Tuesday 18 February 2014

Salon gunting rambut muslimah di Bandar Baru Bangi

Asalamualaikum

Wah panasnya.. Panasnya..
Sekarang musim kemarau. Sana sini hutan terbakar. Jadi awas! Jangan main api. Bukan rumah aje boleh terbakar tapi bukit bukau juga :P

Tips: Jangan lupa minum air banyak-banyak.

Bila musim panas ni, paling benci kalau ada  benda yang merimaskan. Macam lemak di badan. Rasa nak buang, tapi ia tetap maintain. Bila kita rasa badan ni gemuk, memang tak selesa pada waktu malam terutama detik-detik countdown nak tidur. Resah dan gelisah!

hi hi hi

Rambut panjang pun merimaskan bila difikirkan. Sentiasa nak bersanggul. Memang nikmat dapat potong rambut panjang yang berat. Tetiba bi teringat ada satu kedai potong rambut muslimah di Bangi. Bi pernah pergi 1x sahaja. Alang-alang bi boleh buat review.

Nama Salon: El-Rahah
Tempat: Bandar Baru Bangi, Seksyen 8

Kali pertama bi pergi. Hari Isnin - tutup. Muka bi bengkek geram sebab bi datang ia tutup.

Kali Kedua bi pergi: Hari Rabu (time tu cuti umum) - tutup. Bi snap picture waktu urusniaga. Supaya Kali ketiga bi tidak salah waktu kunjungannya.

takenote ye. Ini waktu urus niaganya!

Kali Ketiga bi call sebelum datang. Ok, seorang adik lembut menjawab panggilan bi. Katanya hari ini salon bukak. Oh yeah! Bi terus pergi. Hasil review yang boleh bi kongsikan ada 2 aspek. Iaitu positif dan negatif..

Positif.
1)Kedai ini memang totaly khas untuk muslimah. Jangan bimbang lelaki memang tidak dibenarkan masuk. Anda bebas menanggal tudung.

2) Ada surau! Masyallah.. Bagusnya owner dia. Masa bi potong rambut. Ada akak sebelah bi nak buat rebonding. Owner tu cakap, nak but reboning lama.. Sekarang dah masuk asar.. Kalau u nak sembahyang dulu better sebelum kita start proses rebonding! See..!Hebatnya.. Saling ingat mengingati.

3) Ada banyak majalah contoh design rambut yang boleh direffer. Majalah yang latest!

4) Layanan staff memang baik dan tiptop. Owner dia akan check hasil potongan rambut dan menasihati cara penjagaan rambut.

5) Mereka promot produk tapi tak paksa beli. Seronokkan!

6) Harga mampu milik. Potong rambut+ cuci= rm35.00!

Negatif.
1) Laaammmmaa. Lama sangat bi tunggu. Bi duduk di ruang menunggu hampir 1jam 30 minit. Sedangkan hanya ada 3 customer ketika itu. Proses potongan rambut customer-customer tersebut sangat lama. Bi boleh comparekan. Jika di salon cina yang bi pernah pergi dulu-dulu, 1 kepala 10 min. Di El-Rahah hampir 20 minit! Jadi jika anda ingin cepat sila booking atau fikir-fikirkan!

2) Potongan rambut tidaklah terlalu kemas. Pendapat bi, mereka perlu baiki lagi cara menggunting rambut. Mungkin yang memotong rambut bi ketika itu adalah junior lagi so bagi bi dia agak teragak-agak!

3) Satu benda yang bi tak gemar lagi adalah ketidakkemasan suasana salon. Bagi bi ia sesak dan penuh. Mungkin susun atur yang tidak kemas.Ntah! itu Pendapat bi.

Bi bungakan. Jaga aurat orang. Ok! Ni suasana dalam salon :)

Tv pun ada. nice!

Boleh skodeng jalan raya sambil menunggu

Ruang menunggu yang selesa


OK1 Sila baca apa terlulis di tangga. Sila tinggalkan suami anda di restoran bawah!

Bi request rambut macam ni. Hasilnya bolehla..bolehla..bolehla. URMMM

Ok. Itu reviewnya.. Bagi Orang Kajang dan Bangi boleh menerjah dan mencuba khidmat mereka.Bagi yang JAUH nun keluar dari Kajang dan Bangi. Anda boleh mengambil komuter dan teksi untuk kesini.

Oklah.
Hasil review ni harapnya dapat membantu untuk mereka yang tercari-cari kedai muslimah. Insyallah adanya perkhidmatan ini membantu kita memelihara aurat kita ^_^

Sebagai penutup bi nak tiru nora danish dalam MLM. Berapa bintang bi nak bagi ye...

'Ok! Nora bagi tiga bintang!'

Tuesday 11 February 2014

Siapa bi? its me lah!

Asalamualaikum.



Harini agak free. Boleh post-post di blog. Boleh godek-godek iternet 4,5 jam.
Nikmat!

Siapa bi? Perlu ke tahu. Ye mungkin perlu bagi mereka yang berurusniaga dengan bi. Supaya ada timbul rasa 'Yakin & Percaya'.

1) Bi orang Kajang.Bi asal Kajang. Bi duduk Kajang. Tapi insyallah akan berpindah ke negeri sebelah. Iaitu negeri sembilan.

2) Part time as andaman makeup. Ye bi buat makeup nikah, sanding, tunang. Murah sahaja. Kalau nak cuba hasil Makeup bi jangan lupa hello hello! Mesti puas hati.

3) Bi juga Part time making veil. Veil nikah, Veil sanding ke.. Apa ke. Dalam sehari bi ada 24jam. Bi akan peruntukkan minima 2 jam untuk buat veil.

4) Iye! Bi bukan full time buat veil. Ramai salah sangka dan fikiran. Ramai andaikan bi seorang wanita berstatus suri rumah. Oh! Tidak. Bi bekerja. Alhamdulillah! Masih berkudrat untuk bekerja sebagai Trainee exc di agensi takaful PruBSn. Hah! Bonus untuk u olls, bagi yang berminat nak buat takaful, nak buat medical card. Nak cari perlindungan boleh je dapatkan khidmat pandangan bi. Oh! its free. No caj. Im not agent. So no need to push u guy to buy a takaful :) Tapi pertanyaan hanya di wassap shj.

5) Bi juga terima tempahan baju nikah. Tapi disebabkan masalah masa bi, selalu tolak. Kadang-kadang bi terima. Tengok pada reseki anda!

6) Bi juga menyewakan props wedding. Macam-macam ada! wassap je bi.

7) Bi pendapat. Dalam berbisnes jangan terlalu mengejar untung. BERKAT yang penting. Anda suka, bi bahagia, Duit pun ada. Oh yeahhhh! Jadi jangan pelik kalau bi amik tempahan murah je.

8) Just nak share soalan glamer yang bi dapat:
'akak saya ingat akak full time menjahit. Oh akak kerja. Laa ada masa ke akak. Hebat lah akak ni..'

Bila diaju soalan sebegitu Syaitan mula membaling 'petrol' supaya menggelegak rasa hebat dalam hati.  Terlalu ramai  memuji. UH! Tak mo. takmo perasaan tu.Tapi sebenarnya jawapan dan pujian tu adalah:
'akak buat sekadar nak tambah duit poket. Akak buat sekadar suka-suka dan minat. Gaji akak dah alhamdulillah..tapi akak nak lagi banyak $$$$ supaya akak boleh copinkk'

9) ok. Ni penting. Bi dah berkahwin. Jangan mengelupor nak mengacau isteri orang ye!

10) Just call me 'kak bi' or Akak!

 

Ok. Berminat nak menyewa baju seperti dalam video?? 
wassap bi: 0133574367

Baju nikah. Dusty pink :)

Asalamualaikum.

Harini baru teringat nak upload baju nikah yang ditempah.. Customer ni jauh. Tak silap dari Johor rasanya. See! Tak ada masalah customer yang jauh. Ada teknik dan caranya. Pertama gunakan teknik.

'Yakin dan Percaya'


Kelas gitu! Hanya postkan baju yang betul-betul rasa okey dan lagi bagus sila beri ukuran badan anda.. Kemudian, bankin kan duit deposit 50%.. Baki 50% selepasa baju siap!
Hal lain? Serahkan pada yang pakar. Biar bi uruskan. Oh lupa! Jangan lupa emelkan gambar design dan warna baju yang ingin ditempah.








Jom jom citer pasal harga pula.
Ok. agak besar nilai rm untuk disebut tapi masih murah juga.

Rm500.00
*termasuk kain- by jakel ye material
*termasuk lace
*termasuk veil
*termasuk upah

-Tempoh tempahan minima 2 bulan  ye!

Ok berminat nak tempah? jangan lupa wassap bi 0133574367

Wednesday 5 February 2014

PROMOSI SEHINGGA 15.FEB.2014: TUDUNG NIKAH SIMPLE BY BIRUBI

Asalamualaikum
PROMOSI TERBAIK!

Tempahan tudung nikah simple by birubi
np: rm55.00
PROMOSI: rm40 postage rm6
Tempahan hanya dibuka sehingga 15 febuari 2014 ini.

Material:
Chiffon super lembut.
Warna. putih only
Pjg 1.3meter x lebar 1 meter
Bentuk.halfmoon..
Hiasan.lace dan beading manik


Cara pemakaian: 
1-style pertama-letakkan lace ditengah kepala(seperti dalam gambar)
2-style kedua- letakkan lace di bahagian sisi kepala
dua-dua cantik :)

Berminat? Ada syaratnya:

1) sila coment: saya nak- xtra bunga 3D- 5 pcs
2) Wassap bi.



Sekian.wasalam




Tuesday 4 February 2014

Veil ala sweet candy gitu!

Asalamualaikum

Hari ni nak update rupa veil yang paling sweet pernah bi buat. Makin seronok pula menjahit veil ni. Cuma nak kongsi rahsia..bi tak pernah lagi jahit veil warna hijau.

Ala.plsssss
Tolonglah tempah warna hijau.
^_^

Ok. adik yang tempah ni masih mengekalkan tema putih untuk persalinan nikah.
Cuma bunga bajunya colorful katanya. Jadi dia request beading bewarna-warni.

Berikut butiran tempahan adik ni:
Jenis Veil: Basic lace berkualiti----> reffer sini
Warna: Putih
Saiz: p 1.2 m x lm
Request manik: colorful
Jenis manik: berat dan shining star gitu!
Total Harga: rm75 postge rm6







Berminat mahu tempah??
1) Like page bi. ada kat tepi atas tu. Like je
2) pm kat page bi

atau

1) wassap bi: 0133574367
2) bagi tau nak pakej yang mana .senarai pakej boleh rujuk sini: klik here

tq