Tuesday 23 April 2013

Majlis pertunangan ema

Asalamualaikum wrt

13hb april, alhamdulillah..kawan baik bi, Ema bertunang. Majlisnya kecilan sahaja. Walaupun usia perkenalan we olls tak selama mana utk bergelar kawan baik tapi bi rasa bi rapat sangat dengan dia. Sebab dia mudah. Boleh saje! Susah senang tak kira masa.

"ema! Ambik bi sekarang. Bi malas dengar kursus kerja ni." ---> ema datang ambik.
"ema! Bi teringan makan jonny"                                           ---> ema bawak.
"ema! Bi nak beli kasut merah kat mid.bawakkan!"             ---> ema bawak juga.
"ema! Badan sakit. Ema bawak urut. Bi rasa demam"          ---> ema bawak jugaa.
"ema! nak makan sardin. Masakla.."                                   ---> ema masak. tapi kena beli sardin :)

yup! ema kawan yang mudah. Kawan susah senang.
so kerana kebaikan dia..Bi tak ralat nak bantu majlis pertunangan dia. Bi bantu kecilan sahaja. Just buatkan hantaran dan mini pelamin.
Tema majlis dia sangatlah gedix. Aiyo..! ini ema dia pinkish gurl. So, semuanya pink putih saja. Tapi color tu memang sweet. Sesuai lah dengan ema yang ayu (kononnya)

Hantaran: sekejap je kami berdua buat.Dalam setengah hari dah siap. Apa yang diperlukan adalah raga dan bunga.riben-riben dan pelekat-pelekat untuk melekat.
asas. mula2 bi lekatkan/ikatkan span pada raga. pastu cucuk bunga. cucuk sambil baca bismillah ye ^^
 Gubah punya gubah. akhirnya siap. Bi gubah, ema tukang ikat span ni. Nak suh ema gubah dia kata tnagan dia keras. Masa sarung cincin baru lembut nanti. uish...
macam ni la... belum susun barang lagi. simple jekan.

Esoknye bi pergi umh ema. Kononnya, mak andam junior ni nak buat pelamin.

huhuhu

Tak taula apa jadi ngan pelamin ema tu. Adakah pelamin anganku musnah bi buat? Hahaha... Tak la. Okey juga bi buat. Disebabkan nak tutup dinding atas. Pelamin tu tinggi kitorang pasang. Naik turun naik turun tangga besi, rasa pejal dah otot peha. Kalau semalam jari ema keras, ni peha bi pula keras.
yeah! mula-mula kasi tutup ini dinding

b mendaki hingga ke puncak tangga. @_@
pasang dan terus pasang. Just lekat je kain ikut kata hati. Rasa cantik teruskan.Tak cantik tanggal dan ubah.
ok x? just nice right..
kasi touch-up sikit... Tambah element bunga2 an...

opps. bersepah sikit :)
after siap pasang semua dan kemas! Insyallah tunggu majlis keesokan harinya.

Lebih kurang jam 1 ptg, bi dtg umah ema. Alhamdulillah semuanya mengikut perancangan. Cuma rombongan lelaki lewat sikit. Ada pulak 4,5 ketul rombongan kereta salah lorong. Tapi biasalah, sesat adalah salah satu adat dan tentatif program meminang. ^_^

Bi makeupkan ema. Simple je. Macam nak makeup pergi kerja. Tak pandai nak makeupkan... Ikut jari-jari. Ambik makeup dan calit.

yeah! gambar bi paling over sbb b yg tangkap gambar.
 sementara menunggu rombongn we olls pun bergambo-gmbor. Kami gila camera! Dalam jam 3 setengah rombongan sampai. Tak sangka, mereka pakai adat negeri. Pengantin lelaki 'terpaksa' bawak duit hantaran sedikit. Tak ada duit? uishh! Ate berangan ajelah kome nak bertunang.

Cincin dia kecik je.

ema senyum sampai koyak pipi. happy benor. im taken lah katakan..!

alhamdulillah. tak lama lagi bakal disatukan. moga mudah segalanya.
Bi paling suka gubahan bunga mawar b kat dalam gambar tu. Tak sangka bi pandai buat. Main cocok je. Memang ada darah keturunan seni jemari agaknya.


Ema... mabruk ea!

ema.rubi

13 april 2013



Tuesday 16 April 2013

Tempahan door gift murah!

Asalamualaikum wrt

Bi nak share satu benda dengan semua. Siapa disini yang akan ada majlis berlangsung dan mencari-cari cenderahati yang sesuai dijadikan 'doorgift'?? Bi ada barang mahu disuggest. Kalau rasa ia idea yang bagus, boleh la berlumba-lumba dapatkannya.. Apa yang bi nak share adalah..

 
Chocolate Moist Cake (with chocolate topping + chocolate rice)


uik! mengalir air liur tgk. memang sedap
Rasanya memang sedap dan jaminan fresh dan tak rasa kulat! Bukan apa, bi pernah order satu kek dapat-dapat ada macam kulat putih-putih. Tapi yang ini memang baru dibuat. Kira macam baru kuar ovenlah.

Kek ni:

 -Dijamin lazat dan berkualiti.
-100% halal. Product Muslim.
-Topping coklat yang banyak dan ditaburi penuh dengan coklat rice.
-Saiz: Bekas segi 4 kecil berukuran 4inch × 4inch


Harganya pun tak mahal. Biasanya kalau tempahan mesti mahal. Tahu tak bekas kecil dadih rm1 tu? Separuh dari bekas dadih rm1 tu normaly rm 1.20 yang ini memang besar bekas dia. So bi dimaklumkan harganya:

1 - 25 bekas = Rm2.80
26 - 50 bekas = Rm2.60
100 bekas ke atas pada harga borong yang lebih murah.

  
Ambil lagi banyak lagi murah. Pulak tu ada free sudu macam dalam gambar tu.. If nak direben dan letak sticker apa-apa cuma tambah 20 sen sahaja. Insyallah cantik sangat!

Selain kek coklet ada kek lain jugak. Suka makan Puding Trifle Cake tak?
Sebab kek macam tu pun ada dijual. Bi tak pernah cuba lagi. tapi dengor kabornya lagi sedap. Tak apalah. layankan aje gambarnya dulu.
 
jelly castard+nata de coco+ choc moist cake

If ada siapa-siapa berminat boleh tinggalkan comment. Bi malas tinggalkan no tepon. Kang bukan nak order kek tapi nak order teman lak! Woha!!

asalamualaikum

Tuesday 9 April 2013

Cream halia yang superb best!

Pernah dengar lotion halia Mustajab? Pernah pakai? Suka pakai? Yup! Bi sukakan benda alah tu. Sangat best. Sebelum tidur cuba sental kat perut. Rasa ada aircond aje kat perut. Mula-mula memang rasa panas.Lama-lama rasa sejuk. Senyum-senyum je tidur.

Tapi boleh dikategori mahal jugak. Satu tiub lebih kurang rm20 macam tu la. Bi pakai satu tiub lebih kurang untuk 2 minggu. So Satu bulan kos hampir rm50 jugak. Rasa membazir aje pulak. Baik beli kipas angin. Memang confirm sejuk satu badan. Tapi tak boleh kurus la...

So masa jalan kat satu pasar raya bi terjumpa satu produk macam produk lotion tu. Macam okey!
jimat dan jimat

Dalam satu kotak kecil ini ada 3 jenis lotion.. setiap tiub isinya 80ml. Ada 3 jenis perisa. Halia, limau halia dan cili halia. Bi paling suka warna hijau iaitu limau halia sebab baunya wangi sikit dan panas dia tak panas sgt. Warna kuning iaitu halia sahaja bi rasa biasa-biasa je. Tapi masih memberi rasa panas. Warna merah pula paling hot berapi. Tapi tak adalah sampai tinggal kesan merah. Panas dia masih boleh diterima lemak badan lah. Cuma if yang tak tahan panas memang akan resah sikit la...

Nak tahu harga? Confirm nak tahu la tu

hu   hu   hu


cuba teka.. Harganya tak adalah mahal sangat. Insyallah mampu milik.
tiub dia kecik. senang masuk handbeg
 yelah. Bi kongsikan harganya. Sebenarnya itu harga dikotak. Bi beli jauh lagi murah. Hanya rm20.00 sahaja! Percaya tak? yup! harus percaya... murahkan. Sebab tu bi kata sangat berbaloi-baloi. Jimat dan teruskan berjimat!


Monday 8 April 2013

Berus gigi bila pakai braces

Asalamualaikum



 Bi macam mana gosok gigi? Pakai berus gigi lah. Bi jawab. Dia gelak. Bi pun gelak. B dia faham, mesti dia nak tahu bagaimana bila ada dawai dan besi melekat pada gig. Pasti sukar nak dibersihkan. So bi ceritakan lah sikit. Buat mereka yang nak pakai braces Insyallah boleh dicedok sedikit ilmu ni.

Bi perlukan 3 item sahaja dalam memberus gigi. Iaitu berus gigi besar, berus gigi kecil dan flos gigi.
Setakat ini berus gigi yang paling best dan sesuai untuk gigi bi hanyalah colgate atau systema. Tapi bi pilih brand colgate kerana ia mengeluarkan berus gigi paling halus di pasaran iaitu 0.01mm.

kat mana-mana ada jual. bi beli di guardian
pakai berus gigi ni tak sakit. sebab bulunya terlalu halus. So tak payah lah kita sental gigi kita sampai bengkang bengkok plastik berus tu lagi.. Sebab dengan penuh kelembutan pasti sisa makanan tercabut-cabut.

baca sendirila. malas nak terangkan
Pulak, berus gigi ni boleh dipakai lama. Berus dia agak tahan! Tapi sebatang berus gigi tak elok dipakai lama. Ingat sebab kuman dah membiak-biak. So, makesure kalau boleh setiap bulan tukar berus gigi.

haluskan berus ni. rm13.00 utk 3 batang!
Tapi even dia halus bi still perlukan berus gigi utk permukaan gigi yg tersorok di belakang. So bi memang beli berus gigi berbentuk 'L' Funtions ia jugak memudahkan proses korek kotoran gigi dicelah-celah gigi. Yup! Ini sangat diperlukan. Sila beli di Guardian kalau nak murah. Rm8.50 sahaja,

Kalau ikut saiz, ia lebih besar dan kasar saiznya... Tapi ia sangat membantu proses penyucian cik gigi.
Jenama murah pun dah ok. Sebab kita hanya akan pakai maksima 3 hari utk sebatang. Kira paling banyak digunakan 10 kali.

Dan yang teakhir bi perlukan flos tapi bi jarang guna sebab bi pemalas. Sebab bi yakin dengan dua berus gigi tadi gigi bi dah sangat bersih. hu hu hu

kita sental sampai bersih
Bila gigi bersih, keyakinan pun bertambah. Bercakap dengan orang pun rasa yakin dan selesa. Boleh main bisik-bisik. Tak gitu bi?

yeahhh! i felt goooodddd!


Sunday 7 April 2013

Cantik dengan sabun susu beras

Asalamualaikum

Rutin hidup Bi dah totaly berubah sepenuhnya. Tiada lagi keluhan, tiada lagi masalah dan tiada lagi 'kotoran'. Nantilah, bila perlu bi ceritakan apa yang berubah. Tapi ia memang berubah! Satu perubahan yang besar. Besar punya!

So bila dah berubah bi banyak sangat masa yang kekosongan. Masa kosong ni bi isikan dengan mengambil tahu hal kecantikan. Wow and Meow!! Banyak produk bi try hinggalah bi terjumpa satu produk yang marveles!. La ni Bi rasa kulit bi makin chomel-chomel. Nak kata putih pun tidaklah jugak, nak kata lembut mulus pun tidak tapi ada lah sikit.

Bi baru pakai dalam 2 minggu saja. So agak mushtahil nak nampak kesan yang hebat! Tapi kesan yang mula-mula nak hebat dah mula kelihatan! Marvelles...! Bi pakai sabun susu beras sekarang ni. Bi suka sangat sebab firstly baunya sangat harum. Yup, bau objek muka adalah suatu aspek yang amat penting bagi bi if nak ditempelkan pada muka. Tapi yelah, sangat jarang wujud sabun muka yang busuk kan.

hi hi hi

sabun power
Yup. Mula-mula bi beli satu. Lepas tu agaknya bila adik-adik bi tengok tersodeh ada benda harum dalam bilik air, bi suspek dorang pun pakai. So nak bising pun tak ada guna..bi halal aje lah dorang guna. Bi pun suka dorang guna, boleh cantik sama-sama. Ok! Bi beli  lagi 20 biji! Tamak benor rasanya. Memang kena beli banyak. Kalau sorang pakai je mungkin seketul boleh tahan 2 minggu ni kalau dah samapai 4 orang pakai macam mana? Lagipun semakin banyak beli maka ia akan semakin murah. Jadi belilah banyak. Boleh share-share. Tapi bi tak pastilah tindakan bi beli banyak ni akan menyebabkan pengguna tegar yang lain akan keputusan stok atau tak. Itu bi tak pasti.ha ha ha.

So, bi nak juga share keistimewaan after bi pakai sabun ni. Mula-mula pakai rasa biasa je selain daripada bau yang Maha harum tu. Tapi selepas 3 hari bi rasa, kulit ni rasa lembut je. Bila hujung jari sentuh je rasa..Lembutnya. Kecerahan kulit bi pun agak sekata sikit. Dan paling best bi rasa perubahan paling cepat, jerawat pasir yang cenonet kat muka ni dah kureng sikit. Jerawat ni paling suka duduk dekat bawah dagu n tepi batang hidung. Semuanya makin kurang.besssttttnya...

nak tengok lagi koleksi sabun bi?

Banyakkan. Janganla minta. Pergi beli sendiri. Tak mahal pun. Seketul rm 8.00 sahaja. Kalau terus beli 20 biji seketul dapat rm5.00. Murahkan!! Bi beli disini: edanhouse

Semalam masa ke rumah urut, akak yang selalu urut bi tegur. Kenapa kulit engkau cantik sikit dik? Macam putih sahaja. Badan pun sudah lembut sikit. Bi senyum sahaja. Orang puji kita senyum sahaja la.. Nak kata pakai produk malas sebab nanti mesti dia tanya lagi..Bi nak relax tanpa sembang-sembang. Padahal bi tak pakai pun bedak time tu.

pengguna tegar sabun susu beras
gambar ini tidak diedit. sorry kualiti gmbar rendah!

  So, apa tunggu lgi.. Boleh try sabun ni. Insyallah berbaloi-baloi. Jangan risau, ia tak merosakkan kulit muka. Dan sangat seronok bila satu produk boleh dipakai pada badan dan muka. Best! Lagi seronooook bila satu sabun tahan 10 hari!
yang oren-oren tu beras tau. tapi lembut je..
So bi ulang, if nak try sabun ni b suggest beli lah kat page ni 'edanhouse' sebab harga pun murah dan kualiti jaminan. Bi tak pasti apa beza dengan sabun lain tapi kawan bi yang sugest beli di sini sebab ia antara sabun susu beras yang paling berkualiti pernah dorang pakai. Ok, moga u olls pun cantik marvelles putih gebu-gebu..

salam