Tuesday 5 November 2013

Sewa bantal nikah lagi!

Asalamualaikum.
Asalamualaikum..

Cakk! Apa khabar? Alhamdulillah membesar dan sihat semuanya. Salam maal hijrah buat semua. Semoga kehadiran tahun baru membuka satu keazaman baru untuk kita melakukan satu benda yang lebih baik dari tahun lalu. Semoga Allah permudahkannya,

Uish! Bi macam ustazah. Aiiyooo...

Bi nak update sikit, sekarang ni.. Bagi sesiapa yang ingin mencari barang sewa berkaitan pernikahan/perkahwinan bolehlah ditempah dengan bi. Tempah sewa ye.. Antaranya bantal, tepak, hantaran,baju, kerusi nikah dan lain-lain. Tempahan gubahan hantaran pun bi terima. Insyallah serendah rm50.00 sahaja untuk satu dulang termasuk bahan-bahan. Bagitau je tema warna. Pasti terhias indah.
Ok, atas permintaan bagi zon Shah Alam dan Klang terutamannya, bi bukak satu centre tempat untuk pickup barang sewaan.

Bi minta sorang kakak bi cover. So anda akan berurusan dengan dia. Tapi, almaklumlah, bila agak jauh dan dah suruh orang cover, maka anda tak dapatlah jumpa bi yang come lote ni. :P

hi hi hi hi

Sila Tutup tinge dan mata. Jangan baca dan nengok bi puji diri bi sendiri.. hi hi hi

Jadi bagi sesiapa yang nak menyewa bantal nikah terutamanya boleh berhubung dengan dia. Sekarang ni bantal nikah yang kami sediakan ada 2 jenis. Satu berbentuk bulat dan satu lagi segi empat tepat.
Ada 2 pilihan lah. Yang membezakan hanya harganya. Sewa bantal ni perlulah diambil terus  1 pasang.. Kalau anda request 1 pcs sahaja, maka agak mahal sedikit. Lagi berbaloi-baloi ambil terus sepasang.


mesti rasa comel bila kita duduk atas bantal ni sambil mendengar proses akad nikah. alahai... sweetnya

Butiran sewaan adalah seperti berikut:
Bantal nikah bulat 
Material : pvc 
Warna : putih 
Size : 32
Inch tebal : 2 1/2 inch 
Butang : pvc ( 9 biji)
Harga SEWA : RM50.00 sepasang.
Deposit: rm80.00 (pls jangan minta kurang kerana akan dipulangkan kembali) 

Tempoh SEWA:
-Sewa selama 5 hari sahaja (termasuk  hari ambil dan hantar).
-Lewat sehari caj rm10/day


Bi rasa, ini antara harga termurah bagi kadar sewa. Insyallah sebenarnya, bi berhasrat nak memberikan perkhidmatan jualan berkaitan perkahwinan pada harga yang menjimatkan dan murah. Dengan kata lain, butik budget! Tapi gojes-gojes!! Doakan ye..

Selain berbentuk bulat, ada lagi satu bentuk.. Petak! Rasanya, jarang ada dalam pasaran.
Ia sangat cantik dan nampak kemas.




Bantal Nikah segi 4 
Material : pvc 
Warna : putih
Size : 24 inch x 38 inch
Tebal : 2 1/2 inch 
Butang : PVC ( 21 biji)
Sewa: rm60.oo Sepasang
Deposit: rm80 (akan dipulangkan kembali) 

Tempoh SEWA:
-Sewa selama 5 hari sahaja (termasuk  hari ambil dan hantar).
-Lewat sehari caj rm10/day




Okey.. Jika berminat boleh terus menghubungi:
cik Fadila- 0124383771 sms/wassap
Anda hanya boleh berjumpa di: 
Hadapan pintu utama Hospital pantai Klang

Maaf, Setakat ni, ini sahaja kawasan yang boleh..


sila klik utk view

Kalau tak dapat menghubungi cik fadila atau berminat untuk menyewa disekitar Kajang boleh hubungi : rubi 0133574367.

Sekian terima kasih.

No comments :

Post a Comment