Thursday 12 September 2013

Kisah nasib si pengantin berbraces

Salam jumaat.
Alhamdulillah...Syukur ke hadrat ilahi, atas segala nikmat yang diberikan.

Ralatnya..Hari ini terlupa nak niat mandi sunat jumaat. Nak potong kuku, tak jumpa pulak ketip kuku. Inilah bila beli ketip kecik. Lepas potong tercampak dan tak jumpa-jumpa. Beli yang cute sangat ala-ala cam korea. Tomeinya!

Sejak bi ni ibarat bunga dah dipetik dipetik orang..faham tak? kira macam dah nikah kahwin ni.. rajin juga bi nak update blog ni. Wallahualam, bersemnagat dan berkobar-kobar je. Ada sahaja bahan dan idea yang terlintas. Dulu, bi sebenarnya suka menulis. Ada sahaja cerita novel, cerpen ditaip. Jenis bi tak suka tulis atas kertas. Kalau bekarya mesti pakai keyboard. Tekan je terus keluar idea. Alhamdulillah..kurnian tuhan. Itu dulu! Sekarang nikmat tu dah kurang.. Tak galak macam dulu. Kalau nak start bekarya, habis perah otak..Itu pun sisa baki basi idea baru dapat..

Sedih sedih...

Opss, menyimpang jauh daripada tajuk entry kali ini. Untuk kali ini bi nak share satu kisah bi semasa sebelum kahwin. Kira preparation nak kahwin. Apa tak buat..semua buat. Itu lah ini lah.. Nak dijadi cerita, one day..2 hari sebelum nikah bi datang office.Tappp! Terjumpa seorang akak yang jujur dan lantang bersuara. Yang lucu nya, akak tu terkejut bi nak kahwin.

'Hah! Kau nak kahwin dik? betul ke??? Tak cayalah akak..!"
"Betul kak. Saya dah dewasa. Saya nak kahwin.."
'Habis tu kau nak biar besi kat gigi kau??"

Bi gelak. Alo tak romantik. Cerita pasal braces. Braces tu dah lama.. Dah jadi sebahagian anggota badan. Ia ibarat gigi palsu emas. Biarlah dia jadi peneman setia pada majlis nanti. Biarlah dia jadi saksi.

"Aa..Saya pakai braces. Comel kan nanti.."
'Tak ada comelnya. Tolongla Bi.. Buang braces tu. Tak ada cantiknya. Kau bayangkan kau senyum, Makeup-makeup lepastu senyum nampak bersinar gigi'
"Kira aksesories lah kak.. Saya nikah tema putih silver. Braces warna silver. Kan sehati sejiwa.."

Bi gurau. Akak tu pandang bi sambil geleng.
'Rubi oh rubi. Sedarla...Tak cantiknya. Kau jangan menyesal bila tengok gambar kahwin kau. Pergilah buang. Lagipun, bakal suami kau mesti nak kau buang benda tu. Ni akak cakap berdasarkan pengalaman.. Kahwin bukan dok sanding je. Ni cerita lepas kahwin. Malam kahwin..."

Dah sudah! Apa kaitan besi gigi dengan malam kahwin. Please kak..bi tak fikir sejauh tu. Akak jangan terlucah ngan bi. hu hu hu. Nanti kena petir kang cerita hal lucah.

Yela..yelah bi faham. Kesan daripada hentaman dan ceramah bi pun setuju nak remove sekejap. Sebenarnya bi memang ada terfikir untuk remove sementara cuma kata putus hati belum tercapai. Hasil pemerhatian bi, jika berkahwin memakai braces memang kurang cantik. Seakan hilang seri. Mungkin puncanya, wajah berubah dan cantik disebabkan makeup namun tup-tup bila senyum kuar gigi colorful. Dan paling tak best, ada warna kekuningan sedikit. Pulak, bila pakai braces mulut kita seakan penuh sedikit. Jadi tak berapa natural sudut organ mulut dalam gambar..

Tapi, hajat tu tertangguh bila bi terkenangkan bayaran yang dikenakan. Selain proses cabut dan pasang..potensi sekiranya braket tercabut lebih tinggi. Sebab gam asli pada besi braket tu dah hilang. Jadi, tidak mushtahil bila makan sate mesti tercabut. Sudah lah tercabut, pergi klinik akan dicaj lebih kerana  ia tercabut disebabkan oleh kekeringan dan tak berapa kuat gam di braket kesan tindakan meremove sebentar braces. Wahhh! Nak cantik sehari, merana setahun. Mahu ke? Tapi jika tidak cantik sehari..tengok gambar kahwin maka merana seumur hidup... :(

braces! saya sayang awak

NI  masa nikah. MANA BRACES SAYA? MANA?? Hi hi hi #Nak tau, bead ni semua bi jahit sendiri.#bi tak suka makeup bi#
Fikir punya fikir bi pun putuskan remove braces bi. Agak terbang duit. Tapi tak mengapa. Janji semua puas hati. Hubby lah paling puas hati. Ciss..


bersama-sama kekasih sejati.

Esok jam 11 pagi bi ke klinik.

"Dr saya nak remove braces kejap. Kejap je. Saya nak kahwin esok.."

Dr senyum..




No comments :

Post a Comment