Saturday 19 November 2011

dilema


Pernah tak korang dalam persimpangan? yup! persimpangan antara dua simpang dan kalian tak tahu nak ke simpang mana?
Sekarang aku tengah buntu! tengah mencari simpang. Bukan simpang jalan. Kalau jalan tak risau sebab sesat boleh patah balik. 
Tapi ini simpang jawapan. Dilema antara dua.
Manakah yang harus dipilih. A atau B?


A- Duit
Situasi dimana duit akan datang seperti hujan. setiap hari duit akan mengalir laju.Tapi duit akan datang jika korang berusaha dan rajin bekerja keras. Aras tahap duit yang diterima berdasarkan tahap kesungguhan bekerja. Buat kerja nampak hasil. Sampaikan bila dah banyak sangat duit, korang akan tolak untuk bekerja dengan alasan penat. Tapi sebenarnya duit dah banyak sangat. Si pengutip sampah mengutip sampah seharian untuk mendapatkan rm10, rm 20..Tapi korang hanya perlukan setengah jam untuk rm100, rm50..mudah! Tapi ada benda yang perlu dibayar. Korang terpaksa bekerja tak kenal masa, bersedia sentiasa. Bercuti? ummm mungkin perlu difikir seratus kali. 'M.U.N.G.K.I.N' Sebab dunia A ni tak ada waktu bercuti dan bersama tersayang sangat. Jadi sampai satu peringkat orang sekeliling akan kata engkau hamba duit walaupun bukan gelaran itu yang engkau inginkan. Korang akan termenung dan memikir. Duit itu betulkah rezeki atau ujian sebenarnya. 

B- Masa.
Disituasi ini korang akan termenung membayangkan duit. Hai, alangkahnya manis dan indah jika aku keluar dari sini dan berada ditempat yang boleh memberikan duit yang banyak. Kerana di B,korang tidak punya duit tetapi korang punya masa. Boleh bersama tersayang, bersama dengan yang wajib dan lain-lain. Bukanlah korang tiada langsung duit cuma berbeza. Tidak banyak. Tapi korang dapat gelak tawa, datang pulang cukup masa. Cuma kekadang akan terfikir: memang duit tidak boleh membeli masa dan kehidupan, tetapi masa dan kehidupan memerlukan duit.

Aku berada disituasi A, dan sedikit berasih ke situasi B. Tapi aku keliru untuk memilih. Sebab aku perlukan A dan B. Betulkah tindakan ku memilih B..? peluang datang sekali je wahai 'aku'.

No comments :

Post a Comment