Monday 27 January 2014

TIP pemilihan Veil

Asalamualaikum

Pemilihan veil adalah penting dalam memastikan anda tampil anggun di majlis anda. Pls jangan tangkap muat. Bukan bi nak kepohci. Bi cuma nak kongsi beberapa tips yang maybe berguna untuk bakal B2B ni.

1) Ketinggian anda.
-Kalau anda dikurniakan ketinggian adalah amat cantik untuk anda mengenakan veil yang panjang. Ia akan menyebabkan anda tampil lebih tinggi dan membantu untuk anda nampak kurus! Seronok bukan. Ketinggian yang bi maksudkan adalah sekitar 160cm++

-Bagi yang rendah comei macam bi sendiri ni. Opss! Awas..Jangan galak sangat memakai veil yang panjang melepasi punggung. Apatah lagi sehingga betis atau meleret-leret menyapu lantai. Memang cantik, namun agak kurang sesuai. Anda akan tampil lebih rendah dan bagi yang bertubuh besar akan lebih besar kelihatannya.

2) Bentuk veil.
Pastikan bentuk halfmoon yang sempurna. Ada pelbagai veil yang menarik di pasaran. Pastikan anda memastikan bentuk potongan adalah sama kiri dan kanan veil tersebut. Bagi yang berhijab bi tak galakkan untuk memakai veil dengan cara meletakkan veil sedikit pada sanggul anda. Contoh gambar terhampir bi dapat tunjukkan:


3) Pemilihan warna.
Ok! anda bebas memilih warna. Cuma untuk nikah pastikan anda memilih veil berwarna lembut. Pastikan kombinasi manik dan lace atau sebagainya adalah cantik. Apa lagi! Minta nasihat dan pendapat mereka yang pakar seperti pereka veil anda dan kawan-kawan yang dicipta sebagai pengkritik tetap!

4) Design veil.
Sebelum menempah pastikan anda telah mengetahui budget anda dan rupa design yang anda inginkan. Jangan set minda anda veil yang cantik hanya diperolehi pada harga yang mahal. Walaupun itu hakikatnya..!  Anda perlu nyatakan budget anda dan design iaitu warna dan tahap 'keserabutan' veil anda semasa menempah.
Some time..less is better. Jika anda ingin tampil 'sweet' dan 'ayu' elakkan veil yang berserabut dan terlalu crowded. Biarkan ia simple dan nature. Misalnya sebegini:

 


 
 


Semoga tips yang sedikit ini dapat membantu anda! HAPPPY B2B!

Sonoknya bila orang sonok dengan veil kami! aiyaaa..

Asalamualaikum

Nak kongsilah testimoni.


SHARE
Saje.
Suka suka aje
Sejuk ati
Senang ati
Sebab
Si dia
SUKA





Sangat berbesar hati apabila penempah veil bi sudi kongsikan kegembiraan dengan bi. Really aprcte it..!
Tak nak pun bi tak paksa..

^_^

Budget veil: Putih + hitam

Asalamualaikum

Kelmarin bi ada dapat satu tempahan mendadak. Katanya nak pakai chines new year ni. Jadi nak urgent. Urgent. Urgent katanya.

Insyallah bi cuba bantu. Tambah beliau lagi.
-Nak yang budget kerana budgetnya tidak besar.
-Nak warna hitm putih.

Insyallah bi cuba bantu. Bi sugest ambil pakej 'budget veil: white only' coz rm50 sahaja.
Masalah mula timbul. Sebab dia nak lace hitam. Oh adik! selain warna putih bi akan caj rm20 untuk sebarang pertukaran kain net dan lace. Setelah memikir dia cuma request tukar beading hitam je. Oh tukar manik... Urmm

'Ok! halal. dan bi tak caj'

Cuma masalahnya, bi jadi pening sebab warna hitam dan putih agak susah juga. Lain lah kalau lacenya hitam. InsyaAllah menawan tang tang gitu! Seharian dok hadap akhirnya bi dapat siapkan dalam masa sehari gitulah. Dan jom layan kan hasilnya:

bersepah beading.


hitam putih. full view

ni lah ropenya kalo dipakai. opss sape ni? :P

Untuk mendapatkan veil sedemikian butirannya adalah:

caj veil: rm50
xtra caj tempahan last minute: rm10
post: rm6

Bi bagi free: lace kiri kanan bucu dan tengah pandangan hadapan + bunga 3D. Halal!
(Untuk dia aje na... :P )
Semoga Allah mudahkan majlis adik!

Berminat boleh like page bi dan request kat sana: klik sini adik comei......

slm
bye2

Thursday 23 January 2014

Tempahan tudung nikah @ sanding @ tunang.

Asalamualaikum

Sejuknya pagi jumaat ni. Nak mandi pun rasa malas. Tapi kena mandi jugak sebab nak pergi kerja.
Dah baca yassin tak pagi jumaat ni?
Kalo tak bekesempatan jangan lupa selawat.

Bi cuma nak cakap:

'Tempahan untuk tudung lace nikah @ sanding @ tunang telah dibuka. Oh yeah!!!'

Jom lompat!! jommmm

Sesiapa yang mencari tudung cantik untuk digayakan pada hari bersejarah anda boleh tempah. Mana lah tau, anda ingin tampil simple tanpa veil. Tapi still nak gojes ala-ala Emma Maembong!

Mantion harga teruslah ea..
Harga:
Design Simple: rm40
Design Over: rm60

Material : Lace + manik (anda boleh request material lain tapi harga pun lain)
Kain: chiffon
(untuk tempahan chiffon yang lebih super berkualiti (bi tak tipu, beli di Maya Silk)= +rm20.00
Bentuk:HalfMoon..
Pnjg: 1 m
Lebar lintang: 1.5m

Tempoh siap tempahan 20 hari.
Nak siap cepat? xtra caj akan dikenakan

Contoh gambar:
Simple design: rm40
Ok.. kita main cak-cak ea. Tak perlu nak berdebar tengok muka model dibawah. Bi dah tutup atas sebab-sebab tertentu. Ni tudung customer. Ia just letak-letak atas kepala tanpa pin. Bimbang rosak tudung orang nanti.




pakai jarum peniti. cucuk kiri dan kanan.

dia akan jadi lagu tu lepas di cucuk peniti. Jangan risau, memang akan kemas di muka. (dlm gambar hanya main letak sahaja)


lepastu, tarik yang belah panjang ke belakang kepala. Sila pin dengan kemas!

Pandangan hadapan akan jadi begini . Sila kemaskan dengan membentuk lipatan ombak rindu ke.. apa ke.

Belakang akan jadi begini. Kalo nak panjang tarik yang di depan tu bawak ke belakang... Sonokkan!

Kalo yang design OVER: melimpah ruah dan juraian manik lagi penuh.

Siap di post! Tima kasih pengORDER yang baik hati!
Oh lupa: anda boleh request warna. Insyallah bi akan penuhi.
Ok kalo berminat ada 2 cara:

Pergi ke page bi: clik here bebeh!
Atau wassap bi : 0133574367

Salam

Wednesday 22 January 2014

Basic Veil. Only white (limited lace ok!)

Asalamualaikum

Bi bercadang nak tutup tempahan dah.
Sebab tanda-tanda tak cukup masa untuk menjahit dah mula menimbul.
Jadi sesiapa yang berhasrat dan mengidam nak menempah, cepat-cepatlah wassap bi di

0133574367
Kata laluan mula wassap: bi baby baik tomei tomei.

hi hi hi gurau je. Kata laluan wassap bagi salam je.

Ok.
Listen listen listen

Ada yang berminat tak nak tempah koleksi baru bi ni. Warna putih sahaja.. Harga boleh reffer disini. Kita layan gambar veil ea. Dari pelbagai sudut. Depan, tepi, atas, bawah, jauh, dekat.










Berminat ?? Order segera. Tempahan akan tutup tidak lama lagi!
Oh yeahhh ^_^

Tuesday 14 January 2014

Set Veil dan shawl: Pink white!

Asalamualaikum.

Salam Maulidur rasul wahai sahabat semua. Apa bikin cuti semalam? Duduk dirumah atau berjalan-jalan bersama yang tersayang.

Bi cuti semalam dok rumah aje. Siapkan sikit veil yang tak siap.
Warna putih sepenuhnya.

Cantik! Memang cantik.
Bi rasa sejak akhir-akhir ini makin cantik veil yang bi buat. Masa buat tu penuh dengan rasa

Kasih sayang
Minat
Ikhlas

Hi hi hi

So nak kongsi apa yang dah bi siapkan. Kali ni warna pink. Bi rasa  ini antara veil yang bi suka. Sebab combinasi color yang sweet dan sejuk mata memandang. Customer ni tak request jenis design yang diharap. Bi buat sesukahati je. Dia cuma request warna sahaja. Dan cuma minta buat mcm simple tapi comel sweet-sweet gitu.



Ini veilnya. Lace dijahit penuh di hadapan sekeliling veil. Manik pun tidaklah terlalu penuh.

Lace kualiti gred terbaik bi order.  Memang puashati untuk design kali ini. Customer ni order sekali dengan set shawl. Lepas siapkan veil. Bi siapkan shawl dia.

Taraaa!

Material chiffon lembut. Cutting halfmoon. Simple bead je sebab bi taknak dia nampak serabut.



 Cara pakai pun mudah. Just pakai jarum peniti. Cucuk jarum kiri dan kanan. Pastu silangkan tudung ke belakang kepala dan pin!. Pasti kemas dan cantik


Ini rupanya bila digabung veil dan shawl. Cantik bukan.
Harap customer bi pun sukakannya.

Ok ringkasnya.

Utk design sebegini:
Veil: rm75
Shawl:rm35
Veil+ shawl: rm100

Berminat untuk order? Ok sila like dan hantarkan masej ke page ini:




Sunday 12 January 2014

Veil simple dan limited. Peach pls!

Asalamualaikum

Aiya. Jari sakit.
Sakit...

hi hi hi.
Dok kalut membuat veil ni sampai sakit jari-jari bi. Hingga juga muka hubby bi masam aje. Nak buat macam mana. Dah bi suka dengan apa yang bi buat. Tapi cukup masa, Bi tetap basuh baju. Tetap kemas rumah. Tetap sidai kain. Tetap masakkan abe.

Oh! Kan bagus begitu. Alhamdulillah Allah bagi tenaga pada bi.

Hari ni nak baq story pasal satu veil yang ditempah oleh pelanggan bi. Jauh, dari Kedah. Katanya..warna veil iaitu  peach yang dicari amat susah nak dapat. Dah lama dia cari tapi tak dapat juga. Sedangkan majlis makin dekat iaitu end of januari ni.

Ok..sebabkan rasa ingin membantu, Bi terima tempahan daripada dia.

Serius memang susah nak cari veil color peach ni. Nak cari kain nett payah. Kain lace payah!. Masyallah. Bi mintak dia send gambar baju. Ok, bajunya kosong. Memang fully color peach. Beading jenis manik halus-halus pun color peach. Cuma ada sedikit unsur silver.

Apa perlu dibuat?

Nak masukkan lace.. Rasa kurang umpph! Jadi bi penuhkan dengan manik tabur.
Mungkin lagi cantik dan menyelerakan untuk dipakai.







Inilah hasilnya..

Hanya rm70 sahaja. Harap pelanggan bi ni menyukainya. Bagi yang berminat untuk menempah sila like page ni dan hantarkan mesej ye.. Insyallah rundingan dan nasihat akan diberi secara percuma.

INGIN MENCARI MAKEUP NIKAH DAN SANDING PADA HARGA BERPATUTAN??? SILA HUBUNGI 0133574367(BI) ATAU  KE PAGE DIBAWAH:

               www.facebook.com/pages/DIY-Birubi-Blogspot/202060359983878


Thursday 2 January 2014

Pom pom pom!! welcome 2014.

Asalamualaikum

Goog bye 2013.
welkem welkem 2014.



Jadi tahun yang baik ye untuk bi. Tak mo jadi tahun yang menyedihkan. Uikk! Apasal bi wish lagu tu. Baik, gagal, happy, sedih dan sebagainya akan tetap berlaku. Sebab kita manusia biasa. Setiap saat kita akan merasa semua itu. Dengan adanya rasa positif dan negatif inilah yang mejadikan hamba Allah swt yang lebih baik dan beringat akan kehidupan.

Jadi janganlah berangan dan menggelupur wish ala-ala barat yang sangat general:

'i harap tahun ni lebih banyak kegembiraan dan more miracle dalam life i'
'i harap 2014, i akan lebih maju dan memandang ke hadapan.Life must more greet!'

Oh itu tipikal harapan dan ungkapan.
Itu adalah khayalan seperti plot permulaan dalam drama adaptasi daripada novel.
Why.why... kenapa?

Sebab bila nak pasang azam dan harapan pasanglah sesuatu yang nampak dan nyata. Bina daripada ada ke tak ada. Daripada satu menjadi dua. Contohnya:

2013- ada motor                 -----> 2014: nak ada kereta
2013- bertunang                -----> 2014: berkahwin
2013- saving rm 200/month----> 2014: RM300/month
2013- bercuti di sabah       ------>2014: ziarah umrah

Nampak tak. ia nyata. jelas dan ada matlamat. Seiring dengan dunia, lakukan perubahan juga untuk upgrade dalaman rohani kita.

Misalnya:

2013- puasa ramadhan 10 hari sahaja   ----> 2014: ramadhan full
2013- selalu tinggal subuh                      ----> nak qadaq dan full subuh
2014- tak pernah puasa sunat syaaban  ----> puasa sunat syaaban

 Jadi bukankah cantik, bila seimbang kedua-duanya. Lagi satu azam dan harapan anda tu kalau boleh lebih indah dirahsiakan. Biarkan diri sendiri sahaja yang tahu. Itu lebih baik. Jangan dicanang satu office. Cukuplah di bisik-bisik dengan diri sendiri.Bukan apa, nama lagi harapan. Belum tentu ada rezeki kita untuk mengapainya. Lupakah kita pada ungkapan bahawa:

'Kita merancang, Allah menentukan..'

Ungkapan yang sangat tegar disebut dalam filem, tv.  Terutama plot putus cinta, putus kasih. Lucu pun ada. Kadang-kadang bagi bi tak betul juga ayat tu. Sebetulnya sebegini. Anda tidak layak menuturkan ayat ini jika langsung tidak berusaha. Mana nak nampak hasilnya jika tidak melakukan dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa meminta pada Allah.Sangat mushtahil, jika kita meminta dan Allah tidak kaburkan. Allah swt, Maha pemurah.Kadang-kadang Allah tidak kaburkan apa yang kita minta. Rupanya Allah ingin beri sesuatu yang lebih baik pada kita.

Masyallah.

Jadi, peganglah konsep:

'Kita merancang, kita berusaha, kita bertawakal dan Allah menentukan'


Opss... Cukup ceramahnya bi :D
Cuma bi nak kongsi daripada 6 azam bi, hanya 2 azam bi nak kongsikan:

1) Nak kembangkan bisnes konsep muslimah bi.
2) Nak ada baby.

Doakan semoga harapan bi ni akan sukses.. Bi pun doakan kesuksesan anda semua. Amin...Insyallah.
2013: alhamdulillah, tercapai harpan b i untuk berkahwin.

Ok.bye.
Allahuakabar.