Wednesday 25 September 2013

Video kahwinKU. Suka sangat :)

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Allah swt atas limpah kurnia dan nikmat diberikan. Alhamdulillah, esok (jumaat) genap sebulan bi bergelar baby manje pada suami. Jadi isteri gitu. MasyaAllah, nikmat jugak rupanya :)

Setakat ni belum ada aksi baling cawan dan lesung batu yang sering diuar-uar oleh akak senior yang bekahwin. Tapi nak kata sentiasa manis manja je tidak jugak,.. Biasalah asam garam berumah tangga. Acewah!

Hi hi hi.. malu pulak.

 Sepanjang majlis perkahwinan bi ni, serius agak berhabis jugak duit. Tapi nak kata membazir sangat pun tidak. Tapi habis juga duit.. Pendapat bi isu 'habis duit ketika kahwin' itu subjektif, selagi boleh ukur baju di badan sendiri..kita ukurlah. Ikut kemampuan poket kita. Untuk majlis bi, Bi ambil video dan juru gambar yang profesional..Nak kata membazir, masing-masing ada pendapat. Ada pendapat bi dengar..

"Membazir saja..kahwin nak beli itu ini.. Orang muda ni tak ingat nak mati agaknya.."

Hey heyy heyyyy! Tak seharusnya berkata macam tu. Terguris hati bi. Sudah berdosa kamu. Tapi ada pendapat juga bi dengar.

"Kahwin sekali, berhabis sikit.. Untuk diri kita juga.. Siang malam pagi petang kerja, hari bersejarah dalam hidup..Tak salah abadikan lebih sikit..."

Jadi ada 2 pandangan. Kedua-dua bi terima..  Macam bi kata, ukur baju di badan sendiri. So nak tengok tak preview video nikah bi. Simple sahaja.. Dalam 7 minit. Harga yang dikenakan agak boleh tahan, tapi tak terlalu mahal.. Urmmm tak mo cerita banyak. Layankan dulu...


Adik bi kata
"Mboi ayah.. macam pelakon utama. Naib baik tak jadi hero kedua."

Oh. Ayah memang hero pun. Selamanya hero bi. Cuma sekarang dapat lagi satu hero. Tak salahkan, power rangers pun sampai 5 heronya.hi hi hi.
Berbalik kepada cerita video. Bi sebenarnya, kesian jugak dengan tuan videographer. Sebab dapat customer macam kami. Kami sekeluarga jenis open, tak kisah tapi kami tak sporting! Itu problem terbesar.. Videographer nak suruh lari-lari.. Lompat-lompat. Bagi ucapan..Serius susah! Cuba dirakam aksi gaduh dan memaki..Mungkin senang kot.Tapi kena rakam sehari sebelum majlis.Waktu kami berkumpul membuat kerja. Kakak bi maki abang bi, abang bi maki adik bi. Adik bi maki kakak.. hi hi hi. Gurau k!

Apa dalam video semua dirakam secara spontan. Cuma ada 2 tiga babak yang berlakon-lakon.. Itupun jenuh. Tetap nak cakap jugak..Potong kayu api belakang rumah lagi senang dari buat-buat hayunkan kepala kiri kanan dalam video.

Terima kasih kepada team videographer. Kerja mereka memang memuaskan banyak pihak. Penuh adab dan menjaga tingkah laku. Mereka penuh hemah. Sebab apa? Bi suka bila mereka tidak merempuh masuk sewaktu bi sedang di makeupkan. Seronok bukan. Itu cara bi.

 Sekadar info tukang video bagi yang berminat:

- NASRULLAH NAPI
-profesional. Bekerja bersama Dr fazley
-Membuat salah satu video album 'imran ajmain'
-cover: 2 orang videographe bertugas.
-cover 2 majlis
-Dia akan bagi full video dan video diedit.
-Siap dalam tempoh kurang sebulan(macam bi)
-Harga agak berpatutan- kurang RM 1.5k utk 2 majlis (np: rm2k biasannya)

Berminat? boleh-boleh... senang sahaja. Anda boleh pergi ke:
https://www.facebook.com/pagenasrullahnapi

Tegur elok-elok dan tanyalah apa yang nak ditanya. Insyallah memuaskan hati.

*** Terima kasih utk adik bi, cik timah yang sugest. Nanti kalau dia belanja komisen berupa KFC bagi keme sekali :)

1 comment :

  1. Wah excited sampai typho yea ������������

    ReplyDelete