Friday 21 October 2011

Tip elak pembaziran.

Wau! satu ungkapan dan kalungan tahniah pada diriku kerana lately ni aku berubah kepada gadis penjimat. Shabas ubi!. Kalau dulu-dulu la, ini cerita dulu-dulu ya aku tak sedar aku gemar membeli belah. Tidak lah terlalu membazir apa yang ku beli, cuma kadang-kadang itu bukan satu keperluan. Lampu syiling, bunga bertangkai-tangkai, pinggan murah, baju yang ada sale 70%, skin care, tudung colour coklet khasnya dan banyak lagi yang dahulunya aku anggap PERLU!

Lani, agak kurang. Mungkin terbuka pintu otak ni untuk mempersoalkan apa yang ku beli. Asal pegang barang je aku terdetik dan tertanya-tanya.. BAZIRKAH AKU?

So bagaimana, aku berjaya menyekat perbelanjaan ku? Mari kita berkongsi tips. This tip, FREE OF CAJ sahaja!

-once duit masuk aje, aku akan terus menyimpan ke bank yang tidak ada kad. Sebab aku ni malas nak keluarkan duit yang tak ada kad. Kena isi borang, beratur dan hitamkan mak jari ni di kaunter adalah proses yang meremeh dan melemahkan nafsu mengeluarkan duit. So katakanlah, bulan tu gaji aku RM 4.70sen, 20% iaitu RM 0.94 sen akan secara otomatik ke tempat penyimpanan yang tiada kad.

-Baki 80% adalah hak aku dan org sekeliling. Jadi kita ni hanya lah pemegang amanah reseki yang dapat. Belajar hulur dan menghulur. 20% untuk famili. 40% untuk hutang yang setiap setiap bulan dan lebihnya untuk berbelanja! Yipppiii....

-Dengan 20% tu aku akan shoping setiap hari walaupun dikedai mamak. Purata belanja harian rm20.00. Minyak plus topup plus buku plus makeup plus baju plus tudung dan bermacam-macam lagi. Seronoknya. Jadi bagaimana nak dapat kualiti membeli belah dengan hanya rm20.00 sehari? Disinilah kemahiran membeli belah yang sebenar diperlukan.

-Belia dan belah lah sewaktu sale berlaku. Untuk aku mudah, asal ada je J CARD khasnya akan terjadi aku akan pergilah. Dua tiga hari sebelum J CARD mesti aku dapat masej daripada 63333. Kawan aku kata itu masej berhantu. Mesej ALONG nak tarik duit orang. Hahahaha.. Bukanla kawan, itu mesej mengajak jimat. Jadi, time tu aku akan shoping dengan luar biasa sikit. Adalah sikit-sikit bajet lari tapi memuaskan! Bayangkan hari tu aku memang inginkan sehelai baju beharga RM 59.90.  Memang hampir terbeli time tu. Kawan aku pun pegang tangan aku :

..sabar bi sabar.. jangan beli 

Balik lah aku tanpa baju tu. Memang kecewa! Tapi ingat, bersabar tu kan indah.. rupa-rupanya time J CARD aku dapat hanya RM 17.90. Gile bro!Kesimpulan? beli time less aje barang, time less walau tak perlu beli jugak!

- Sebelum beli buatlah penilaian dahulu khasnya barang yang mahal dan penting. Contohnya set perabot. Minta dan nilaikan pandangan orang pakar seperti aku misahnya (hihihihi), serve internet dahulu, check bajet dulu.. Itu penting. Kadang-kadang ada 2 produk yang sama tapi lain brand so buat asigmen dulu. Senarai buruk baik dan baru pilih. Itu yang terbaik!

Agak akula tips diatas memang berguna unutk dipraktikan. Memang berkesan! Cuma pelik juga dengan diri aku..memang aku berjaya kawal nafsu shoping tapi semalam aku baru habiskan rm 520.00 untuk barang yang aku sendiri tak sedar. hai hai...

2 comments :

  1. tips bagus ni bi, kena praktikkan...sy pun nak mula berjimat bila msk umh baru nati..skrg ni agak byk kluar duit sb nk lengkapkan rumah...

    ReplyDelete
  2. samalah. saya pun baru pindah rumah. berhabis dekat rm 1000. tapi berbaloi..sbb normal prise utk semua produk tu rm2500. jadi berjimat ya!

    ReplyDelete