Sunday 18 September 2011

aidilfitri 2011: raya yang indah.

Masih dalam mood raya! hari ini syawal ke 24. Amboi sekejap sungguh masa..Rasa macam semalam ramadhan ke 24. Ramadhan ke 24 aku sedang galak membeli baju raya. Adalah dalam dua tiga empat lima pasang..

Tahun ini raya agak syahdu dan seronok. Seronok?? aiya kenapa cik bi..? Banyak seronoknya daripada tak berapa nak seronok. Nak kata first time berapa as status 'bekerjaya' rasanya ini tahun yang kedua..  Hehehehe.. Aceh ceh ceh.. so ini jawapannya.

pertama: raya ku lengkap dengan bannyyyyyakkkkk baju baru.. (lupa lak nak ambik gambar bannnnyyyakkk baju baru tu) Banyak tu memang banyak tapi alhamdulillah dapat kongsi dengan adik-adik. Oleh kerana saiz badan lebih dan kurang daripada aku ambikla adik-adikku. Tak berkira pun.

Kedua: Tahun ni berkereta baru!!!! Yipppppiii..Walaupun tak berapa nak boleh bawak tapi aku tak kisah, janji ada kereta. Maka raya kali ni..adalah aku harta yang paling mahal iaitu sebijik saga fl putih 1.3 kuasa kuda!!!

Ketiga: Tahun ini juga pertama kali dalam sejarahnya, aku dah membeli seutas gelang emas dan sebentuk cincin. Mahalnya emas sekarang ni.. Segram rm200. Masa beli dapatlah segram rm190.00.. Yelah, nak harapkan someone beli benda emas-emas ni macam agak sukar je. Takpelah, biarlah aku memanjakan diri cendirian.

Keempat: Tema baju! Yup tahun ni tema colour baju agak menarik coz itu feberet colour ku. Cokelat gitu! sangat cantik. Sejuk mata memandang. Sesebelum ini pemilihan colour agak menyakitkan mata, agak terang dan serabut. Aduhai, tiba-tiba teringat pula..apa yang aku perasan ayah yang cenderung dan agak x-cited untuk kami anak beranak berbaju sama. Ayah cuba terbitkan roh bersatu antara kami. InsyaAllah cuba kami kekalkan sehingga nyawa dikandung badan, sehingga tiada benda penghalang, sehingga tiada aral melintang. Sayangnya ayah!

Kelima: Suasana! Yess.. tahun ini ada orang baru. Ada kakak ipar bersama-sama. Bezanya tak banyak tapi terasa juga dengan kehadirannya. Lain lah kalau aku yang memiliki orang baru, mesti lain bebenor rasanya. Woha! Tak mau tak mau..saya nak beraya dengan keluarga saya. Jadi tidak perlu lagi orang lain untuk 'menganggu' rayaku. hihihiih..Balik-balik kampung pun, tak semua sedara mara ada. Sungguh pun agak sunyi bila maklong tak kembali tapi pakcik ku agak ceria. baik. polos dan sporting. Selalunya garang, jengkel dan memualkan. Mungkin tekanan hidup sebagai duda tak beranak menyebabkan dia sebegitu. Tapi tahun ini yang sebegitu agak tiada..yang ada yang sebegini: ceria. baik. polos dan sporting. 

thn 2010: "acu..panaslah. mana kipas" "Uik bapok! kome ingat aku ni kaya nak beli kipas. Kome lah bawok kalo dah tau panas!"
thn 2011: "acu panas!" "Ate kome ni. tak kabor awal.. tak pe, nanti aku beli kipas lagi.."

Ya! Manusia akan berubah. faktor usia dan kematangan dan soretan ketentuan alam yang mengubah. Bukan sahaja acu tapi banyak lagi berubah. Ada sedara mara aku yang dahulu mementingkan sedara kini tak dah. Raya tak bermakna jika duit kemana-mana. Sanggup tak balik raya sebab nak cepat kaya!

Ada pulak sedara mara yang dulu masyaAllah bijak, hebat, ego setinggi batang kelapa, bebas mengutuk, memandang hina dah hilang taring. Dah jadi pelupa, dah jadi hilang suara.. Usia memakan badan dan jiwa mereka. Kadang-kdang sayu sangat bila tengok atuk nenek meniti usia.. SubahaAllah.. Masa muda-muda dorang semua tak macam sekarang. Sekejapnya masa.. Aduhai, Macam manalah aku nanti. Semoga Allah melindungi aku. AKU BELAJAR SESUATU. Hebat macam mana kita di dunia, sampai satu masa hebatnya akan hilang. Rugilah siapa yang mempersia-sia. Kerana sebenarnya kalau kita kira kita hanya hebat di dunia hanya 50 tahun sahaja. Selepas itu kita tua, kita pelupa, kita mati..tak ada apapa- fulstop
Boleh tak kalau hari raya ku selama-lamaya ditemani ayah dan mak. Boleh tak kalian jangan pergi. jangan jadi pelupa seperti mana mereka.