Wednesday 2 April 2014

Tandatangan Menentukan Personaliti

Asalamualaikum

MasyaAllah. Menarik tak entry bi setelah lama berdiam diri.
Bi nak share satu ilmu.
Baru dapat tadi dengan akak SUPER power. Top Agent hartanah.
Namanya kak NIZA.

Kebetulan,
Dia hantar proposal form takaful. Close satu customer. Wanita. Manager Bank Islam TM.
Hebat bukan. Lagi hebat. Customer tu baru berusia 33 @34tahun. Dan telah menjadi manager pada usia yang sangat muda.

Walaheh Yoep. Hebatnya. Hebat

Lepas customer hebat tu pergi. Kak Niza tunjukkan tandatangan dia.

"Bi tengok sign customer akak ni. Ni lah tandatangan orang hebat. Orang berjaya."

Kak Niza bukak topik. Wow. Agak menarik untuk dikorek-korek ilmu ni. Terkebil-kebil mata bi. Bi pernah dengar bahawa tandatangan membantu untuk kita tahu personaliti orang. Tapi tak pasti pulak ia boleh membantu kita berjaya.

"Iye. Tandatangan juga membantu aura untuk berjaya. Kebanyakkan orang berjaya tandatangan dia ada ciri-ciri macam customer akak ni."

Hi hi hi hi

Mesti korang nak tahukan ciri-ciri tu. Ok lets share this ilmu. Moga semua dapat manfaatnya.

1) Sign tu mestilah boleh dibaca. Mean bila orang baca terus tahu itu nama u!
ok. Terus bi comparekan sign bi. Kak Niza tengok lepastu dia tanya.

'itu apa?"
"itu nama bi lah"
"Belit-belit.Tak faham"
"    --_____--    "

2) Sign mestilah menuju ke puncak. Puncak mana? Puncak ke atas kanan.
 Ok. Reffer sign sendiri lagi. Sign bi mendatar je. Lurus.
Kesian.

3) Sign tu janganlah belit-belit. Nampak ruang antara huruf.

"Motif kak?"
"Menunjukkan cara kita. Terbuka atau tak"
Sign bi? Oh belit-belit. Ada banyak gulung macam muruku.

4)  Garisan dan titik.
Itu juga mempengaruhi. Oh tapi bi lupa tang ni.

Terus bi tukar tandatangan. Cuba punya cuba. Alhamdulillah ada new official sign!

So, bagi memudahkan pemahaman u olls, bi copy n paste rahsia tandatangan ni. Selamat membaca!




Rahsia Tandatangan

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan

Seorang yang sangat yakin

Ada personaliti yang hebat

Agak mementingkan diri sendiri

Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan

Anda romantik

Mudah bertukar pasangan macam tukar baju

Memilih kecantikan (bagi lelaki)

Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan

Anda kelihatan mudah dan tenang

Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

Seronok dengan kehidupan

Ikut gaya dan cara sendiri

Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

Anda sentiasa berusaha supaya smart

Suka berselindung

Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup

Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir

Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

Seorang yang sangat prihatin

Tidak pentingkan diri sendiri

Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain

Seorang pemikir

Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

Seorang yang sangat baik

Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan

Tegas dengan pendapat sendiri

Ada semangat yang tinggi


Ni pulak kajian tandatangan orang-orang yang mempengaruhi dunia


Osama Laden
Seorang yang tidak suka berkomunikasi dan suka merancang atau melakukan sesuatu secara rahsia. Garisan tebal atau pekat tanda tangannya menunjukkan dia seorang yang mempunyai tenaga yang tinggi manakala garisan melintang di bahagian atas dan lakaran seperti ketam pada tanda tangannya menunjukkan personaliti keras si pemilik tanda tangan. Keistimewaan ketam - tidak kira bagaimana teruk pun serangan orang padanya, dia tidak akan mati sebaliknya `menggigit’ balik dengan ganas.


George Bush
Tanda tangannya yang bergarisan tebal, menurun ke bawah dan tidak berapa jelas menunjukkan keghairahannya untuk menakluk dunia menggunakan arahan bukan diplomasi. Tanda tangannya bermula dari dasar, menaik ke atas dan seolah-olah bersambung dengan huruf pertama (B) nama seterusnya (Bush) menunjukkan dia seorang yang menyimpan perasaan marah, geram, dendam dan kekekecewaan yang amat tinggi. Ia juga menunjukkan disebabkan perasaan ini, pemiliknya sanggup melakukan keganasan dan kekejaman untuk membalas dendam.


Adolf Hitler
Tulisan tangannya yang bersudut menunjukkan seorang yang mempunyai pemikiran tajam dan agresif. Tulisan yang meliuk-liuk ke bahagian kiri menunjukkan seorang yang tidak jujur dan mempunyai pemikiran seperti seorang penjenayah. Tulisan mencondong ke bahagian kanan pula sering kali menggambarkan pemiliknya tidak mampu mengawal emosi untuk memusnah atau membunuh diri.


Bill Gates
Tanda tangan Bill Gates yang bersudut menunjukkan dia seorang yang mempunyai pemikiran tajam. Garis melintang pada huruf `t’ yang memanjang ke kanan dan titik `i’ yang jelas menunjukkan dia seorang yang baran, lekas marah. Tulisannya juga mencondong ke kanan dan ia bukan petanda yang baik. Seperti Adolf Hitler, Bill Gates juga ingin menakluk dunia tetapi dengan cara yang lebih teratur.


Michael Jackson
Lihat bagaimana penyanyi terkenal ini menyembunyikan nama pertamanya dengan satu lingkungan. Umum maklum bagaimana penyanyi ini menukar jantinanya, mengurung diri dalam tangki oksigen dan semua ini jelas tertera pada tanda tangannya membuktikan penyanyi ini melalui masalah besar dalam hidup. Hidupnya juga amat tertekan berdasarkan tulisannya yang mencondong ke bawah.


Albert Einstein
Mereka yang mempunyai tulisan dan tanda tangan kecil sering kali membabitkan diri dengan kerja yang rumit dan terperinci. Tulisannya padat dan konsisten menunjukkan tenaga yang amat tinggi. Garis melintang huruf `t’ pada bahagian hujung atas menunjukkan pemiliknya seorang yang mempunyai sikap yang bagus dan bercita-cita tinggi dalam hidup. Tanda tangan ini juga menunjukkan kuasa mencapai kejayaan amat tinggi.

Sumber: www.yoursignaturespeaks.com