Wednesday 19 October 2011

petang, hujan dan aku yang MALAS

MALAS! sangat sesuai aku gambarkan diri aku detik ni. Hari ni hari rabu. Bermakna telah suku minggu berlalu sebelum cuti minggu. Woha i like! Kenapa aku suka? susah sangat ke rutin kerja ku. Susah tu tidak tapi.. Apa yang mudah untuk digambarkan. Mungkin JEMU.

AKU,
Syarikat swasta. Berdegree. Satu benda realiti yang menuntut kesabaran. Sangat selalu aku berangan nak keluar dari rutin hidup sekarang. Nak kerja tempat lain. Tapi susah! Susah nak dapat. Tapi macam mana tak susah kalau aku sendiri tak pernah mohon. hahahaha.. agak tak pandai aku ni! Bukan tak nak mohon tapi MALAS!

hai.. Jam dah 5 petang. Hujan hari ni.  Lebat sih! Dan sangat sejuk. Hari ni aku bekerja sehingga jam 9mlm. Kiranya lagi 4 jam. Kerja aku tak susah. Senang sahaja. Aku cuma perlu memantau sale harian dan membuat sale.

"akak nak beli !@#$%^&. Boleh! Murah aje. Sekarang ni kami tengah promosi. Harga dulu @#$%^& tapi now hanya rm++++. "

Zaappp.. Customer bayar. dan aku pun MASHUK! hihihiih. Tapi sekarang bertambah sikit kerjanya. Aku perlu pantau anak-anak buah bekerja. Kononnya la.. (tapi memang betul). So y nak berhenti?

Mungkin sebab masaku hilang. Disini susah sangat bercuti, tekanan sangat ada, cuma sekarang agak sangat kurang. Walaupun dah jam 6. Dah boleh balik. Masing-masing takut nak balik. Dudukla kau sembang-sembang tapi namanya nak balik NO WAY! Sayang sungguh company dengan kami.  Tahapnya hingga ku terpaksa menyewa rumah belakang office walaupun office ke rumah mak hanya 15 min! Gila kentang!

Tapi yang bestnya pun banyak juga. Disini pendapatan ku alhmadulillah.. Bolehla. Jika kawan-kawan gajinya bawah rm2k aku tidak. Kita kerja kita nampak hasil. Kalau kita pandai mengipas lagi banyak nampak hasil. hahaha.. Malas la kipas-kipas. Penat. Pakai aircond lagi best. Uish sejuknya..hujan-hujan begini pasang aircond, memang sedap tidur. MALASnye.

Kawan-kawan disini pun alhamdulillah.. Sekepala. Paling lucu. Ada yang kata

"bi..kalau dapat offer lain pergila.."

Amboi mengapi-ngapi kuat ya kalian. Hahahha.. Apa harus saya katakan lagi. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku percaya reseki tidak berpintu. Dimana-mana boleh berjaya asalkan bersabar. Ya! Selagi resekiku tertulis disini selagi itulah aku disini. Penat mengeluh, malas bekerja ah cuma seketika. Semua orang sama. Kannnn...

semakin yakin bahawa aku berjaya kerana doa orang tua. Kadang-kadang aku alpa berdoa.

3 comments :

  1. ha, btl tu bi...yang penting hati bahagia...syukur tu mendorong kita jd tenang dan insyaAllah dimurahkan rezeki nanti

    ReplyDelete
  2. semoga sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.saya dah follow sini.follow sy balik ye..

    ReplyDelete
  3. ^_^ insyallah...ada rezeki ada la 2...

    ReplyDelete