Monday 5 December 2011

dua keinginan

Sebelum langsir dilabuh,pintu 2011 dikunci ada benda yang terdetik perlu aku lansamkan. Ya... i want it! Macam mana aku boleh terfikir mahu kan ia pun aku tak sedar.adoi macam -macam lah aku ni.

Aku mahukan sebuah camera dan sebuah alat penimbang :)Camera tidak perlu mahal-mahal. Cukuplah dalam 4,5 reratus. Bukan apa, bila kita kemana-mana boleh la mengabadikan sesuatu. Almaklumlah, lately ni aku rajin berjalan. Ada sahaja tempat tujuku. Ada gambar yang cantik boleh lah aku pamirkan disini, tak adalah aku bosan menulis sahaja.

Penimbang berat? uissh mushkil. Terfikir jap aku, untuk apa? Taraa..mestilah untuk mengawal jumlah berat badan ni. Kononnya berdiet, tapi apa guna berdiet kalo tak tahu jumlah berat badan sendiri.Apa ke nengung nya i ni.

Hope tercapai untuk dapat dua keinginan ni. Tahun depan lagi banyak keinginan. Mampu kah aku?

Sunday 4 December 2011

Luah

Aku bukan pengikut. Aku buat atas kemahuan sendiri. Ya. Dengan anggapan blog  sukakahhati.blogspot.com tidak punya pembaca, aku mahu bebas meluah, bebas bekarya, bebas memuji dan mengeji. Maaf ada yang terlihat dan terbaca.

Sukahati lah nak tulis apa. Aku tidak minta anda membaca. Aku menulis kerana minat. Minat.

masih bernafas

Sunday 20 November 2011

musim berhenti kerja




Menganggur?
inginkan pekerjaan?
sudah bosan duduk dirumah?

ya..itu mungkin situasi untuk penganggur yang mencari kerja tapi masih tak dapat-dapat. Mungkin beribu sesalan tumbuh dihati. Samapai bila harus begitu? relax kawan2.. dunia kerja pun kadang-kadang membosankan. Ditempat kerja aku sekarang tengah bermusim! Musim berhenti kerja. Macam beratur nak masuk stadium bola sepak pulak..lepas sorang sorang. Last-last tinggal head of depart. je kerja..

ha ha ha ha.. sadis!

Mula-mula...PITRI
...diikuti EKA
dilompati oleh KLON JAMAL
abg yang saya tak kenali CAPAWI pun join sekali
ALONG pun rupanya ngikut cenyap-cenyap
ooo..budak ZARIMAN pun angkat kaki

Tinggallah kami. Lepasni, KAK ZUES DAN KAK NOMAH punya turn pulak. Sebab aku tengok dorang pun dah order tiket.

Hahahaha..

Terasa nak ikut pulak. Teringin nak ke stadium itu.

kalian  tak nak beli tiket jgk ke?
budak pink ni lah EKA. jangan memaki dah tau. cepat jadi ibu ya

Saturday 19 November 2011

kisah potong rambut

Petang tadi, jam 6 pm aku bawalah adik aku, si cik joyah aka ckin ni ke salon mengunting rambut di semenyih. Disebabkan tidak ingat nama salon ni, tak dapatlah aku aibkan salon ni. Ops! salon ke? rasanya better panggil kedai gunting rambut. Kedai gunting rambut ini dimiliki oleh aunty cina yang asalnya nampak pakar.

Dengan hujan renyai kami melangkah masuk kedai. Sebenarnya aku dah bawak ckin ke salon di JJ..MICO SALON tak silap. Gunting punya gunting terbang rm50 hinggit sebab nak sentuhan propesialno sangat. Hasilnya hampeh.. Bila diminta stail gini..

aiya, tak boleh ma, rambut dia tilak boleh ma..

Bila diminta stail gini..

Ummm talak sesuai, lambut dia losak ma..

Huh! kecik beso kecik beso aku nengok itu cina, potong ajelah. Kata pakar sangat. Sesuai ke tak belakang cerita..Ikut ajelah. Maka supaya cikin ni tak berair mata, aku biarkan dia buat keputusan tentang rambut dia. Bukan apa kalau dah potong bukan boleh sambung balik rambut ni, tak pasal menangis kang. Maka, dia pun ikut sugestion itu cina. 

Tapp! kreekkk!

Hasilnya, rambut cikin berekor2 macam apa? macam ekor ayam. Cantik sikitla..tapi hodoh banyak..hahaha. Bawak balik rumah kena kutuk seisi keluarga. Sadis!
So, disebabkan kasih dan kesian padannya, aku pun bawaklah ke kedai gunting rambut aunty cina tu. Aku suruh aunty potong rambut bob. Sebab cikin perasan nak jadi yana samsuddin, si pelakon bini gengster tu (sebenarnya.. dia memang comel dan sesuai rambut gitu). Aunty tu sangat hebat! why? coz dia potong tanpa menyikat rambut, tanpa memblow rambut dan tanpa memakai gunting gigi. Dalam masa kurang 10 min..

Siap!!!

Lucunya, cikin terpinga-pinga sebab aunty tu tak tunjuk pun rambut yang dia potong kat cermin. Kemudian, aunty tu tak sikat pun rambut dia, aunty tu tak tanya pun dia belah rambut arah mana, lupa lak aunty tu tak usik pun rambut depan, paling tak best aunty tu tak raba rambut dia. Cikin ni orangnya suka dibela, dibelai dan diraba  rambut. Tapi Aunty tak buat!

Aku minta auty kasi up bob belakang rambut tu supaya ada seni..tapi dia boleh jawab

"tak boleh ma. Rambut dia senget-senget."

Aunty! itu rambut senget sebab lu talak potong kasi sama, kenapa lu tak pakai sikat? kedai lu sikat lupa beli ke..? Kedai lu nampak canggih tapi sikat pun tak ada. Malas mahu berbicara panjang, aku bagi duit dan bayar. Aduhai terbang rm15. Lebih kesihan aduhai rambut cikin. Idamkan ala yana samsuddin tapi dapat chibimarukochan. Maaf lah cikin. Tapi stil comel dan manis. JUJUR weh


comel kan yana.cikin mahu ini rambut
lain kali kena gunting n bawak gambar bila potong rambut
manis. ada lah sikit rambut kalian

inilah maruko chan. sama tak. memang tak tapi rambut depan je. tak caya?
bye-bye rambut.

ummm, tetiba Teringat cik ema, terbang rm27 untuk rambut chibimaruko juga di TIO salon (thnks to me coz iklankan salon awak ni).

..lepasni nak kena beli camera, tilak belapa celonok celita tanpa gambar...

dilema


Pernah tak korang dalam persimpangan? yup! persimpangan antara dua simpang dan kalian tak tahu nak ke simpang mana?
Sekarang aku tengah buntu! tengah mencari simpang. Bukan simpang jalan. Kalau jalan tak risau sebab sesat boleh patah balik. 
Tapi ini simpang jawapan. Dilema antara dua.
Manakah yang harus dipilih. A atau B?


A- Duit
Situasi dimana duit akan datang seperti hujan. setiap hari duit akan mengalir laju.Tapi duit akan datang jika korang berusaha dan rajin bekerja keras. Aras tahap duit yang diterima berdasarkan tahap kesungguhan bekerja. Buat kerja nampak hasil. Sampaikan bila dah banyak sangat duit, korang akan tolak untuk bekerja dengan alasan penat. Tapi sebenarnya duit dah banyak sangat. Si pengutip sampah mengutip sampah seharian untuk mendapatkan rm10, rm 20..Tapi korang hanya perlukan setengah jam untuk rm100, rm50..mudah! Tapi ada benda yang perlu dibayar. Korang terpaksa bekerja tak kenal masa, bersedia sentiasa. Bercuti? ummm mungkin perlu difikir seratus kali. 'M.U.N.G.K.I.N' Sebab dunia A ni tak ada waktu bercuti dan bersama tersayang sangat. Jadi sampai satu peringkat orang sekeliling akan kata engkau hamba duit walaupun bukan gelaran itu yang engkau inginkan. Korang akan termenung dan memikir. Duit itu betulkah rezeki atau ujian sebenarnya. 

B- Masa.
Disituasi ini korang akan termenung membayangkan duit. Hai, alangkahnya manis dan indah jika aku keluar dari sini dan berada ditempat yang boleh memberikan duit yang banyak. Kerana di B,korang tidak punya duit tetapi korang punya masa. Boleh bersama tersayang, bersama dengan yang wajib dan lain-lain. Bukanlah korang tiada langsung duit cuma berbeza. Tidak banyak. Tapi korang dapat gelak tawa, datang pulang cukup masa. Cuma kekadang akan terfikir: memang duit tidak boleh membeli masa dan kehidupan, tetapi masa dan kehidupan memerlukan duit.

Aku berada disituasi A, dan sedikit berasih ke situasi B. Tapi aku keliru untuk memilih. Sebab aku perlukan A dan B. Betulkah tindakan ku memilih B..? peluang datang sekali je wahai 'aku'.

Wednesday 2 November 2011

braces ku makin mengoda!

hari ini hampir genap 8 bulan berbraces. Kelmarin dah jumpa dr. Alhamdullih, perkembangan yang normal untuk gigi ku. Kalau 8 bulan dulu rasa penuh je mulut kini rasa sedikit ruang. So malam ni nak tunjuk la gigi gigi ku. Ada tak peminat gigi saya. Ada dan ramai! hihihihii


ni hodoh sikit. zoom dekat! sib baik tak ada sawi.
nampak tak tekanan pada gusi. gusi aku lagi pink dari bibir




taraa..! ni full face. abaikan hidung bolat tu. Fokus pada keindahan gigi. Nampak tak kerataan gigi tu. ngancam kan.

Posing dari sisi pulak. masih cantik gigi juga. i like it! hanya 8 bulan ia merata. indah dan memang WAU!!!


 

SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!

 
terbulat mata bila nak join segmen azfa ni. so apa tunggu lagi, if free tak tidur lagi jom lah kita menghebohkan dan meramaikan segmen ni. leh berkawan dan bertetukar pendapat. nice right cik kikin aka cik bedah ! so follow memfollow..

ini kali ketiga join segmen gini! sonok jugak. ahaks!