Monday 30 January 2012

KAIM: bahagian 1

 PERHATIAN MEH!
apa yang ditulis. untuk dibaca sahaja. jgn berani nak amek or copy. nanti kena sumpah berkurun-keturunan.

                            bab 1
             Hari ini seharusnya diramalkan cuaca cerah tapi kelihatan awan gelap mula berarak. Tanda akan hujan. Gadis itu lama memandang jendela luar. Keluhan dilepaskan. Sudah banyak kali dia mendengus keluh. Hingga Sarah yang duduk di sebelah mejanya menegur. Mana dia tidak mengeluh, kalau ada benda yang dielak bakal terjadi. Tangannya pantas menyusun fail yang bersepah di meja. Pen dan segala macam alatan disusun dalam bekas asal. 

“Qibti tak balik lagi?” Sarah yang dari mana hadir mematikan lamunannya. Sarah, sahabat officemate yang paling rapat.
“Kau tak balik lagi?”Tanya Qibti kembali. Dia membetulkan tudungnya yang sedikit senget.
“Nak balik lah ni. Tapi nak siapkan lock report ni. Esokkan ada meeting. Kalau tak siapkan, kena panggang lah aku esok dengan bos kesayangan kau tu” Qibti senyum kelat. Kerjanya semua sudah siap. Segala macam report yang diamanahkan telah siap.
“Kau ni kenapa? Ada masalah ke? Hari ini masam je” Sarah memandang sahabatnnya. Seperti sedang bermasalah. Dari tadi dia bertanya, tapi tidak juga Qibti menjawab. Mungkin hal peribadi yang cuba disorokkan. Tapi seingat Sarah sahabatnya itu tidak pernah berahsia. Telah lama mereka berkawan. Hampir 5 tahun. Selama mereka berkawan, segala cerita yang seharusnya menjadi rahsia tetap dikongsi.
“Tak ada apalah. Tak sihat sikit badan ni.” Jawab Qibti, ringkas.
“Yelah tu. Bukan aku tak kenal kau, kalau kau tak sihat..habis satu office kau kecoh kau tak sihat. Macam minta simpati..”
Qibti tergelak. Dalam serius, ada juga lawak. Mulut Sarah memang tidak berinsurans. Sangat sesuka hati. Nasib baik dia telah kenal lama perempuan di hadapannya. Telah benar masak  dengan sikap dan jiwa hatinya. Mudahnya, mulut Sarah memang macam longkang tapi hatinya baik selembut kapas.
“Kau ni kan..Kalau tak kutuk aku memang tak sah. Mulut tu, aku tebuk dengan punch ni nak.”Qibti menunjukkan penebuk lubang yang dipegang. Sarah gelak besar. Jelas sehingga semua sudut dan pelosok pejabat. Tapi tidak mengapa, pejabat mula sunyi. Ramai yang telah pulang. Hanya 2 gadis itu yang masih setia.
“Ala, jangan la..aku gurau aje lah. Dah aku tanya kau tak jawab. Hari ini berbuih dah mulut aku tanya kau. Kenapa muka kau moody, kenapa kau banyak mengeluh, kenapa kau banyak termenung.. Kalau digabungkan, boleh buat esei . Tapi kau buat tak tau je. Bukan aku tak kenal kau. Kalau tak ada masalah, tak kan muka kau macam ni.” Memang Sarah kawan yang baik. Dia sangat peka akan sahabatnya.
Terima Kasih Sarah. Desis hatinya. Oh Sarah! Memang dia sedang bermasalah. Rumit itu tidak tapi ia sangat menyusutkan. Pagi tadi, sewaktu dia sedang bersiap sedia ke office, ibu menghubunginya.
“Ingat tak yang kita bincangkan hari tu. Tentang anak kawan ibu tu.. Nanti weekend ni Qiibti balik..kita bincang  lagi ya. Sudahlah, jangan keraskan hati..Ni hah ibu call nak bagi tahu, ibu dah pass number handset Qibti pada Fayyad. Nanti dia call jangan garang sangat. Ibu dah bagi kebenaran dia bawa Qibti keluar makan-makan sahaja. Boleh lah saling kenal.”

Antara ayat-ayat ibu masih terngia-ngia di telinganya. Hampir dua minggu dia merajuk dengan ibu. Mana tidaknya, sesuka hati ibu menerima pinangan. Ah! Siapa nama lelaki itu.. Fayyad! Ya Mohammad Fayyad. Tanpa berbincang, ibu beriya-iya hendak berbesan dengan si sahabat, Umi Khadijah.

Tanda protes, Qibti hampir 2 minggu tidak berhubung dengan  ibu. Semua kerana kekecewaan dalam hati yang tebal bersarang. Memang dia tahu itu hak ibu dan ayah untuk menetapkan jodoh, bakal suami untuk seorang anak. Tapi bagaimana pula hak seorang anak. Dia juga punya hak. Sekarang bukan di zaman era kemerdekaan, zaman nenek moyangnya. Atau paling tidak zaman muda mudi ibu ayahnya. Sekarang sudah moden.
“Tengok tu..Menung lagi. Susah betul aku cakap dengan orang yang agak pekak bisu ni.” Qibti tergelak besar. Laju tangannya hendak mencubit lengan Sarah. Sarah mengelak.
“Mulut kau ni kan Sarah. Sian aku..tak pekak kau kata pekak. Karang aku pekak betul-betul macam mana.”ngomel Qibti. Sarah gelak.
“Dah memang betul. Aku cakap dengan orang pekak ke tadi. Bila tanya kau buat tak tau je. Naik geram juga aku ni. Dah la kesabaran aku ni tipis senipis kulit bawang.” Tangan Sarah terhuyung hayang seiring dengan bicara. Qibti dengarkan sahaja. Suka mendengar bebelan kawannya.
“Kau ni luculah. Dah aku tak fokus, jangan lah ajak bersembang.”
“Bukan ajak bersembang Cuma aku pelik tengok kau. Nanti aku terus balik tak tanya masalah kau, kau kata aku tak sensitif pulak. Tak peka dengan kawan sendiri!”
“Jadi kau tak ikhlas lah ya tanya keadaan aku tadi” sengaja Qibti menduga. Sarah tersengih. Tangan Sarah yang menyusun kertas terhenti. Matanya memandang Qibti. Kenyataannya tadi disalah erti pula. Tiada niat pun seperti yang Qibti katakan. Sejujurnya, dia sayang akan sahabatnya. Sakit Qibti, dia yang merasa pedihnya juga, gembira untuk qibti dia yang akan tersenyum dahulu.
“Bukanlah! Ish kau ni. Bukan itu maksud aku. Maksud aku..Aku ni peka dengan kau. Aku risau kan kau. Aku  bukan suka tengok kau sedih menung macam ni. Bukan hari ni sahaja..dah seminggu dua kau buat muka tahi kau tu. Kalau cantik takpa tapi ni….”Sebelum Sarah menghabiskan kata-kata lantas Qibti mencubit pinggang Sarah. Melatah Sarah terkejut. Qibti mengerling pada jam di dinding. Hampir waktu maghrib. Lebih baik dia bersolat dahulu sebelum pulang. Bimbang tersangkut semasa kesesakan jalan raya nanti. Tak pasal-pasal hangus maghribnya nanti.
“Aku solat dululah. Nak maghrib dah ni. Lepas solat baru gerak balik.”Qibti membetulkan susunan barang di meja. Setelah kelihatan kemas, dia mencapai handbegnya dalam laci.
“Okey. Tapi esok jangan buat muka tahi lagi ya.”gurau Sarah. Qibti senyum dan terus menuju ke surau.

                                                                                                ********                                                                          
Malam itu sunyi dan sejuk. Hujan turun lebat daripada maghrib tadi. Hujan sebegini apa boleh dilakukan selain terbaring. Hendak menonton televisyen, kilat sambung menyambung diluar. Lagipun nafsu menonton televisyen tiada.  Qibti memandang syiling. Kenapakah matanya masih bulat terjaga. Degil untuk pejam. Mungkin kerana otak. Benarlah fakta, bahawa otaklah penggerak segala-gala walaupun ia berada di tempat yang tetap dan tersirat.
Minda gadis itu ligat memikir. Tentang segalanya. Tentang masa depan.  Jauh memikir tiba-tiba Qibti merasa sebak. Betulkah tindakan dia merajuk daripada orang tuanya.Berdosa sungguh dia kerana melanggar larangan agama. Sejak daripada kecil diajar, diasuh untuk tidak menjadi penderhaka. Saat itu ruang matanya terbayang jelas wajah ibu dan ayah. Betapa dia rindu kedua orang tuanya. Sehingga termimpi-mimpi malam semalam. Mungkin mimpi semalam sebagai petanda ibu turut merindui dia. Tidak hairanlah ibu  menghubungi dia seawall pagi tadi.
Qibti mencapai handphone di tepi katil. Tengahari tadi, dia ada menerima masej. Fayyad pengirimnya! Jemarinya pantas menekan punat-punat di dada handset. Keluarlah mesej-mesej daripada Fayyad. Qibti membaca beberapa kali.
Salam. Jumpa esok jam3.30 petang. Old Timer Kopitiam, Bangi? Boleh ya. Salam
Tanpa berfikir panjang dia bersetuju. Bukan dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan Fayyad. Setiap tahun mereka berjumpa. Setiap kali hari raya, muka Fayyad  pasti tersembur di muka pintu rumah. Qibti masih ingat tahun lepas Fayyad memakai baju Melayu warna hitam ke rumahnya. Masakan dia tidak ingat kerana setiap tahun pemuda itu memakai warna hitam ke rumahnya. Macam berkabung! Ah! Tidak sangka muka itu akan menjadi penghuni tetap rumah ibu bapanya nanti. Gadis itu menekup wajahnya dengan kedua belah tangan.  Qibti harus bersetuju. Mesej si teruna di balas untuk berjumpa. Kenapa tidak, sedangkan ‘benda’ ini mesti dibincangkan. Tidak boleh dibiarkan bergantung tidak bertali.
Malas berfikir lagi, Qibti pejamkan mata. Sambil itu laju tangannya mencapai patung lembu di hujung sudut katil. Itu patung kesayangannya. Cowcow namanya. Setiap malam menjadi peneman. Keliling badan Cowcow penuh air liurnya.  Tiba-tiba Qibti tersenyum, andai dia berkahwin bolehkan patung ini tetap menjadi penemannya lagi. Bising tak wahai suami nanti.

Subhanallah! Dia beristifar, terlalu jauh memikir tentang suami. Lantas matanya dipejam rapat dan tertidurlah gadis bernama Nur Qibtiah.

No comments :

Post a Comment