Monday 30 January 2012

KAIM: bahagian 2

BAB    2

Aku akan mengawini engkau Fayyad. Tapi aku tidak mengenali engkau. Bagaimana sebuah masjid hendak dibina jika lakarannya masih samar? Bagaimana hendak kita hendak mendayung sampan bersama jika sampannya tiada, dayungnya hilang? Qibti memejam mata. Rapat-rapat  hingga gelap pandangan. Dengusan halus dilepaskan.

“Ngeluh?” Qibti tersedar. Lalu memandang Fayyad. Fayyad duduk di kerusi depannya.  Lelaki itu memakai kemeja putih, berseluar jeans. Memang Qibti mengeluh, sewaktu Fayyad ke tandas sebentar tadi Qibti memikir ungkpan yang sesuai untuk diluahkan.  Terucap lebih, bimbang Fayyad mengadu pada ibu. Tidak diungkap, bimbang dia yang merana.
“Memikir” jawab Qibti sepatah.
“Fikir apa? Ya..Saya tahu. Fikir tentang kita bukan. Tentang pernikahan kita bukan?”
“Saya tidak boleh henti daripada memikir. Saya rasa ada benda yang harus diberhentikan. Kita tidak mengenali dan kenapa kita harus berkahwin. Awak rasa awak  tak..Berkahwin itu bererti saya akan menjadi kepunyaan awak. Kita akan bersama-sama hingga tua.”
“Saya pun terfikir sedemikian. “
“Jadi kalau awak dah fikir macam tu kenapa tidak hentikan? Awak pihak laki. Kalau awak tidak datang kepada pihak kami benda ini tak kan terjadi. Awak  yang bawa rombongan, yang mengetuk pintu, minta izin. Semunya ini  boleh dihentikan if awak minta cara  baik untuk putuskannya. “
Qibti sedikit lantang, tapi nada suarnaya masih boleh dikawal. Dia membetulkan tudungnya yang sedkit terkedepan. Fayyad senyum. Memang perempuan dihadapannya sedang kusut.  Dia juga kusut.
“Seperti menyalahkan pihak saya nampaknya.” Sedikit kesimpulan yang boleh dilihat. Fayyad memandang Qibti. Mata wanita itu sederhana bulat sahaja. Cuma bulu matanya lebat dan panjang. Mata itu tidak diciptakan untuk kelihatan garang tetapi petang itu mata itu kelihatan ada api.
“Menyalah tidak, tapi yang benar saya cakap.”
“Yang benar? Okey! Yang benarnya juga..jika pihak saya yang datang membawa rombongan kenapa pihak awak nampak gembira menanti, Kalau awak tak nak, kenapa tak dicakap time tu. Kenapa sibuk menghidang segala bagai makanan. Siap pakai catering gitu. Saya tengok bukan main  layan rombongan saya. Pokok pangkal puncanya daripada belah awak, belum apa-apa macam dah terima sangat. So what? Yang itu macam mana pula?” Air tembikai susu disedut perlahan sambil memerhati gadis dihadapannya. Dahi Qibti berkerut. Bahasa Fayyad agak mula kasar padanya. Memang tidak keluar sebarang perkataan mencarut tetapi makna kata-katanya tapi seperti dia memang bersalah dalam situasi itu. Oh melampau!
“Hei! maknanya  awak tuduh saya yang terkinja-kinja nak kan pinangan awak tu? Sangat perasan. Langsung tidak. Saya tak terlibat apa. Setuju langsung tak okey.”Bentak Qibti.
“Memang lah tak setuju tapi tak membantah bukan.” Nada Fayyad agak sinis. Fayyad  memandangnya.
Qibti mendengus. Seleranya untuk makan hilang. Tiba-tiba meluat pula dia melihat lelaki dihadapannya. Kalau ikutkan hati mahu saya dia menarik baju lelaki tersebut dan menjerit ke telinganya betapa dia geram dan meluat pada lelaki itu.
“Macam nil ah cik Qibti. Saya tak salahkan awak. Saya tak salah kan diri saya. Cuma keluarga kita yang beria-ia. Itu sahaja. Memang kami yang datang tapi  seharusnya awak tidak seharusnya menerima. Tapi the problem is.. Mak ayah awak dah menerima..Awak dah menerima-.”
“Saya tak pernah menerima!” Qibti memotong bicara Fayyad. Fayyad tergelak kecik. Lucu.
“Okey-okey awak tidak menerima lah katakan. Tapi sekarang macam mana. Awak dah menerima dengan kata lainnya. Okey!  Saya malas nak bergaduh-gaduh dengan awak. Kita berjumpa bukan sebab nak bergaduh tapi nak menyelesaikan. Tak pasal-pasal terbalik pula meja kerusi ini. ..Dipendekkan,cik Qibti ada sebarang cadangan atau cara unutk kita hentikan semua ini?”
“Saya pun tak berminat nak bergaduh. Cuma mulut awak tu agak lancang. Tak padan dengan laki.”
Fayyad lihat wanita dihadapanya masih lagi bermasam, berkerut dahi.
“Mulut awak pun sama. Arghhh..Fine..saya minta maaf okey. Tak ada niat untuk menyakiti cuma agak sakit hati bila awak bangkitkan isu rombongan tadi.” Fayyad cuba menjernihkan keadaan. Supaya senang mereka berbincang.
Qibti mula puas hati bila mendengar ungkapan maaf. Tidak susah mana pun laki itu mengakui kesalahannya. Marah dan meluatnya tadi sedikit surut. Fayyad menolak gelas fresh oren berhampiran lengan Qibti. Qibti perhatikan sahaja.
“Minum dulu. Mana tahu ais ni boleh sejuk sikit diri awak tu.” Bicara Fayyad perlahan.
Qibti minum sedikit seperti yang diarahkan. 
“Awak pun minumlah air tu.Bagi sejuk juga.” Balas Qibti memulangkan  kata-kata pedas Fayyad. Dia pandang Fayyad. Mereka melawan pandangan sebentar. Ah! Qibti tewas. Cepat-cepat  pandangannya dilemparkan ke luar. Jalan agak lengang. Mungkin kerana cuaca mendung dari pagi. Jadi ramai tak berminat untuk keluar. Dia memandang Fayyad. Fayyad senyum padanya. Menang.
Perempuan dihadapannya agak ‘pelawan’ orangnya. Rumusan sementara buat masa itu.
“Saya harap awak boleh usaha untuk batalkan benda ni. Saya juga akan usaha sehabis mungkin.”nadanya tidak seperti tadi. Mula lembut. Fayyad angguk.
“Iye. Saya cuba.” Balas Fayyad ringkas.
“Bukan cuba. Tapi mesti!” bentak Qibti tegas persis garang cikgu memarahi si murid. Mata Fayyad terkebil sedikit bila mendengar ayat Qibti. Lucu pula melihat kesungguhan Qibti. Dilayankan sahaja.
“Tahulah saya. Tapi saya ada cadangan.Rasanya kalau kita buat mungkin berjaya. Apa kata awak mogok. Tak keluar bilik..buat macam filem tamil.”selamba Fayyad mengutarakan.
“Hah! Bagus juga cadangan awak tu..tapi kita tukar pelaku dia. Bukan apa kalau saya mogok tak keluar bilik sekalipun,  tetap boleh dinikahkan juga. Apa kata awak yang mogok. Berkurung je dalam bilik. Kalau awak tak ada, tok kadi nak salam tangan siapa. Takan tangan bapak saya. Jadi pengantin bapak saya. Bukan apa, karang mengamuk pulak mak saya. Daripada majlis nikah terus ke majlis tragedi pulak..Eh! Berkesan juga kalau nak cuba. Apa macam?” Qibti buat muka serius. Fayyad yang tadi senyum hilang senyummnya. Memang lantang mulut wanita dihadapannya.
“Bukan apa…pantang juga saya ni bila saya serius, orang dok main-main. Bak kata awak tadi..tak pasal-pasal terbang kerusi meja dalam restoran ni.”
Ya! Kali ini Fayyad ketawa. Membebel macam makcik. Fayyad mencapai gelas minumannya dan menghirup. Dia kembali memandang qIbti. Muka gadis itu serius. Fayyad harus serius kembali.
”Maaf lah. Saya gurau tadi. Sebab tadi saya rasa urat muka ni tegang sangat. Sekarang dah kendur sikit.”
“Saya ni kerani capok. Bukan badut nak buat orang gelak.” Fayyad masih senyum. Dia memandang jam tangganya. Hampir tiba awaktu asar.
“Ginilah..yang tadi maafkan saya. Saya hanya bergurau. Saya akan cuba hentikan perkara ini. Insyallah kalau bukan jodoh kita, dekat bagaimana pun tak kan bersatu. Tak perlulah awak terlalu memening. Kalau benar memang awak tidak boleh menerima..mintalah pada tuhan agar jodoh kita dijauhkan. Seperti yang saya cakapkan tadi..andai bukan jodoh kita, walaupun kita berada dekat sebegini..saling berhadapan tidak takkan bersatu..”ucap Fayyad lembut. Suaranya  begitu menasihati. Qibti sedikit terkelu.
“Tapi awak harus ingat. Andai benar telah tertulis jodoh kita..Walaupun kita terlalu jauh tetapi akhirnya akan dekat. Dekat mungkin sehampir begini atau lebih daripada ini. Biarlah awak di utara, saya di selatan..”
Qibti terdiam.  Perlu menyata apa lagi. Kata-kata Fayyad buat ia tersedar. Qibti beristifar. Adakah dia melawan takdir? Tidak. Bukan. Dia hanya berusaha untuk mengubah benda yang tidak pasti lagi. Jodoh mereka belum pasti. Qibti merenung kosong ke luar. Mindanya serabut.
Sebelum berkumandang azan asar mereka berpisah.  Kesepakatan telah dicapai. Ibarat Qibti memegang gunting, Fayyad memegang pisau. Mereka bersetuju untuk memutuskan dan menghentikan perhubungan yang bakal bersatu nanti. Apa berlaku ia harus dihentikan. Harus!

****    ****

No comments :

Post a Comment