Saturday 19 November 2011

kisah potong rambut

Petang tadi, jam 6 pm aku bawalah adik aku, si cik joyah aka ckin ni ke salon mengunting rambut di semenyih. Disebabkan tidak ingat nama salon ni, tak dapatlah aku aibkan salon ni. Ops! salon ke? rasanya better panggil kedai gunting rambut. Kedai gunting rambut ini dimiliki oleh aunty cina yang asalnya nampak pakar.

Dengan hujan renyai kami melangkah masuk kedai. Sebenarnya aku dah bawak ckin ke salon di JJ..MICO SALON tak silap. Gunting punya gunting terbang rm50 hinggit sebab nak sentuhan propesialno sangat. Hasilnya hampeh.. Bila diminta stail gini..

aiya, tak boleh ma, rambut dia tilak boleh ma..

Bila diminta stail gini..

Ummm talak sesuai, lambut dia losak ma..

Huh! kecik beso kecik beso aku nengok itu cina, potong ajelah. Kata pakar sangat. Sesuai ke tak belakang cerita..Ikut ajelah. Maka supaya cikin ni tak berair mata, aku biarkan dia buat keputusan tentang rambut dia. Bukan apa kalau dah potong bukan boleh sambung balik rambut ni, tak pasal menangis kang. Maka, dia pun ikut sugestion itu cina. 

Tapp! kreekkk!

Hasilnya, rambut cikin berekor2 macam apa? macam ekor ayam. Cantik sikitla..tapi hodoh banyak..hahaha. Bawak balik rumah kena kutuk seisi keluarga. Sadis!
So, disebabkan kasih dan kesian padannya, aku pun bawaklah ke kedai gunting rambut aunty cina tu. Aku suruh aunty potong rambut bob. Sebab cikin perasan nak jadi yana samsuddin, si pelakon bini gengster tu (sebenarnya.. dia memang comel dan sesuai rambut gitu). Aunty tu sangat hebat! why? coz dia potong tanpa menyikat rambut, tanpa memblow rambut dan tanpa memakai gunting gigi. Dalam masa kurang 10 min..

Siap!!!

Lucunya, cikin terpinga-pinga sebab aunty tu tak tunjuk pun rambut yang dia potong kat cermin. Kemudian, aunty tu tak sikat pun rambut dia, aunty tu tak tanya pun dia belah rambut arah mana, lupa lak aunty tu tak usik pun rambut depan, paling tak best aunty tu tak raba rambut dia. Cikin ni orangnya suka dibela, dibelai dan diraba  rambut. Tapi Aunty tak buat!

Aku minta auty kasi up bob belakang rambut tu supaya ada seni..tapi dia boleh jawab

"tak boleh ma. Rambut dia senget-senget."

Aunty! itu rambut senget sebab lu talak potong kasi sama, kenapa lu tak pakai sikat? kedai lu sikat lupa beli ke..? Kedai lu nampak canggih tapi sikat pun tak ada. Malas mahu berbicara panjang, aku bagi duit dan bayar. Aduhai terbang rm15. Lebih kesihan aduhai rambut cikin. Idamkan ala yana samsuddin tapi dapat chibimarukochan. Maaf lah cikin. Tapi stil comel dan manis. JUJUR weh


comel kan yana.cikin mahu ini rambut
lain kali kena gunting n bawak gambar bila potong rambut
manis. ada lah sikit rambut kalian

inilah maruko chan. sama tak. memang tak tapi rambut depan je. tak caya?
bye-bye rambut.

ummm, tetiba Teringat cik ema, terbang rm27 untuk rambut chibimaruko juga di TIO salon (thnks to me coz iklankan salon awak ni).

..lepasni nak kena beli camera, tilak belapa celonok celita tanpa gambar...

2 comments :

  1. woi, ko pi bwk cikin potong rambut tak tunggu aku pun yerk !! sampai ati ko... takmo kawan ko.

    ReplyDelete
  2. aku kesunyian disni menjaga rumah

    ReplyDelete