Monday 8 August 2011

Sehari boleh dengar 30 kali ini lagu. sian telinga dinda

Dahulu aku suka sangat lagu Aizat 'hanya engkau yang mampu' kalau dengar lagu tu rasa diri ini terbuai-buai jauh  dengan buaian.  Sebab ada kepiutisan dalam bait senikatanya. Teringat, sambil iron baju buruk ke kuliah aku menyanyi-nyanyi mengikut rencak irama si Aizat ni. Tapi tidak lagi kini! 
Di pendekkan karangan, sekarang aku cukup mengemari lagu UNIC hanya tuhan yang tahu. Terasa indahnya lagu ini. First time dengar terus jatuh cinta. Berdebak debuk debak debuk hati ini diselongkar oleh lagu ni untuk mencari ruang simpanan. Oleh kerana suka, aku mula download dan save di desktop. Supaya senang play tiap kali on lappy.
Lirik lagu ni sangat membangkitkan semangat dalam diriku bahawa Allah ada dan bersamaku untuk setiap apa yang ku lakukan. Lagu ini juga buat aku ingin menangis. kenapa? Mungkin kerana kita ini hamba tuhan. Terbaik macam mana pun kita tetap kana meminta kepada tuhan. Jadi kenapa harus ada rasa ego dan bongkak.
Terdengar lagu ini buat ku takboleh duduk diam. teringat pada si jodoh. Oh jodohku. datangla..datangla..

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
tanpa jemu, setiap hari aku dengarkan lagu ni. Habis satu lagu, reply balik..hingga jiran sebelah office aku ni hafal lagu. Aku dengar mulut dia pun turut nyanyi..hihihi. Ce try drg! gua tak tipu.

adamasanya  tangan saya terbang ketika bertelefon

Thursday 4 August 2011

Braces yang menggemukkan. Adoi!

Hampir 5 bulan berbraces. Cepatnya masa! Masa tak pernah tetap dengan pendirian. Lima bulan berbraces aku semakin naik berisi. Persoalannya? Mana statmen-statmennns yang menyatakan insan berbraces adalah insan yang bakal akan kurus? Insan yang tekad berbraces adalah individu yang akan tampil langsing dan kurang kg nya badannya daripada asal?

Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak kecuali diriku. Manalah badan tak naik, andai apa makanan pun nampak menarik dan mengoda. Lucu bila mengenang minggu pertama berbraces. Memang pantang! Bukan tak nak makan tetapi tak mampu. Setiap kunyahan bakal menyakitkan hingga tertitis-titis air mata. Sakit bro! Masuk minggu kedua sorry to say la... Burger Mcd pun dah lembut.

Blog yang sepi. Sesepi lubang telinga.

Kenapa tak post someting? banyaklah juga manusia yang bertanya. Senyum tak perlu kata panjang-panjang. Malas, no mood!..Teringin nak berblog balik tapi tak datang pula idea. Maklumlah lately ni terlalu banyak kerja di ofice. Otak dan body penat sangat! Sampai terdemam-demam. Tapi disebabkan nafsu duit yang menebal ku gagahkan diri. Siapa tak nak duit bro? tambahan nak reraya dah ni. Banyak nak kena dihulur dan menghulur dan terhulur. Mudahkan rezekiku tuhan. Amin!

Hari ini hari keempat berpuasa. Terlalu pantas masa! Macam merempit lak masa ni... Betullah kata orang yang meloyar buruk bahawa masa tak pernah tetap dengan pendirian. Oh Ramadhan!


   'Betapa aku merindui kanmu tapi ku pejamkan mata, pekakkan telinga, bisukan suaramu.Jangan tarik nikmat itu'