Thursday 2 January 2014

Pom pom pom!! welcome 2014.

Asalamualaikum

Goog bye 2013.
welkem welkem 2014.



Jadi tahun yang baik ye untuk bi. Tak mo jadi tahun yang menyedihkan. Uikk! Apasal bi wish lagu tu. Baik, gagal, happy, sedih dan sebagainya akan tetap berlaku. Sebab kita manusia biasa. Setiap saat kita akan merasa semua itu. Dengan adanya rasa positif dan negatif inilah yang mejadikan hamba Allah swt yang lebih baik dan beringat akan kehidupan.

Jadi janganlah berangan dan menggelupur wish ala-ala barat yang sangat general:

'i harap tahun ni lebih banyak kegembiraan dan more miracle dalam life i'
'i harap 2014, i akan lebih maju dan memandang ke hadapan.Life must more greet!'

Oh itu tipikal harapan dan ungkapan.
Itu adalah khayalan seperti plot permulaan dalam drama adaptasi daripada novel.
Why.why... kenapa?

Sebab bila nak pasang azam dan harapan pasanglah sesuatu yang nampak dan nyata. Bina daripada ada ke tak ada. Daripada satu menjadi dua. Contohnya:

2013- ada motor                 -----> 2014: nak ada kereta
2013- bertunang                -----> 2014: berkahwin
2013- saving rm 200/month----> 2014: RM300/month
2013- bercuti di sabah       ------>2014: ziarah umrah

Nampak tak. ia nyata. jelas dan ada matlamat. Seiring dengan dunia, lakukan perubahan juga untuk upgrade dalaman rohani kita.

Misalnya:

2013- puasa ramadhan 10 hari sahaja   ----> 2014: ramadhan full
2013- selalu tinggal subuh                      ----> nak qadaq dan full subuh
2014- tak pernah puasa sunat syaaban  ----> puasa sunat syaaban

 Jadi bukankah cantik, bila seimbang kedua-duanya. Lagi satu azam dan harapan anda tu kalau boleh lebih indah dirahsiakan. Biarkan diri sendiri sahaja yang tahu. Itu lebih baik. Jangan dicanang satu office. Cukuplah di bisik-bisik dengan diri sendiri.Bukan apa, nama lagi harapan. Belum tentu ada rezeki kita untuk mengapainya. Lupakah kita pada ungkapan bahawa:

'Kita merancang, Allah menentukan..'

Ungkapan yang sangat tegar disebut dalam filem, tv.  Terutama plot putus cinta, putus kasih. Lucu pun ada. Kadang-kadang bagi bi tak betul juga ayat tu. Sebetulnya sebegini. Anda tidak layak menuturkan ayat ini jika langsung tidak berusaha. Mana nak nampak hasilnya jika tidak melakukan dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa meminta pada Allah.Sangat mushtahil, jika kita meminta dan Allah tidak kaburkan. Allah swt, Maha pemurah.Kadang-kadang Allah tidak kaburkan apa yang kita minta. Rupanya Allah ingin beri sesuatu yang lebih baik pada kita.

Masyallah.

Jadi, peganglah konsep:

'Kita merancang, kita berusaha, kita bertawakal dan Allah menentukan'


Opss... Cukup ceramahnya bi :D
Cuma bi nak kongsi daripada 6 azam bi, hanya 2 azam bi nak kongsikan:

1) Nak kembangkan bisnes konsep muslimah bi.
2) Nak ada baby.

Doakan semoga harapan bi ni akan sukses.. Bi pun doakan kesuksesan anda semua. Amin...Insyallah.
2013: alhamdulillah, tercapai harpan b i untuk berkahwin.

Ok.bye.
Allahuakabar.







2 comments :

  1. Assalamualaikum Bi

    moga tahun ini lebih ceria lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..
      smg kita semua diberkati Allah swt

      Delete