Showing posts with label tips & tutorial. Show all posts
Showing posts with label tips & tutorial. Show all posts

Monday, 27 January 2014

TIP pemilihan Veil

Asalamualaikum

Pemilihan veil adalah penting dalam memastikan anda tampil anggun di majlis anda. Pls jangan tangkap muat. Bukan bi nak kepohci. Bi cuma nak kongsi beberapa tips yang maybe berguna untuk bakal B2B ni.

1) Ketinggian anda.
-Kalau anda dikurniakan ketinggian adalah amat cantik untuk anda mengenakan veil yang panjang. Ia akan menyebabkan anda tampil lebih tinggi dan membantu untuk anda nampak kurus! Seronok bukan. Ketinggian yang bi maksudkan adalah sekitar 160cm++

-Bagi yang rendah comei macam bi sendiri ni. Opss! Awas..Jangan galak sangat memakai veil yang panjang melepasi punggung. Apatah lagi sehingga betis atau meleret-leret menyapu lantai. Memang cantik, namun agak kurang sesuai. Anda akan tampil lebih rendah dan bagi yang bertubuh besar akan lebih besar kelihatannya.

2) Bentuk veil.
Pastikan bentuk halfmoon yang sempurna. Ada pelbagai veil yang menarik di pasaran. Pastikan anda memastikan bentuk potongan adalah sama kiri dan kanan veil tersebut. Bagi yang berhijab bi tak galakkan untuk memakai veil dengan cara meletakkan veil sedikit pada sanggul anda. Contoh gambar terhampir bi dapat tunjukkan:


3) Pemilihan warna.
Ok! anda bebas memilih warna. Cuma untuk nikah pastikan anda memilih veil berwarna lembut. Pastikan kombinasi manik dan lace atau sebagainya adalah cantik. Apa lagi! Minta nasihat dan pendapat mereka yang pakar seperti pereka veil anda dan kawan-kawan yang dicipta sebagai pengkritik tetap!

4) Design veil.
Sebelum menempah pastikan anda telah mengetahui budget anda dan rupa design yang anda inginkan. Jangan set minda anda veil yang cantik hanya diperolehi pada harga yang mahal. Walaupun itu hakikatnya..!  Anda perlu nyatakan budget anda dan design iaitu warna dan tahap 'keserabutan' veil anda semasa menempah.
Some time..less is better. Jika anda ingin tampil 'sweet' dan 'ayu' elakkan veil yang berserabut dan terlalu crowded. Biarkan ia simple dan nature. Misalnya sebegini:

 


 
 


Semoga tips yang sedikit ini dapat membantu anda! HAPPPY B2B!

Sunday, 16 June 2013

Kursus kahwin di putrajaya

Asalamualaikum wrt.

Jawab tak?
jawablah.. Bi mendoakan anda, anda doakan b kembali. Semoga kita semua termasuk golongan yang dirahmati..

Semalam 15/16 jun 2013 bi dan pasangan ke Putrajaya. We olls, pergi kursus kahwin. Bukan kursus menjahit tapi kursus kahwin..

hi ..hi..hi..

Dah selamat! Tinggal nanti nak ambil sijil sahaja. Kami pergi di putrajaya, presint 9. Anjuran syarikat swasta.  Alhamdulillah nak kata seronok sangat tu tak lah, tpi seronok lah juga sebab walaupun kursus kahwin tak adolah 100% hal kawen deme cerita. Ada cerita bab solat, bab jin,bab pisang, bab senaman, bab shoping dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya baru bi tahu bahawa minum horlick ni bagus. Kata en penceramah..

"Di dalam horlick mengandungi 44% serat pisang. Pisang elok di makan kerana boleh meningkatkan tahap keceriaan tubuh badan..That y lah bila minum horlick kita akan ceria dan nak gelak je.. Apa trademark dia. Nak ho..ho..ho..."

"Sebab itu jugalah di Jepun pisang sangat Mahal. Sebiji berharga rm5-rm10. Pisang adalah makanan orang kaya. Budaya di Jepun mengamalkan pisang untuk hidup lebih ceria..."

warhhh... info yang bagus kan.

Ada 6 peceramah semasa program dijalankan. Boleh la semua penceramah pandai berceramah. Cuma ada sorang yang ajak bosan. Bi betul-betul nak tertio bila dengar dia bercakap. Nak kata syok sendiri tak juga sebab hampit 90% bagi perhatian... Tapi serius memang mengantok~ So sesiapa yang belum buat kursus kahwin tapi nak pergi boleh la ke tempat ini. Tapi warning awal-awal nak bagi tau..

Even penceramah dia agak bagus, tapi keadaan tempat agak tak selesa. Bilik dia besar gelanggang badminton je... Tapi dia boleh ambil peserta hampir 200 orang. Memang sesak dan sardin. Bayangkan, ada ke peserta duduk betul-betul sampai dinding depan. Layar putih tu dah kena hujung rambut.. Bayangkan. Tak payah nak bayang sebab if nak merasa bolehlah pergi ke tempat ini. Tempat lain tak ada, tapi sini ada.
Kerusi pula, seketul aje..tanpa meja. So duduk la u olls menegak. Memang sakit pungkok dan pinggang. Sudahla sempit, kerusi pulak tak mesra punggung. Nasib...nasib...

Dia ada makan 3 kali hanya pada hari ahad. Makanan boleh tahan sedap. Rasa puas hati dapat makan. Tapi tak apa, sebab di bawah ada restoran Mamak! Terbaik...! Memang serius sedap. Itulah kedai mamak tersedap bi pernah makan. Kari dia betul-betul hoooooliaaaaaawww. Boleh cuba. Ia betul-betul bawah tempat kursus tu.

If nak pergi bolehla baca butiran ni:

ALAMAT KURSUS BERTEMPAT DI:
Bilik Seminar Tingkat 1,
Jalan P9f, Presint 9,
62250 Putrajaya.

(Depan Kompleks Kejiranan Presint 9, atas Restoran Darulsalam, berdekatan Speedmart & Pasar borong Darulsalam)
Waktu Kursus :
Sabtu : 2.00 ptg - 7.00 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg

CARA UNTUK SMS:
TYPE → PUTRA, NAMA PENUH / NAMA PASANGAN, TARIKH NAK KURSUS (KURSUS DIADAKAN SETIAP SABTU & AHAD SAHAJA) 

CONTOH → PUTRA, ANUAR AZLAN BAHRIN / AYU MAZRIANAH ABD WAHAB, 1-2/1/11
HANTAR KE → 012-294 3040
Mudahkan ^^ selamat  berkursus kahwin!