Monday 30 April 2012

memberontak

Jiwa kecilku ingin memberontak. Mahu menoreh pisau, senapang pada diriku.Kerana gagal mengatakan tidak!
Terkadang ia sangat manis, terkadang ia menyakitkan. Bukan sekalian kalinya, aku pinta lagi. aku ingin datang padaMU dalam sesuci mana dihantar. Agar bersatu kalbu dan jiwa. Aku ingin mengadu dan merintih tanpa malu.

'Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta'

Jangan bersakitan. Ia hanya kisah adat.

 
lagu ini menenangkan

air mata

Dear: aku

Kebelakangan ini tengah makan, tiba-tiba tap... kuar setitis, dua titis...tiga titis. Pelik tapi normal. Bi tak kaji cuma terfikir. Tak ada sebab nak menangis tapi ia keluar. Yang lucu time tengah memandu tadi tiba-tiba mengalir.

Mungkin kepenatan terlahir melalui air mata. Mungkin rasa sedih yang terkumpul terlahir juga melalui titisan tu walaupun ketika itu bi sudah hepi. Bi penat nak jaga hati orang, tapi orang tak jag hati bi. Dengan sesiapa pun bi tak cerita apa bi rasa sebab bi tak tau nak cerita apa. Tiada sesiapa memahami. Bi cuma boleh jawab

"..eh..betul tak ada apa.." Betul!Sebab ia tak ada apa.


'Bila empangannya sudah pecah ia akan mengalir. Ia hadir setelah berkumpul segala emosi. Barangkali gembira, penat dan banyaknya pilu, melimpahnya ketawa. Aku merasa aku yang menjaga, bukan dijaga.'
'kecewa itu penat. Ia hadir setelah kita bersusah payah tetapi tiada kesenangannya. Mungkin juga hadir bila ia tidak ikhlas lagi'-rubi: 9.34 pm

biskut pertama. tidak kecewa kerana ia iklhlas

Monday 23 April 2012

mahu cantik? mahu bahagia? mahu segala-galanya?

Nak sihat-puasalah.
Mahu wajah berseri bangunlah malam solat.
Mahu mudah bacalah Quran.
Mahu bahagia solatlah awal waktu.
Ada masaalah banyakkan istighfar.
Rasa duka berdoalah.
Gawat dan terlalu rumit bacalah la haula wala quwwata illa billah.
Mahu barakah selawatlah.


kenangan yg menggamit..

tanda lelaki itu TERLALU menyayangi kita..


BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..


uish..

saya tefikir adakah dia seperti diatas. Banyak yang serupa.
"toong jadikan dia lelaki yang terbaik di mataMU"

Saturday 21 April 2012

mari kita ikut cara nabi makan..

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…
Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum SOYA (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..

KAN ADA buah kurma buah delima semua tu air yg bagus di buat minuman...cuka kurma ape lagi nak? KITA ADA NABI....KITA ADA QURAN IKUT DAPAT PAHALA DAPAT KHASIAT nah...pk pk la wahai diri sendiri dan ibu2 bapa2 dan semua la baik lelaki mahupon wanita... selamat beramal...setting balik program kita buang pemikiran yahudi ni...

Thursday 19 April 2012

peliharah agamamu teman..

ALLAH telah meLETAKkan KEJAYAAN IKAN-IKAN,,
Bila mana mereka dapat HIDUP di dalam LAUT..
NAMUN,,
Apabila mereka cuba KELUAR dari LAUT,,
Maka mereka akan MATI..

Begitu juga dengan CACING yang KESELAMATAN mereka telah ditetapkan di dalam TANAH..
NAMUN,,
Jika mereka cuba KELUAR dari TANAH,,
Maka mereka akan KEPANASAN..

Begitulah juga dengan MANUSIA yang ALLAH telah LETAKkan KEJAYAANnya dalam AGAMA..
NAMUN,,
Jika manusia cuba KELUAR dari AGAMA,,
Maka MANUSIA tersebut akan SENGSARA..

Semoga ALLAH memberikan KEKUATAN untuk JIWA-JIWA yang sentiasa berMUJAHADAH kerana-Nya.. Sebar-sebarkan untuk renungan bersama :)

Wednesday 18 April 2012

dalam kubur pun dipelihara aurat. :)

KENAPA KUBUR WANITA
DIGALI SEDALAM 7 KAKI
BERBANDING KUBUR
LELAKI 5 KAKI ?

Isteri : Abang, boleh
sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak
tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la
abang. Kenapa syarat
dalam Islam, bila lelaki
meninggal
dunia, kubur nya digali
sedalam 5 kaki tapi kubur
wanita berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah
senang ja jawapannya tu..
(sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni
agama yang sangat
prihatin dan bijaksana.
Sebenarnya sebab kubur
wanita digali lebih dalam
dari lelaki kerana jika
berlaku banjir, jenazah
wanita tersebut tak akan
terapung ke atas dan
akhirnya akan membuka
aurat jenazah. Islam
sangat menjaga aurat
kaum wanita, sampaikan
hingga nyawa dah
melayang dari jasad pun.
Islam masih melindungi
aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah.
Besarnya kuasa AlLah ya
abang.
Suami : *Hanya
tersenyum*

Wahai kaum wanita.
Tutuplah aurat mu
dengan sempurna, ketika
masih bernyawa. Kerana
InsyaAlLah, AlLah juga
akan membantu
melindungi aurat mu
walaupun nyawa sudah
tiada suatu hari
kelak..(Click Share if u like
this..^_^..)

Monday 16 April 2012

kenangan di Madinah

Alhamdulillah..terbukak pintu hati untuk mengupdate benda rahsia. Banyak yang bi nak kongsikan, kadang-kadang semangat menulis tu berkobar tapi bila terpegang je keybod ni terus malas. No idea!

hi hi hi hi

Pada 10 march bi bersama ayah, ibu, yong dan adik bebongsu selamat tiba ke Madinah. Banyak sebenarnya yang nak diceritakan semua semua dapat berkongsi perasaan tu sedikit. Cikit pun okey lah.. Mana tau bila baca dan terpandang-pandang gambar terbukak pintu hati. Manalah tahu time tengok dengan baca post bi ni hati pun mendetik:

"Ya Allah aku teringin untuk ke sana..aku rindu bumi Haram. Aku rindu rumahMu, rindu KekasihMu..Titiskan rahmatMu untuk menjemput aku kesana.."

Dapp! Kalau waktu itu waktu dan detik mustajab..Alhamdulillah..Dapat kita menjadi tetamu AHAD.

so, layan sahaja la pitc-pitc ini ya. Camera bi murah, b pulak bukan model..so maaflah kalau gambar tidak cantik, tapi b rasa moment gambar itu sudah cukup indah. Ahaks!

di klia..time mengisi borang. kami sampai jam 4.30 pagi. tapi bertolak jam 10.00..alhamdulillah ada kapal terbang menanti

yg berkot tu ayah, yg baju putih dik man... nak bertolak dah. bye2 malaysia. kami nak pergi bumi suci..
 Perjalanan ke Dubai lebih kurang dalam8 ke 9 jam. Kami naik penerbangan Emirates. Pramugari mereka tak ada cantik sangat. tapi tinggi-tinggi..  Di Dubai transit lebih kurang 5 jam sebelum menerbang ke Jeddah pulak. Dari Jeddah kami rebut bas dan lebih kurang 4 jam sampailah ke Madinah.. Kira hampir 24 jam jugakla. Tapi time itu, cemangat sungguh berkobar-kobar. Rasa bertuah sangat sampai di Madinah al Munawarah. Apa pun tidurlah dulu bro. Pukul 2 pagi tu kami sampai.. hi hi hi

ni hotel. Kami dapat tingkat 14. lebih kurang 500 meter dari masjid. Alhamdulillah..
Esoknya, bi pergi ke Masjid Nabawi. MasyaAllah tempat tu indah dan besar dan sangat mewah!. Bi berada di satu tempat dimana ada Makam Rasulullah saw. Perasaan time tu sayu sebenarnya. entahlah, mungkin syahdu. Ayah kata Nabi tahu kita datang melawat dia. Ikhlaskan hati...bersalawat dan berilah salam padanya.

ni lah bukti kecanggihan dan kemewahan bumi islam. payung-payung khemah ni mengecut apabila hari redup iaitu petang.. penuh kesenian. ni perkarangan masjid Nabawi


Luaskan ia. Inilah masjid yang dibina oleh nabi kita.
kerajaan kita belum tentu mampu nak buat cam gini bila difikirkan..


ana wahsalan! Di perkarangan ada aje kuak lentang orng baring-baring sesuka ati even kita sebenarnya berselipar. Sebab tempat tu bersih..sentiasa dicuci. Pantang ada kotor. Insyallah bolehla sembahyang tanpa sejadah (kalo tak was-was)
Ini toilet. Bawah tanah! Bi tangkap gambar sekali polis dia kata: haram..haram.. Opss! no camera.. tapi memang toilet dia bersih. Boleh baring. Ia jugak sangat becarrrr.. Bahaya pergi menyendiri.
aik! bi lagi..hihihi Nampak je kosong. Sebenarnya penuh dengan orang tau. Bi cari kawasan yang single mingle utk posing!
Di bumi Madinah masa terlalu lambat. Ibarat seminit di Malaysia sama dengan 10 minit di Madinah. Waallahualam.. Kakak bi pun rasa macam tu.. Kami dah tawaf-tawaf satu masjid tup-tup baru 15 minit. Tidur rasa dah 8 jam rupa-rupanya sedar bangun baru tidur 2 jam.. Dashat!

bi lagi. belakang itu salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi

ayah dengan ustaz don junior. suka ustaz don!

Selepas habis melawat masjid kami berjalan pulang. Esok datang lagi.. ada 3 hari lagi

Cuma nak berkongsi, disebabkan masalah teknikal b hanya dapat berjumpa dan menziarahi nabi di luar sahaja. Sungguhpun diluar, tidak di dalam raudah perasaan menghadap makamnya dan memberi salam terlalu luar biasa perasaan itu. Nasib baik b pakai spek. Boleh la sorok air mata yang bertakung. Bila kita hadap Rasulullah saw kita rasa malu sangat. Mungkin kita banyak dosa.

 Allah..
Apalah yang boleh digambarkan, b rasa perasaan dekat tapi b malu padanya. Aku rindu padaMu.

itulah bumbung masjid nabawi. Lepas balik umrah, b selalu tengok lukisan bumbung ni di sejadah-sejadah..baru b faham.
 Nampak tak ada seketul benda atas bumbung hijau tu. Dikatakan, itu mayat seorang hamba yang ingin mencuri jenazah Rasulallah saw. Tetapi Allah swt telah menurunkan azab dimana hamba itu dipetir. Sehingga ke hari ini mayatnya tidak dapat diturun dan terus melekat sebagai pengajaran kepada hamba-hambanya. SubhanAllah!
oh ayah dan emakku tercinta! belakang mak dan ayah tu adalah tanah perkuburan Baki'. Perempuan tak dapat masuk so mudahnya bi tak dapat masuk jugak. Tapi bi dapat intai dari atas bus.
 Perkuburan ini merupakan tanah perkuburan paling terbaik dan mulia. Disinilah terdiri kubur para isteri, anak-anak dan para sahabat Nabi serta alim ulam. MasyAllah. Indahnya kejadian mereka kerana ditanamkan disini. Pada akhirat nanti, Rasuluallah akan bangun diikuti para sahabat disisinya iaitu saidina Abu Bakar dan saidina Uthman akan menuju ke perkuburan baqi'.. Apa yang b belajar jua, kesemua penghuni perkuburan Baki' ni insyallah dijanjikan syurga. Maka beruntunglah penduduk tempatan yang disemadikan di sini.Sehingga ke hari ni perkuburan ini telah tutup kerana telah penuh. No entry!


hye mak... man.. i love u all
purdah ni kami beli 5 riyal je. lebih kurang rm5 je. mboi over cik dila..bercepek-cepek.. tapi orang arab tetap cam kami from malaysia. kot kami rendang sangat kot. brand malaysia semua rendang! hi hi hi

barbican time! makcik baju hitam tu bukan mengemis tau. ia meniaga.. Kalau nampak polis dia lari sebab polis akan ambil barang jualan mereka.

man tengok kebab! hanya 4 riyal.. tapi sedap lagi kebab malaysia. kebab deme tak mayonis.
adui...penat cerita. InsyaAllah jika rajin bi cerita lagi. Time to rest. Time to sleep..
isnin,12.22am

SAAT KUBUR BERKATA-KATA

KUBUR BERKATA-KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ?
Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.


teringat aku akan kubur para syuhadah perang uhud. Disinilah, saidina Hamzah terbunuh. Perasaan sangat syahdu sewaktu mendoakkannya.. aku rindu saat itu. Alfatihah untuk kalian.