Monday, 30 January 2012

KAIM: bahagian 3


BAB 3
“Ayah memang macam tu. Kaki jalan..Manalah dia suka lekat kat rumah ni. Tadi katanya nak ke Tesco, cari ikan sayur murah. Ni tak balik-balik. Kalau ibu tunggu ikan sayur dia, tak berasap lagilah dapur ni..” Hajah Sarimah mengomel. Qibti tersenyum mendengar bebelan ibunya. Bukan dia tidak kenal perangai ayahnya. Lebih daripada masak. Dua puluh enam tahun dia hidup berkasih sayangkan dari Haji Qoyum dan Hajah Sarimah. Walaupun dia menyewa dirumah bujang, cukup hujung minggu dia tetap pulang ke rumah ayah ibu. Boleh diketegori adalah jarang, untuk dia merayau, melepak dan tidak pulang pada hujung minggu ahad. 

“Ala macamlah Qib tak biasa mak. Tapi boleh ke ayah jalan sorang-sorang. Ibu kata darah tinggi ayah naik.”  Qibti mengambil sayur petola yang telah siap dibasuh. Hujung kulitnya dibuang sedikit. Kemudian dipotong sedikit  menyerong. Kata ibu, petola itu mahu ditumis air sahaja.
“Manalah tak naik Qib. Masa kenduri doa selamat Pak Ngah kelmarin, ayah kau pergi bantai kambing bakar. Ibu rasa suku masuk perut ayah. Tu yang nak ke hospital tu malam tu. Tapikan.. nasib baik kambing bakar, kurang lah panasnya.Eh!  kurang-kurang pun naik jugaklah darah tinggi dia. Risau ibu bila dia ngadu pening.” Beriya-iya Hajah Sarimah bercerita. Qibti terkekek ketawa bila mendengar suku kambing dimakan ayah. Ibu memang begitu, kalau bercerita bersungguh. Kalau memberi gambaran, sebesar-besar  perumpaan jadi sandaran.

“Ibu marahlah sikit ayah tu. Janganlah bagi dia makan benda-benda macam tu. Risau Qib. Darah tinggi ni kalau teruk, terbaring ayah nanti.”Qibti mengingat. Setahu dia, sudah banyak kali ungkapan nasihat ringkas tersebut di ulang. Hendak dikata apa lagi selain nasihat sebegitu.
“Itulah, ibu dah puas bising. Tu yang ibu masak begini je kalau kat rumah. Kalau Qib balik je ibu masak beriya sikit. Lemak ke, kari ke..Kalau berdua dengan ayah,bakar,  sup ke tumis air ajelah.”
Mendengar kata-kata Hajah Sarimah, Qibti rasa sayu. Memang dia anak yang ‘nakal’ tapi dia tidak jahat. Kenapalah hatinya hitam dan sanggup ‘mogok’ tidak menghubungi kedua orang tuannya. Qibti teringat akan hari-hari pada minggu lalu. Beberapa kali Hajah Sarimah menghubunginya setelah rombongan Fayyad datang. Langsung dia tidak mengangkat deringan telefon. Itu semua tanda protes. Fikirannya ketika itu, biar ibu dan ayah menyesal dan  merasa khilaf dengan perbuatan mereka.

Qibti pandang wajah ibunya yang kalut bercerita. Wajah yang bakal dimamah tua itu sedikit uban. Rambut di puncak dahi Hajah Sarimah ada yang memutih. Memang setiap kali pulang ke rumah Hajah Sarimah akan memasak semua makanan kegemarannya. Waktu itu jugalah, ‘diet’ dan pantang ayah akan dibayar. Ayah bebas makan gulai lemak, kari dan segala bagai yang tidak terdapat selain pada hujung minggu. Lucu bila terfikir. Tapi itulah cara ibunya menjaga ayah. Dalam sejuta kelembutan ibu, ada seratus ketegasan. Bagaimanakah dia nanti, jika diamanahkan oleh tuhan untuk menjaga lelaki bergelar suaminya.
Suami? Oh..Indah dan berbunga-bunga perkataan itu. Saat itu dia terbayang Fayyad. Arghhh…!Tidak ada lelaki lainkah yang boleh dibayangkan bila menyebut perkataan suami. Qibti geram pada dirinya.

“Qib..Qib ambil hati dengan ibu lagi pasal Ayad?” Topik mula berubah. Dari cerita ayah ke cerita Ayad. Ayad nama manja Fayyad. Sejak dulu ibu memanggil dengan panggilan itu. Hanya dia yang skema dan tetap memanggil Fayyad. Apa bezanya? Tetap ia terdiri daripada dua suku kata.
Qibti mengerling pada ibunya. Hajah Sarimah lembut mengacau gulai lemak ayam dalam periuk. Gulai lemak memang sentiasa perlu dikacau jika diatas api. Supaya santannya tidak pecah dan warnanya kusam.
“Apa dia ibu?”sengaja dia bertanya kembali. Tanda kononnya dia tidak peka dan tidak menumpu dengan topik itu.
“Ayad ada kata kelmarin dia jumpa Qib.. Dia ada minta izin nak berjumpa Qib. Semuanya okey?” Mukadimah yang tersusun dari Hajah Sarimah. Qibti mengangguk. Hajah Sarimah tahu anak daranya sedang bermain tarik tali. Dari riak wajah gadis dihadapannya itu, langsung tidak bersungguh untuk bersembang tentang hal ‘itu’. 

“Ibu tahu Qib masih simpan rasa pada ayah, ibu. Memang ibu teruk sebab terima pinangan keluarga sana tanpa berunding dengan Qib. Tapi bila difikir dan jika Qib sedar, sebelum pinangan ibu terima banyak kali ibu tanya sama ada Qib dah ada pilihan, dah ada kawan ke belum. Qib sendiri kata tak ada..Jadi dah jadi tanggungjawab kami carikan jodoh untuk Qib.” Lembut suara Hajah Sarimah. Gulai lemaknya mula mendidih dan masak. Hajah Sarimah menutup api dapur dan menarik kerusi, duduk dihadapan anak daranya.
“Iya ibu. Memang Qib tak ada kawan istimewa. Tapi tak bermaksud ibu ayah boleh terima pinangan keluarga diorang. Patutnya ibu tanya Qib dulu..Tak semudah itu nak menerima. Memang si Fayyad tu ada datang rumah ni, Mak cik Zah tu selalu ke sini tapi itu bukan jaminan kami sesuai.” Pisau ditangannya diletak. Qibti menolak tapis yang berisi petola ke tengah meja. Dua batang petola habis di potong. Qibti bangun untuk membancuh air sirap. Tadi dia telah merendam sesudu besar biji selasih.

“Ibu tahu sikap Qib macam manakan. Degil Qib ni ibu tahukan. Tapi ibu ayah macam tak faham..tetap buat apa yang akan menyebabkan Qib tak boleh ikut.”katanya lembut tapi tegas. Jug kaca di rak pinggan dicapai dan diletakkan sesenduk kecil gula kemudian di tuang air panas sedikit.
“Ibu ayah yakin Qib boleh ikut..”
Qibti mengerling pada ibunya. Hajah Sarimah memandangnya. Syukur Alhamdulillah pada tuhan kerana Qibti mahu berbicara topik itu.
“Apa yang ibu yakinkan..? Qib sendiri tak rasa Qib boleh follow..”
Ayah kau dan ibu dah buat solat ishtiharah. Memang tuhan beri petunjuk untuk itu.” Qibti terdiam. Dipejam matanya seketika sebelum nafas dihembus halus. Oksigen memenuhi ruang otak. Gadis itu memandang Hajah Sarimah sebelum terseyum hambar. Riak apa untuk dizahirkan. Kenal benar dia dengan orang tuanya. Jika ayah dan ibu sudah bersolat ishtiharah, memohon pada yang Maha Esa bererti kata putus telah dicapai. Perbincangan sebenarnya tidak perlu diwujudkan. Hanya kata muktamad sahaja. Mungkin kata yang sebegini..

Nur Qibtiah binti Ahmad Qoyum,kahwinlah engkau dengan Muhammad Fayyad bin Muhammad Arash. Ya atau tidak, senyum atau kelat, menangis atau merajuk tetap kami nikahkan pada sekian..dan sekian..!

Qibti mengigit bibirnya.
“Ibu..Kenapa ibu sukakan Fayyad. Setiap kali raya Qib jumpa dia, kami tak pernah tegur. Tup-tup ibu suruh Qib jadi isteri dia. Qib rasa macam tak betul. Mengarut pun ada. Ibu jangan ambil hati. Tapi itulah yang Qib rasakan. Lagipun…” belum habis kata-katanya Hajah Sarimah memintas.
“Ibu dengan ayah langsung tak pernah jumpa tau. Hah! Bahagia Alhamdulillah..”
 Qibti senyum kelat. Memang mereka pasangan bahagia.
“Jadi ibarat tradisilah ni..Ibu nak teruskan operasi tak kenal tapi berkahwin macam zaman nenek, ibu tu..” Hajah Sarimah terkekek ketawa. Besar ketawanya. Qibti ikut ketawa bila melihat bahu ibunya bergoyang-goyang ketawa.
“Operasi?”Hajah Sarimah ketawa lagi.
“Ibu ni..Qib serius dia gelak.” Qibti memandang Hajah Sarimah.
“Bukan operasi sayang, tapi tangjungjawab.. Adalah menjadi tangungjawab seorang ayah terutamanya mencari calon suami untuk anak gadisnya apabila telah cukup umur si anak.” Ayat Hajah Sarimah seperti  ala-ala seorang ustazah, penceramah bebas di televisyen.
“Cukup masa apanya ibu. Qib muda lagi. Masih nak enjoy dan bujang lagi.”
“Muda kebendanya? Tahun depan dah dua puluh tujuh. Orang perempuan ni ibarat santan..santan kalau dibiar tak guna, lagi lama lagi busuk. Orang laki tak..mereka ibarat kelapa, lagi lama lagi pekat santan, lagi sedap buat kuih.” Tadi ceramah, kini falsafah. Qibti menarik muka bila dia dibandingkan dengan santan.
“Ala ibu ni.. Lagipun kenapa Fayyad? Kenapa bukan orang lain.” Soalan terpendam. Sejak dari dia berjumpa dengan Fayyad tempoh hari, memang dia teringin bertanya pada Hajah Sarimah.
“Duduk sini dulu..”Hajah Sarimah menyuruh Qibti yang membasuh gelas untuk duduk. Memang dia menunggu dari mulut si anak untuk soalan bonus itu. Bukan apa, Cuma dia tidak mahu ‘mempromote’ bakal menantunya tanpa dipinta. Tapi kalau sudah dipinta, kenapa tidak diberi.
“Qib anak ibu ayah. Sorang sahaja anak perempuan ibu. Mestilah ibu akan carikan sesorang lelaki yang terbaik untuk Qib. Lelaki itu yang boleh kami lihat dia pikul tanggungjawab dan amanah. Bukan sebab Ayad anak kawan ibu. Tapi sebab Ayad tu cukup ciri-ciri lelaki yang baik. Agama, rupa, kerjaya dan tingkah laku. Lengkap tu tidak tapi cukup. Apa lagi yang Qib kejar dan carikan. Kalau kita dah jumpa yang baik.”
“Bukan dia sahaja yang baik ibu..”
“Kalau bukan dia..siapa lagi? Memang bukan dia seorang tapi Qib boleh ke bawakan kepada kami sesorang yang setaraf dengan Fayyad?”Suara Hajah Sarimah lembut namun nadanya serius. Mata Qibti tidak berkelip. Tersentak sedikit. Wah! Terlalu tinggi ibu meletakkan Fayyad. Seseorang yang setaraf dengan Fayyad? Hebat sangatkah lelaki bernama Fayyad itu? Tiba-tiba dia teringat saat dia berdialog dengan Fayyad beberapa hari lalu. Lelaki itu tidak lah terlalu sopan. Bicara agak pedas.

Qibti bangun dan mengambil sebiji gelas. Sirap yang siap dibancuh dituang dalam gelas dan diletak depan ibunya. Mungkin air tersebut boleh menghentikan topik itu. Mungkin jika diteruskan, bukan ayahnya sahaja bermasalah darah tinggi, mungkin dia juga boleh terkena darah tinggi. Tapi sungguh itu mustahil! Semakin dia menentang semakin kebal peluru hujah ibunya.
“Ntahla ibu... Qib runsing dah ibu..” bicaranya perlahan.
“Kenapa runsing?”Gadis itu menjungkit bahu. Hajah Sarimah senyum. Untuk ‘debat’ pusingan pertama dia sedikit menang.
“Beri Qib masa untuk fikir…”
“Bukan fikir..tapi ibu beri masa untuk menerima..”
Qibti memandang Hajah Sarimah, lama sebelum mengangguk perlahan dan lemah.

3 comments :

  1. Salam kenal...pu3 datang terjah blog comel ini sambil follow n jd reader juga.jom singgah blog pu3 pula ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok cyg..ti bi dtg melawat. nc 2 meet u.

      Delete
  2. salam bila nak upload n3 baru.saya suka cite ni

    ReplyDelete