Sunday 29 January 2012

"Segmen :Aku & Novel"

 

cakkk! ada segmen yang pelik sedikit. suruh senaraikan top 5 novel da besh! nak join la.. So pada perkiraan aku, dulu-dulu aku minat baca novel. Sekarang je kurang sebab no time la.. Tapi acamane pun ada beberapa novel yang sampai la ni segar kat otak bi ni.

di tangga ke lima diduki oleh PERGILAH LARA by ZURAIDAH OTHMAN
( bi raasa betul kot nama penulis ni)..cerita ini sangat tragis. Kisah seorang gadis bernama Adila yang cekal. Bahasa dalam novel ini indah dan sampai ke jiwa jika kita membaca. Paling sedih bila Adila tahu bahawa kekasih dia ada pertalian dengan dia. Kira adik abang la.. cedih cedih

ditangga keempat berjaya dimiliki oleh SETULUS JANJI by AINA EMIR
Sangat best! Dari lima bintang dapat 4 suku bintang. Ini lah satu-satunya penulisan  Aina emir yang bi minat. Kisah suami isteri yang ada ego. Dalam novel ni kalau kita baca kita kan rasa ada dalam novel tu. Kita rasa nak cakap kat hero dan heroin: stop jangan gaduh! sebenarnya macam ini.. macam ni..bla2. Rasa nak terangkan konflik yang berlaku supaya keedua-dua pihak berdamai. Baca novel ni akhir mata akan keluar je. Bi baca malam tu sorang2 nangis pastu lap mata kat ujung bantal. Preeet preet buang ingus.

ditangga ketiga pastinya BAYANGAN RINDU by ANIS AYUNI
Cerita ni memang mabeles! hebat! Kita akan berangan nak dapatkan hero dalam novel ni. Bila baca mesti gelak coran-corang. Kalau dah habis baca pun mesti sengih juga. Terbayang-bayang. Bahasa dia cukup bersahaja dan spontan. Cerita ni kisah sorang laki cina yang suka kat gadis melayu sejak dari sekolah lagi. Digambarkan laki tu berkarisma,romantik, baik, encem, tinggi, ada keta best..wau wau wau. betul betul HOLIaw!!!

ditangga kedua dimiliki oleh ANDAI ITU TAKDIRNYA by lupalah...
Ia mengisahkan penderitaan seorang isteri yang dikasari suami. Dalam cerita tu suami tu sampai seret perempuan tu. Last-last lak tu menyesal. Bi baca memang gila nangis. Sampai tengah malam baca. Bila nak stop rasa tak nak stop. Cam gitu sekali rasanya. Pesan bi, kalau nak bca novel ni kena siapakn tisu, pastu jangan baca depan orang. Sebab malu nak nangis nanti..Kalau nak lagi rasa  feel pasanglah lagu ombak rindu sambil baca. Fuhhh! rasa tak mo kawen bila baca time adegan kena pukul. Time adegan manje kucing, rasa beshnyeeeeeeeee...

ditangga pertama jatuh tergolek kepada...teteteeeeereeeet MANISNYA CINTA by ANIS AYUNI
Cerita ni memnag superb! Terbaik dari ladang.. Sangat rugi siapa tak baca. Cerita ini ringan tak ada konflik sangat. Bila kita baca rasa kita naik buai..rasa terbang je. Kisah seorang laki nak ngorat gadis. Gadis tu ingat laki tu dreber lori kayu balak kot rupanya laki tu pilot bro. Lucu sangat cerita ni. best dan rugilah kalau tak baca. hanya rm19.90...

hah. nak perasan jap. ada satu lagi novel best. nak tau klik ni birubicomel

So, kalau nak tahu pandangan orang lain pergilah jenguk tuan blog yang buat segmen ni. Banyak lagi novel best cuma kena rerajin la baca komen orang. Nanti tak adalah rugi beli novel tak best kan.. pe lagi klik ini ea:


daa



1 comment :

  1. hehehe, manisnya cinta Lia pernah baca dulu, tapi dah lupa jalan ceritanya sebab Lia pinjam sahaja masa itu..blogwalking dari segmen yang sama. :D

    ReplyDelete