Wednesday 11 September 2013

Kisah di kedai char kiew tiaw (betul ke bi eja?)

Lately ni bi suka menjadi pemerhati. Perhati dan lama-lama. Bila dah perhati dan pandang bi jadi pemikir pula. Sampai hubby tegur.
'Pasai pa suka menung?' hubby orang peneng. Pekat jugak sleng. Dulu masa mula-mula bergayut Bi tak berapa faham apa dia cakap. Dah la pekat, pulak tu laju, pakej dengan kuat. Perfect! Bi tak faham, cuma gelak je bi reti.

Balik kerja semalam..Kami singgah makan gerai tepi jalan. Kedai Cha Kiew Tiaw jalanan. Serius sedap situ! Area-area Rumah. Taman Kajang Prima. Nama kedai tu apa ye..Tak ingat la. @_@

Masa hubby berhenti je sebelah gerai mata bi meliar cari something. Yes jumpa! Bi nampak seekor kucing. Bi bukan tak gemar kucing cuma bi takut sikit dengan kucing. Baru berkira-kira nak pujuk hubby cansel makan disitu hubby dah keluar kereta! huh.

Saat tu bi rasa 2 makhluk Allah iaitu  #kucing#hubby =sama #GERAM#

Hubby tau bi takut kucing. Dia ambil port betul-betul depan kaunter gerai. Jauh tempat kucing lepak. Kira selang 5 meja. Tapi bagi bi ia masih dekat! Sangat dekat. Kalau kucing tu berlari ke bi, 10 saat dah sampai.
Tapi takkan bi nak menjerit mengelupor sebab nampak kucing dari jauh. Tak pasal-pasal kena cubit power dari hubby. Bi buat selamba. Relax duduk. Bi tarik kerusi sebijik lagi untuk tutup peha kiri bi. Hubby pandang sahaja tindakan bi.

'Bi nak letak hanbeg bi dekat dengan bi' Hubby senyum. Rasanya dia tahu tindakan menarik kerusi bi sebagai protection bahagian sisi kaki dari sang kucing.

'Abang panggil kucing tu kang' Jahat! Kaki usik. Bi rasa geram dengan gurauan macam tu. Perlu ke bi ulang ke telinga suami bi, yang bi tak suka dan takut kucing tu. Bi buat tak dengar. Pura-pura tak kisah sedangkan mata meliar memerhati kelibat kucing. Jantung pun berdengup debar.

'Abang jangan marah kalau bi terjerit. Abang jaga bi tau. Jangan bagi kucing dekat bi tau.'
Hubby senyum dan terus makan sebaik sahaja order kami sampai.

Sambil makan mata bi tetap memerhati kucing. Aik! Baik pula kucing. Duduk sahaja di meja hujung. Pengalaman bi yang lepas, kucing di gerai ini memang agak n.a.t.e.s (terbalikkan sebutan). Nanti bi ceritakan pengalaman ngeri bi dan kucing di gerai ini..
Urmm....

Alhamdulillah, rupanya ada 1 hamba Allah yang agak istimewa sedang melayan kucing. Dia bagi kucing makan, dia usap-usap kucing. Bi perhati saje. Agak seronok andai bi boleh buat sedemikian.

'Ala kucing temok comei..meh kat bi. Bi nak raba, bi nak usap..' oh itu semua khayalan!

Yang menarik disitu, di pemberi yang berhati mulia itu seorang lelaki muda yang kelainan upaya. Fizikalnya sempurna kecuali sedikit tempang. Cuma mulutnya senget danmatanya terkebil-kebil. Bicaranya juga agak putus-putus. Boleh membayang? cuba ea...
Selepas habis makan, pemuda itu melambai-lambai ke arah abang pendek untuk membayar bil. Hanya sepinggan cha kiew tiaw dan segelas minuman mungkin semua sekali berharga kurang rm5. Pemuda itu mengeluarkan note kertas rm1. Berkeping-keping.
Mungkin jumlah bayaran ada hujungnya sen-sen menyebabkan abang pendek itu memulangkan sekeping rm1. Terus pemuda itu tergelak-gelak tanpa henti. Barangkali terlalu gembira. Masyallah! Terima kasih abang pendek. Begitula adat dunia.. Berbudilah pada golongan sedemikian. Bi tumpang terharu.

Pemuda itu pun bangun dan terus menolak basikalnya. Sebelum pergi, dia mengambil sebungkus besar plastik. Segenggam  kecil isi plastik tersebut diambil dan diletak diatas batu. Oh! barangkali makanan kucing kerana terus berselera menjamah. Baki makanan di dalam plastik diikat dan dimasukkan kembali raga basikal. Pada firasat bi, pasti pemuda itu gemar memberi kucingkucing yang dijumpai makan..Pemuda itu terus berlalu sambil menyanyi kecil.

Indahnya kamu, punya hati nurani wahai pemuda..
Sebelum azan maghrib, kami suami isteri pulang..

No comments :

Post a Comment