Tuesday 11 December 2012

Berangan


Jika aku orang kaya, aku akan menderma seluas pulau
Jika aku orang alim, aku akan memencil
Jika aku punya anak, aku akan bercerita dengan kelembutan
Jika aku seorang sahabat, aku akan sentiasa bersama-sama
Jika aku seorang kekasih, aku penuhi dengan kesetiaan.
Jika aku seorang ayah? Urmm mushtahi kerana aku seorang perempuan.

setia,percaya,ikhlas

Dia


Seakan cuba seperti dahulu lagi. Aku tumpang senang hati. Insyallah niat yang murni akan diberkati. Pandang dan perhati. Dia jatuh, bangkitkan. Dia menangis, kesatkan titisan air mata..Buat seperti biasa. Kan lebih baik dari berEGO. Aku memang lemah :)

kembali


Alhamdulillah, aku pulihkan kata hati untuk menerima kembali. Cuma kali ini harus ingat supaya bersedia. Bukan sediakan payung walaupun kini memang selalu hujan J Jadi, sediakan payung untuk air mata? Tidak perlu KOT. Cuma sediakan diri agar tidak meletak harapan yang tinggi. Itu sudah cukup hebat! Selamat kembali semuanya.. J hati kecil gembira. Ia ikhlas dan bukan palsu kerana harapan masih ada. 
kembalikan ia semula

ayah


Seorang lelaki bergelar kekasih buatku. MAAF anakmu ini tuli untuk menyayangimu. Maaf kadang-kadang banyak mengecewakan. Aku cuba usaha menjadi yang terbaik tapi masih gagal. Dahulu,Cerita kamu akan al kisah Fatimah Az-hara begitu terkesan dalam hati saat aku ketandusan. Jadikan pedoman katamu. Insyallah…

Jangan pergi dari diriku. Kerana,
Ayahlah lelaki yang tidak akan melukai kita. Hanya dia sorang sahaja lelaki yang sangat-sangat menyayagi wanita. Urrm….pendapatku!


Tekad


Mari tekadkan hati! Agar kukuh dan Sebati! Yeahh….! Tekad mungkin bermakna  ‘ya..aku sudah memutus dan yakin.Tidak ada apa yang dapat mematahkan. Kerana aku telah memberi yang terbaik dan berusaha.  Itulah terlalu mengharap ‘kebenaran’ akhirnya ada yang tidak benar mengusul datang.. Dan penyesalan berlaku semasa kerintihan kedengaran. Ayuh! Bangun dan biasakan kembali. Cuma perlu berusaha lebih lagi. Usaha lagi? Ye… Barangkali lebih sesuai diluahkan  seperti, teruskan berusaha. Tetapi andai sekali lagi berulang. Masih tiada kebenaran yang hakiki, bagaimana? Bi, tekadkan hati…Pilihlah jalan terbaik. Bukan mengalah Cuma beralah.”
masjid nabawi. rindu

belajarla bi


Aku mula belajar menerima. Menerima kemenanagan dan kekalahan. Andai itu takdir harus ku terima. Saat aku berada di suatu fasa hidup yang payah. Tiada siapa mengerti. Tiada saudara. Tiada sahabat. Tiada kekasih. Keseorangan untuk memikirkan perjalanan hidup. Sedih dan sadis wahai kamu, BI
Belajarlah berdoa pada pencipta sepenuh hati. Tapi aku masih tak mengerti. Urmmm… Biarlah persoalan bersarang dalam hati. Aku yang mempersoal dan aku sendiri harus mencari jawapan. 
BELAJARLAH UNTUK TIDAK MENGHARAP LAGI BI ! eh sukati la..