Tuesday 24 January 2012

soalan dan jawapan berkisarkan braces

Sebenarnya ramai bertanya aku pasal braces. Pelik juga..bukankah berbraces bukan benda baru? dah ramai yang pakai. Ibarat kita pakai baju aje. Pergi semua klinik dah ada. Tapi tak apa bagi mereka yang memerlukan info dadn sering bertanya itu ini tentang braces, ini serba sedikit info ya..


Sudah berapa lama aku berbraces?
hampir setahun. lebih kurang lagi setahun akan diremove. Tak sabar nak remove sebab nampak macam 'kesian' bila pakai braces. hihihi. lagipun tak dapat bayangkan kalau nak kahwin masih lagi terlekat braces. Hodohnya gambar..

Jenis braces?
Aku pakai jenis diamond. Sebenarnya ada banyak jenis braces..ada ceramic, metal dll. Yang membezakan tempoh rawatan dan harga. Aku pilih diamond sebab dia cepat dan halus. Tapi yang tak bestnya, ia tak boleh atau kata lainnya..tak ada tukar color-color. So tak boleh la, kalau bagu pink, gigi warna pink jugak la..


Tempoh braces aku ni?
Paling lama 2 tahun, paling cepat 1 tahun 8 bulan. So bayangkan bro! cepat gitu. Tak perlulah macam dulu-dulu sampai 4,5 tahun terlekat besi kat gigi. Jadi dah mengurangkan peratusan terkena petir..


hi hi hi hi


Tempat buat braces?
Semestinya Kajang. Sebenarnya hampir semu klinik ada menyediakan perkhidmatan ini. Cuma beza harganya mahal atau murah. Masa mula-mula aku nak pasang braces aku buat asigmen sikit. Hampir semua klinik gigi kat kajang aku survey. So ada murah, and mahal. Banyak pilihan. Dahulu, terhad. Sebab kepakaran dalam bidang ni kurang..Sekarang, tak perlu ambil kursus yang sebetul dan setepatnya... kebanyakkan doktor dah berani buat. Sebab ia mudah. 
Aku buat di klinik Aida (berdekatan, klinik Karim, di bangunan hotel metro in, sebelah ptrol pam shell paling tua kat kajang) hah! clear tak.. Di klinik tu hanya menyediakan braces jenia diamond sahaja. Tak ada pilihan!

Tempat lain tak ada ke cik b?
Siapa kata tiada? Macam aku kata hampir semua klinik ada. pergi dan tanyalah. Kalau nak braces yang harga rm300a pun ada. Dibawah disenaraikan harga MINIMA utk braces gigi ats bawah:


Klinik Suria-rm3000. (jenis seramik)- klinik dia agak seram dan suram tapi jangan takut sebab dr dia baik dan pakar. Mungkin sebba nak kurangkan bajet decoration kedai so kedai tu macam cerita 80an.
Dental Care-rm5500. (jenis metal@seramik -klinik dia sangat macam pakar. Masa nak pasang siap tanyangkan video pergerakan gigi.
Klinik khir- tak ada dah buat.
Klinik Suhaimi- rm6000. (semua jenis ada)
Klinik pakar di Pasar kajang(lupa nama)-rm6000. 
Klini Kajang prima- rm4500 (semua jenis ada)
Klinik Zakuan, Semnyih- rm 4000 (metal/seramik) nasib baik aku tak pergi pasang sebab dengar cerita doktor dia dah pergi ke australia
Klinik Aina- rm5000 (metal/seramik) 

Banyak lagi yang aku dah tinjau..Tapi hasil memikir dan tekad aku memilih... Klinik Aida!!! hanya rm 6000 (termasuk kos cabut gigi dan xray). Memang mahal sikit berbanding klinik lain ..


tapi..


klinik itu bagus kerana dia menyediakan braces jenis diamod. Braces diamond ni sebenarnya paling murah pun rm10k . Pergilah mana-mana susah nak dapat bawah rm8k. Sebab diamond adalah teknologi terlatest dan terbaik untuk gigi bermasalah macam aku ni. Lagipun ia pantas, cepat dan cantik.(tak adalah cantik sangat..sebab dawai dia tebal. tersembur bibir.) Tapi jangan risau, dalam masa sebulan dah nampak hasil. Percayalah! Ia sangat mengujakan. Ibarat melihat tumbesaran bayi dalam kandungan.


hi hi hi hi

Pilihan terbaik antara klinik? mesti ada tanya: ala yang okeyla...
Semestinya Aida lah! Sebab aku buat kat situ. Tapi banyak juga yang terbaik. beginilah, dimudahkan semua klinik jangan bimbang kualiti okey. Kepakaran semua okey dah terlatih cuma:


kalau nak yang murah: pergilah SURIA dan AINA dan ZAKUAN
kalau nak yang rasa yakin dan moden: pergilah DEKAT PASAR KAJANG dan DENTAL CARE
kalau nak doktor yang baik: SURIA dan AIDA dan AINA
kalau nak yang tak sakit dan anda akan kata: wah, tak sakit pun nak pasang braces: AIDA dan AINA dan KJG PRIMA


hah! Jelas? nak number phone..Ala aku tak ada lah, cari lah kat iternet cendiri..hihihi tapi kalau nak juga saya boleh dapatkan. Sian lak sape yang tak tahu.


Susah tak berbraces?
Tak langsung! konon boleh kurus! tipu, bohong!!! benci...makin berat kg badan ni. Sebab tak adalah sakit pun makan cuma kena hati-hati. Jangan guna gigi depan untuk tarik makanan macam sate. Nanti besi cabut, bila besi cabut dia dah kacau rawatan tu. Kekejangan dan stress besi nak tarik gigi tu akan terputus. So akan menganggu tempoh rawatan. So awas!


Masalah bajet? jangan bimbang..Sekarang tak ada dah konsep 'orang kaya' je berbraces. Sebab semua klinik terutamnya calon-calon klinik diatas menyediakan pakej bayaran ansuran. Cuma beza muka aka downpaymen je..so hapy lah tu!


Ala penatlah jawab soalan yang dibuat sendiri. Tapi itulah soalan yang aku selalu terima. Hope membantu lah...Jangan takut pakai braces sebab comel apa pakai braces...manis je rupa. Laipun braces juga kan membantu bentuk rangka muka. Terutama jenis diamond. That y ada kawan aku kata, muka aku nampak lain. Ada dagu sikit. macam lah aku tak ada dagu sebelum ni..Woha! I like it...


daa...





25 comments :

  1. Terbaik la bie lepas ni nak pakai la...gud info!! Thanks a lot!

    ReplyDelete
  2. hihihi..best. pakaila. kalu gigi okey dalam rm3000 dah leh pakai. muka rm1500..bulan2 rm50. hasil mabeless!

    ReplyDelete
  3. i da tnya klinik suria da naik dalam 4k..

    ReplyDelete
  4. info superb,teratur n xmeleret2..senang org nak membacaaa ;p

    ReplyDelete
  5. nak no fon klinik suria bole?

    ReplyDelete
  6. hye..awak kena bayar bape downpayment?

    ReplyDelete
  7. haah, saya pon sedang mensurvey2 ni. lagi satu, berapa masa diambil untuk pasang braces tu. kira datang hari ni terus buat ke atau ape?

    ReplyDelete
  8. salam.
    suria dah naik harga sy check. arond rm3.5-rm4k... if nak better sy sugest klinik aina. boleh minta diskaun.. klinik aina terletak di prima saujana. boleh seach google insyallah.

    ReplyDelete
  9. Yeah saya pergi suria and cost dia minima 5500 .
    Jadi tadi saya pergi ke klinik aina dan costnya sangat murah iaitu 3800 sahaja siap xray , retainer semua . Patah gigi lain harga . Saya pasang braces khamis ni :) dan downpayment dia boleh bayar 1000 ke 1200 ikut pada kemampuan kitalah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? sy plan nk wat kat klinik impian kat bangi..mahal sgt dlm rm5000 n lambat proses nk pasang..huhu..kat klinik aina xyah wat appointment ke? trus ley wat ek?

      Delete
    2. better call je wat apoimen.. sebab tmpt dia rajin gak full ngan customer

      Delete
  10. nk no fon n almt klinik aina tu boleh x korang..btw, im d newcomer..:) tq for info :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. 03-873755367
      klinik pergigian dan surgeri aina

      try call.

      Delete
  11. nk no fon klinik aida..leh bg add x?

    ReplyDelete
  12. tq for d info. really helpful :)

    ReplyDelete
  13. done following u. pls follow me back :) http://ummumuhammadfateh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. Wah..menarik blog ni..btw i also will have my gigi besi by tomorrow..buat kt klinik aina..3.9 k...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..
      oh... murahnya..
      rezeki rezeki...
      dr dia baikkan..

      Delete
    2. Awk..kt klinik aina 3.9k utk gigi atas bwh ke? Jenis diamond ke?

      Delete
    3. awak.. dia jenis matel yg biasa tu... harga tak sama bergantung jenis gigi. kawan sy dapat rm3.2 je... ye atas bawah. tpi service dr memang titptop!

      Delete
  15. bolehke pakai braces utk gigi atas sahaja??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dengan syarat gigi bawah ok dn kedudukan sama dengan gigi atas. tapi better pakai 2dua sebab xde gigi bawah ganggu gigi atas time treatment.harga pun x jauh beza

      Delete
  16. Diamond braces ke damon braces ye? Sama ke lain eh... Jenis self ligating kan?

    ReplyDelete
  17. Agreed...selalu pergi klinik aida..maklumlah gigi aku selalu jer pecah atau tampalan pecah...akibat accident dulu..tp doktor aida sgt baik..sabar..dan yg penting x sakit...tu yg selalu pergi klinik aida...

    ReplyDelete