Monday 30 December 2013

Tempoh braces

Asalamualaikum

Dulu: '' Akak bila nak cabut besi. Tak kaco ke pakai besi tu"
Sekarang: '' Acik. bila nak cabut braces tu. Lamanya pakai.''

Bi tarik nafas. Lepas. Tarik lagi.

Terfikir sekejap.
Memang agak lama bi memakai braces. Daripada pertengahan 2010 dan esok 2014. Bak Hang nak masuk tahun keempat! Lama sehinggakan gelaran akak bi dah bertukar ke 'acik'.. Masyallah!

Sebenarnya itu normal. Tempoh yang sangat normal bagi umur-umur macam bi ni if memasang braces. Umur 22,23,24,25,26,27,29 ++ adalah normal mengambil masa sehingga 5 tahun. Bertambah normal jika keadaan gigi terlalu kompleksss untuk dicantik baikpulihkan.

Mai nak cerita sikit. Bi nak cerita kenapa bi ambil masa yang sangat lama.
Pertama, bi suka kejap pakai dan kejap cabut. Seingat bi cabut dua kali pada tempoh yang lama. Satu ketika kenduri perkahwinan abang bi, satu lagi kenduri bi. Lucukan, kenduri abang, tapi bi yang beria-ia cabut. Ntah, mungkin time tu tak berapa ada duit nak tukar dawai. Sebab bila dah pakai braces, setiap bulan kena tukar bracet dengan jenis dawai. Sekali tukar rm300 time tu. Bila dah cabut memang balut liatlah nak kembali pasang. Serius! Mungkin dah dapat balik nikmat menggigit burger dan sate kegemaran. Yelah selama iini sikit-sikit kena cubit. Orang dah makna 10 cucuk sate, bi baru 5 cucuk. Rugi..rugi..

Kedua, bi sebenarnya..tukar treatment daripada braces jenis daimon ke jenis metal. So, bayangkan..Lepas bi bukak daimon bi terus tanya doktor boleh tak tukar braces jenis lain. Doktor gelak. Tergedik-gedik doktor gelak. Bi tanya, bukan buat lawak. Doktor cuma jawab:

''Boleh, tapi kenapa nak tukar"
'Sebab..masa saya remove braces ni sekejap saya rasa dia bergerak sikit gigi ni. Jadi ada lubang balik kat garham tu'
'Oh.. normal!'

Bi diam. Mana boleh normal. Baru 3 bulan bukak, dah bergerak. Bayangkan kalau 20 bulan. Bayangkan kalau 20 tahun. Bukankah gigi bi kembali berlubang. Bi tekad pasang metal.Tekad! Tekad! duit!duit!!

Bi pergi klinik Aina. Tanya doktor. Cakap pada doktor bi dah pasang diamond dan nak tukar. Doktor kata boleh. So murah je dia caj sebab bi dah pakai braces dulu. Cuma bi agak sedih-sedih gitu, bila doktor gigi aina tu kata kena start dari mula jugak sebab akar gigi bi dulu masa pasang jenis diamond doktor tu tak tarik habis akar tu. So memang akan berlaku pergerakan balik.

Kata doktor, jenis diamond memang laju treatment dia.. tapi tak semua boleh pakai. Kalau gigi akar jenis kuat, agak tak sesuai. Betullah kot..seingat bi, ketika pakai braces jenis diamond lekatan bracet besi tu hanya luar permukaan gigi. Dia tak usik langsung bahagian dalam. Tak macam metal braces. Siap ikat besi pada permukaan gigi dibahagian dalam.

Gedebak gedebuk..dalam next week bi pasang kembali. Sekarang melekatlah braces metal pada gigi bi. Insyallah nantu bi update pasang jenis metal ni.
Harini 31 disember 2013 kira hampir genap setahun bi pakai metal. Sekejap je kan ^_^

Sunday 22 December 2013

Veil nikah + inner pada harga budget

Asalamualaikum wrt.

Apa khabar. Alhamdulillah tempahan veil bi semakin banyak.. Alhamdulillah juga semuanya dapat bi siapkan dalam tempoh dan kualiti diminta. Cuma ada 2,3 bi siapkan lambat memandangkan tarikhnya masih lambat lagi. Baguih juga untuk yang menempah awal. Ada lah sedikit extra sedekah bi bagi... Jahitan lagi sempurna, manik lagi meriah!

Woha.

Ada 1 set veil bi nak letgo pada harga murah. Mungkin u olls harga tu agak tinggi, tapi bi berpendapat ia dikira murah. Pasai, material yang digunakan agak cantik dan berkualiti.

Veil: lembut sangat net dia -1 meter. dan beading dia bersepah-sepah bi taruk
inner: jenis cotton dan bermuncung,

Sat.. Masukkan gambar dulu ye. Tengok cuci mata dulu.





Mesti nak tau pasai hargakan.
Bi offer pada harga rm90 sahaja utk 2 item. veil + inner.
Tak termasuk postage tau!

Cuma nanti belilah shawl putih @ tudung syiria. Tak adalah tudungnya pendek sangat. Opss lupa, inner ni memang tebal dan jenis kain cotton..

Kalo berminat boleh wassap atau tegur kat fb bi ea: 0133574367

Wednesday 4 December 2013

Tempahan veil budget masih dibuka

Asalamualaikum wrt

Pagi tadi update, petang tadi update.. OHsem nye!

Bi tak nak cerita banyak. cuma nak kasi tahu sedikit. Atas perminataan bi masih menerima tempahan veil budget.Bi akan terima selagi boleh handle. Insyallah! Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk bi.. Amen!

Hanya rm50.
-termasuk material kain net lembut + lace + manik
-2 pilihan warna putih: putih susu(mcm warna susu pekat dalam tin),dan putih ala salji
-Panjang 1 meter
-Siap dalma tempoh 10 hari selepas bankin.

Untuk special penambahan/penukaran butiran seperti berikut:
-tukar warna veil +rm20
-tambah bunga 3D dan lebih maniks +rm10







kiri: cream kuning. kanan: kunin gold. ni special request

nilah bunga 3D

sedia dipost!
Insyallah,
dalam masa terdekat ni akan jual 1 set dengan shawl dan tudung.. Jadilah bolehlah 1 SET veil dan tudung. Bagi yang berminat dengan veil budget ni boleh la wassap bi 0133574367. Anda boleh dapatkan pandangan warna veil yang sesuai untuk dikombinasikan dengan baju anda, Just sendkan sahaja gambar baju anda. Ye! free bi tak kenakan caj. Halal dan halal!

hasil pertama melukis
*** apa pandangan anda. First time bi lukis :) kalau terus belajar rasanya boleh ambil tempahan tak.
smile...

Tuesday 3 December 2013

Tempahan Makeup Birubi 2014 dibuka

Asalamuamalaikum
Sekarang musim hujan. Pagi tadi nak pergi kerja hujan je. Cuaca begini tak sepatutnya pergi kerja. Sewajarnya dengan cuaca manje sejuk ni kita kena tidor. Baru menikmati alam.

hi hi hi

Musim hujan ni, harap-harap bagi yang bakal mendirikan kenduri banyakkan bersabar. Andailah hujan menimpa sewaktu kompang dipalu, banyakkan bersabar. Allah nak bagi hujan rahmat. Sweet apa, kalau orang putih kita tengok sweet aje kahwin dalam salji.. Kita disini kahwin hujan turun.

Uppppss..! ok bi gurau aje. Nak tau, masa kenduri bi pun, hujan jugak. Tak lama tapi agak lebat. Nasib baik bi tak pakai veil atau dress yang meleret sapu lantai. Kalau tak, terpaksa pengantin tukar uniform :)
MasyaAllah.

Moral of the story.. andailah anda nak kahwin jatuh pada musim hujan. Monsun hujan.. kurangkanlah leretan kain dari menyapu lantai.. Memang cantik. Cuma biarlah kena pada masa dan cuaca :)

Ok. bi nak cerita pasal makeup. Tempahan Makeup 2014 telah dibuka. Bagi yang berminat mendapatkan sentuhan jemari bi di majlis pernikahan.persandingan.pertunangan. boleh booking segera! Wassaapp pada no keramat bi: o133574367. Siapa cepat dia dapat.
Untuk booking pada harga promosi boleh dilakukan sebelum 31 dec 2013 ini!

- makeup tunang/nikah: rm200 (np: rm250)
-makeup  sanding: rm250 (np: rm300)
-nikah dan sanding: rm380 sahaja... (rm500)

Bi tak cukur kening. Bi pakai teknik gam. Bulu mata pun nak pakai boleh, tak mau pun tak apa.. Sebab bi akan lentikkan bulu mata dengan kuasa mascara yang hebat! Setakat ni, bi gunakan produk suprakrayolan, nacturator, mac, bobbi brown, romantika dan dramatique.. Insyallah tidak merosakkan kulit anda kerana ia bukan tiruan!

Ada 3 jenis makeup yang bi tawarkan.
Pertama: Makeup fresh look= ala-ala korean stail. Tapi ini bi sugestkan pada kulit yang cerah dan sederhana cerah. Untuk kulit color gelap, bi tak syorkan sangat.
Kedua: Makeup geek/gorgeous look= Makeup ni lebih kepada mata hitam
Ketiga: Natural look= Ni banyak warna tanah. Macam tak makeup tapi makeup. Sesuai utk nikah!

Berminat? hubungi bi segera. Setakat ini bi hanya terima sekitar lembah Klang dan hingga area nilai utk negeri sembilan sahaja.
Bagi yang berminat untuk test makeup boleh datang ke tempat bi. hanya rm60 sahaja.


NIKAH-fresh look

SANDING


request: simple sahaja

lighting pada waktu malam. Ni bi sahaja test-test pada adik bi. urmmm...

Ok. sekian terima kasih.