Monday 27 January 2014

TIP pemilihan Veil

Asalamualaikum

Pemilihan veil adalah penting dalam memastikan anda tampil anggun di majlis anda. Pls jangan tangkap muat. Bukan bi nak kepohci. Bi cuma nak kongsi beberapa tips yang maybe berguna untuk bakal B2B ni.

1) Ketinggian anda.
-Kalau anda dikurniakan ketinggian adalah amat cantik untuk anda mengenakan veil yang panjang. Ia akan menyebabkan anda tampil lebih tinggi dan membantu untuk anda nampak kurus! Seronok bukan. Ketinggian yang bi maksudkan adalah sekitar 160cm++

-Bagi yang rendah comei macam bi sendiri ni. Opss! Awas..Jangan galak sangat memakai veil yang panjang melepasi punggung. Apatah lagi sehingga betis atau meleret-leret menyapu lantai. Memang cantik, namun agak kurang sesuai. Anda akan tampil lebih rendah dan bagi yang bertubuh besar akan lebih besar kelihatannya.

2) Bentuk veil.
Pastikan bentuk halfmoon yang sempurna. Ada pelbagai veil yang menarik di pasaran. Pastikan anda memastikan bentuk potongan adalah sama kiri dan kanan veil tersebut. Bagi yang berhijab bi tak galakkan untuk memakai veil dengan cara meletakkan veil sedikit pada sanggul anda. Contoh gambar terhampir bi dapat tunjukkan:


3) Pemilihan warna.
Ok! anda bebas memilih warna. Cuma untuk nikah pastikan anda memilih veil berwarna lembut. Pastikan kombinasi manik dan lace atau sebagainya adalah cantik. Apa lagi! Minta nasihat dan pendapat mereka yang pakar seperti pereka veil anda dan kawan-kawan yang dicipta sebagai pengkritik tetap!

4) Design veil.
Sebelum menempah pastikan anda telah mengetahui budget anda dan rupa design yang anda inginkan. Jangan set minda anda veil yang cantik hanya diperolehi pada harga yang mahal. Walaupun itu hakikatnya..!  Anda perlu nyatakan budget anda dan design iaitu warna dan tahap 'keserabutan' veil anda semasa menempah.
Some time..less is better. Jika anda ingin tampil 'sweet' dan 'ayu' elakkan veil yang berserabut dan terlalu crowded. Biarkan ia simple dan nature. Misalnya sebegini:

 


 
 


Semoga tips yang sedikit ini dapat membantu anda! HAPPPY B2B!

2 comments :