Thursday 21 March 2013

Kita berkerja untuk gaji

Baru sahaja. Kurang 10 minit ini. seorang akak datang ke meja bi. 2 orang anak kecil membontoti dia.
'tak kan nak minta gaji kita pun nak kena kuar air mata'

@_@

bi pandang dia. Aiyo..memang sedih! Sambil tu bi pandang anak daranya. Seorang 3 tahun, seorang 7 tahun. Si 3 tahun melompat-lompat atas sofa kecil. Penat melompat, dia minta kertas untuk 'mendraw'. Kesian...

Si emak pula pinjam hset untuk menelefon. Bi bagi. Biarlah tak luak pon.

'tak apalah kak..minta lagi nanti' itu je bi boleh kata.

'yelah dik...kita bekrja untuk gaji, untuk duit. Ni nak pergi kerja pun tak ada duit dah. Macam mana? Akak bukan berkira sangat tapi memang dah tak ada duit.. Bagi duit time akka tak ada. Akak ni ada keluarga. Tak larat lah nak bergaduh ngan laki... bla- bla.."

bi dengar. Sambil mata tengok anak dia melompat-lompat atas sofa. Kemudian turun main telefon pula. Itulah anak, langsung tak tahu ibunya sedang bermasalah. Seronoknya menjadi anak-anak. Masa bi dah berlalu. Cepatnya masa ni berlalu.

Seketika akak tu minta izin pergi. Bi tanya, si kecil 3 tahun ni agak petah. Tak disekolahkan ke?

"Dah! Akak dah berhentikan dia! Tak cukup duit nak bayar.." terkesima dengar.
Bi nak hulurkan air kotak yang ada. Tapi ada sekotak je..tak sesuai pula. Nanti si 7 tahun tu tak dapat pulak.

Suatu hari nanti jika aku menjadi majikan, aku tidak akan sebegini. Insyallah semoga aku tidak menzalimi.
Untuk majikan jangan menzalimi. Bayarlah upah pada pekerjamu.



Daripada Anas r.a. katanya, aku tidak pernah menyentuh sutera tebal atau nipis yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Aku juga tidak pernah mencium bau-bauan yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya aku telah berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, tidak pernah baginda berkata kepada aku perkataan ah dan tidak pula pernah menyoal sesuatu yang telah aku lakukan dengan mengatakan-Mengapa engkau lakukan demikian? dan semasa aku tidak melakukan sesuatu tidak pula baginda menyatakan, Alangkah baiknya jika engkau tidak berbuat demikian.
Huraian Hadith: 
 
1. Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling baik dan sempurna akhlaknya, meliputi cara bergaul, bertutur dan bertindak.
2. Seseorang majikan yang baik ialah orang yang boleh menunjukkan contoh tauladan kepada pekerjanya sehingga pekerja merasa selesa untuk bekerja dan berkhidmat dengan sempurna kepada majikan.
3. Seorang majikan hendaklah pandai mengambil hati pekerjanya. Tegur dan nasihatlah dengan cara yang baik dan penuh hikmah supaya tidak menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pekerja sehingga menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan, mogok dan sebagainya.