :)
  So, suka tak baju tu setakat ni.. Berbalik kepada kos sewa. Bi tak berhasrat nak sewakan mahal-mahal. Kalau boleh biarlah tidak membebankan mereka yang berkeinginan. Masa bi jalan-jalan teman kawan bi, survey sewa baju kahwin, baju nikah kami tanya lah harga sewa. Serius terkejut.. Paling murah rm500 jika nak sewa baju. Itu pun baju yang agak   BURUKS. Agak berbau dan macam lunyai kena belasah. Tapi bila difikir, mugkin once u sewa owner andaman terpaksa kecilkan, besarkan...Itu pasal harga sewa agak tinggi barangkali. Mungkin la....
 

Bercerita kepada kos baju bi, butiran kos sewa adalah seperti:
A--
Baju: jubah nikah
Sewa: rm 190
Deposit: rm150 (akan dipulangkan kembali)

B--
Veil + tudung nikah
Tudung: jenis syiria (chiffon selapis) + anak tudung ninja yang tidak setepek ke dahi (lycra)
Sewa: rm80
Sewa: rm100

Pakej A+B--

Sewa: rm250
Deposit: rm 200
FREE - sewa BUNGA TANGAN BEWARNA PUTIH + SAMPIN LELAKI (KRIM+SILER)



Tempoh sewa adalah seminggu sahaja. Caj rm15 per day akan dikenakan jika lewat pemulangan..
Untuk mudah, anda tidak perlu basuh selepas memakainya.. Just lipat dan simpan elok2.. Bonus taw. Baju yang bi sewakan dah siap dibasuh dan digosok. Pakai sahaja.

Ok mari kita layan gambar-gambar lagi...

Inspirasi: veil irma hasmie..

Pandagan belakang jubah+veil
serius! ia memang berkilat-kilat.. 

apabila disatukan veil dan jubah. Mewah rasanya


veil dari pelbagai sudut..

kasi zoom. Ini rupanya...

ok! Ni rupanya bila pakai.. :) malu rasanya
Detail SEWA:
Hanya 4 hari sahaja (Bermula tarikh ambil-hantar. Contoh: ambil khamis- pulang ahad)
Lewat sehari: rm 15/day
TOLONG FAHAMKAN NYA .....!!!

Untuk berminat macam biasa: boleh wassap/sms: 0133574367 (RUBI)
Kadang-kadang bi akan balas lambat. Bi sibuk lah tu.. Harap dimaafkan. Untuk sebarang pertanyaan utk sewa, sila lakukan kurang dalam tempoh 2 minggu. Ni kira siapa cepat dia dapat.

Oppppsss lupa, bi juga menerima tempahan veil. Create je u nak macam mana dan bagitau bajet u . Insyallah kita buat berdasarkan bajet dan impian anda :)

Ok Asalamualaikum

1 comment :

  1. salam, nk sewa mcm mana...email sy ethyllena@gmail.com

    ReplyDelete