Monday 30 December 2013

Tempoh braces

Asalamualaikum

Dulu: '' Akak bila nak cabut besi. Tak kaco ke pakai besi tu"
Sekarang: '' Acik. bila nak cabut braces tu. Lamanya pakai.''

Bi tarik nafas. Lepas. Tarik lagi.

Terfikir sekejap.
Memang agak lama bi memakai braces. Daripada pertengahan 2010 dan esok 2014. Bak Hang nak masuk tahun keempat! Lama sehinggakan gelaran akak bi dah bertukar ke 'acik'.. Masyallah!

Sebenarnya itu normal. Tempoh yang sangat normal bagi umur-umur macam bi ni if memasang braces. Umur 22,23,24,25,26,27,29 ++ adalah normal mengambil masa sehingga 5 tahun. Bertambah normal jika keadaan gigi terlalu kompleksss untuk dicantik baikpulihkan.

Mai nak cerita sikit. Bi nak cerita kenapa bi ambil masa yang sangat lama.
Pertama, bi suka kejap pakai dan kejap cabut. Seingat bi cabut dua kali pada tempoh yang lama. Satu ketika kenduri perkahwinan abang bi, satu lagi kenduri bi. Lucukan, kenduri abang, tapi bi yang beria-ia cabut. Ntah, mungkin time tu tak berapa ada duit nak tukar dawai. Sebab bila dah pakai braces, setiap bulan kena tukar bracet dengan jenis dawai. Sekali tukar rm300 time tu. Bila dah cabut memang balut liatlah nak kembali pasang. Serius! Mungkin dah dapat balik nikmat menggigit burger dan sate kegemaran. Yelah selama iini sikit-sikit kena cubit. Orang dah makna 10 cucuk sate, bi baru 5 cucuk. Rugi..rugi..

Kedua, bi sebenarnya..tukar treatment daripada braces jenis daimon ke jenis metal. So, bayangkan..Lepas bi bukak daimon bi terus tanya doktor boleh tak tukar braces jenis lain. Doktor gelak. Tergedik-gedik doktor gelak. Bi tanya, bukan buat lawak. Doktor cuma jawab:

''Boleh, tapi kenapa nak tukar"
'Sebab..masa saya remove braces ni sekejap saya rasa dia bergerak sikit gigi ni. Jadi ada lubang balik kat garham tu'
'Oh.. normal!'

Bi diam. Mana boleh normal. Baru 3 bulan bukak, dah bergerak. Bayangkan kalau 20 bulan. Bayangkan kalau 20 tahun. Bukankah gigi bi kembali berlubang. Bi tekad pasang metal.Tekad! Tekad! duit!duit!!

Bi pergi klinik Aina. Tanya doktor. Cakap pada doktor bi dah pasang diamond dan nak tukar. Doktor kata boleh. So murah je dia caj sebab bi dah pakai braces dulu. Cuma bi agak sedih-sedih gitu, bila doktor gigi aina tu kata kena start dari mula jugak sebab akar gigi bi dulu masa pasang jenis diamond doktor tu tak tarik habis akar tu. So memang akan berlaku pergerakan balik.

Kata doktor, jenis diamond memang laju treatment dia.. tapi tak semua boleh pakai. Kalau gigi akar jenis kuat, agak tak sesuai. Betullah kot..seingat bi, ketika pakai braces jenis diamond lekatan bracet besi tu hanya luar permukaan gigi. Dia tak usik langsung bahagian dalam. Tak macam metal braces. Siap ikat besi pada permukaan gigi dibahagian dalam.

Gedebak gedebuk..dalam next week bi pasang kembali. Sekarang melekatlah braces metal pada gigi bi. Insyallah nantu bi update pasang jenis metal ni.
Harini 31 disember 2013 kira hampir genap setahun bi pakai metal. Sekejap je kan ^_^

2 comments :

  1. salam bi nak tanya, pakai braces mmg blh bukak2 ikut kite ye. and sebenarnye, braces mana yg ok? diamond, damon or metal? tgh pening pikir ni. huhu. thanx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. doc akan sugest tempoh bukak. Ye boleh bukak2 tapi jangan lama2 nanti ganggu treatment. For me. metal its better! diamong? urmmm mybe ok. mybe. :)

      Delete