Monday 23 September 2013

Veil murah ! veil murah :)

Asalamualaikum kawan-kawan.

Secara jujurnya bi tak pasti blog bi ni ada tukang baca atau tak. Asalnya bi buat blog sekadar suka-suka. Senang nak ngumpat, senang nak berjiwang.. Lama-lama, ada pula orang add. Jadi follower. Masyallah. Tak sangka.

Dua tiga, empat, lima, enam hari ni bi jarang update kan. Sengaja je memalaskan diri. Kalau boleh nak mandi pun malas. Lepas kena cubit dengan sesorang cepat-cepat baru bi mandi. Tapi sekali je bi malas. Tahap malas ni sampai nak tangkap gambar baju nikah pun malas. Bi sebenarnya nak share veil dan baju nikah bi. Bi adalah cadangkan nak sewakan. Sebab bi buat boleh dikategorikan sebagai free saiz. Sangat sesuai untuk orang tinggi 150-165 cm insyallah.. Berat badan lebih kurang 50-60 boleh masuk. Insyallah tak koyak.. Tapi nanti lah. Sekarang bi nak j.u.a.l sesuatu. Agak berbaloi...

Ni bi beli aritu, konon nak pakai wat majlis sendiri. Tapi disebabkan pegangan tak kuat, setiap detik bertukar citerasa. Last sekali yang dah beli tak berpakai dan terbuang.

Hu hu hu

Bi berhasrat mahu let go 2 benda. Khas untuk mereka yang masih tercari-cari pakaian bertemakan putih... Mana lah tau u olls nak kawin, bertunang ke tapi nak cut cost. So alternatif dia memang kena cari dress yang elegent but murah! Tak payah nak malu-malu.. Asalkan cantik, pasti nak murah kan. Itu normal.

hi hi hi


Taraa! Masa bi beli veil dekat rm90 lah juga. Rasa cantik sangat. Sebab bi nak buat baju nikah bi ada unsur-unsur manik pink. Tapi, hasrat tu tak berkesudahan. Bi tiba-tiba rasa gedik ada unsur pink. Sebab hubby bi genster. Takkan nak pakai pink-pink. 
Ieeeuuwww ..


Ce teka berapa bi nak letgo??? Ye sila view gambar. Bi tak nak jual mahal-mahal. Bi nak beri murah saja. Sebab kadang-kadang tak semua orang bekemampuan nak bazirkan duit untuk beli veil yang mahal.

Harga :rm30 + post rm6 =rm36
Material: Net lembut
Kecacatan: Tak ada langsung. Veil ni tak pernah dipakai. Serius memng cantik sebab ia panjang bawah pinggul.

bila pakai veil ni tak perlu tudung dalam nak sarat. Sebab lace dia sangat timbul.

Ok, tamat bab veil. Ada barang lagi satu... Bi nak let go satu dress jubah bewarna off white. Bi beli harga dia rm120. Pun tak pernah pakai. Kainnya sejuk dan design dia simple sahaja. Tapi opkos nampak sweet bila memakai. Insyallah!

Tara! Taraaaa... Sweetkan. Bi memang jatuh hati masa nampak baju ni. Mula-mula rm150 penjual tu bukak harga. Bi buat mata bintang, tawar menawar terus dapat rm120. Berbulu kakak bi tengok prose tawar menawar tu. Tapi bi rasa kakak bi paling berbulu, bila bi tak jadi pakai baju ni time nikah. Maafkan bi. Citarasa berubah lagi. So kesimpulannya, baju ni memang tak pernah dipakai.

Saje b besarkan gambar dia. nampak x? Tak payah nak Pm. tanya harga.




Bi nak jual rm 50 sahaja untuk sepasang... Paling best including dengan veil panjang (seperti gambar diatas).
Masyallah...Masyallah mana nak dapat kan. Rm50.00 sahaja. Bayangkan u olls, boleh cut baju nikah tapi elegent. Jangan kisah orang. Tak nak bebel panjang, So detailnya :

Item: Jubah putih offwhite + free veil
Harga: rm50
Caj post: rm6
Material jubah: chiffon +sulaman benang dan manik
Sesuai utk: wanita 155-160 cm
Saiz: M
Material veil: net (kasar sikit) tapi still cantik. Panjang hingga betis.

Berminat? EACH ITEM ONLY AVAILBLE FOR 1 PCS.
siapa cepat dia dapat.
Please direct sms/wassap/wechat/call: bi 0133574367 utk proses jual beli

** Please jangan tawar menawar lagi :)
** Ini berjual. Bukan sewa!
** No refund

Asalamualaikum wrt



7 comments :

  1. ada lg x veil putih..cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. solf out dh..design lain comingsoon
      -rubi

      Delete
  2. Dear murah dan cantiknya veil u. tapi sold out sudah :'(

    ReplyDelete
  3. salam, berminat nak beli.....! ade lagi ke, veil yg kat atas or yg bawah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. dah sold out. tapi ada veil cntik rm50 skrg.. if nak leh wassap 0133574367

      Delete
  4. Hi..ada jual veil lagi x? Kalau ada plz email me baby.dania@gmail.com ..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dik.. ada lagi. tempahan dibuka lagi..
      pls wassap 0133574367 utk gambar dan details :)

      Delete