Friday, 18 October 2013

Tepung tawar si pengantin

Asalamualaikum..
Jumaat yang barakah datang lagi..

Doa sikit jom..

 Salam Penghulu Segala Hari

"Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah...


Amin...!

Nak tau, masa bi kahwin.. bi ada buat majlis tepung tawar. Ada yang berpendapat dan mengeluarkan nas bahawa tepung tawar tu hukumnya tak boleh kerana menyerupai amalan hindu. Tapi bi buat. Sebab bagi bi bukan upacara tepung tawar yg perlu di titik pointkan.

Tapi...

  Upacara bersalam dan meraikan pengantin yang bersanding yang diangkat. Bi tepung tawar pun hanya untuk seisi keluarga sahaja. Hanya, mak ayah dan adik-adik. Lepas tu, keluarga lelaki seorang dua sahaja.. Sekadar merenjis air mawar dan membaling beras sahaja. Kemudian, bersalaman, berpelukan dan mengucapkan tahniah. Masyallah! Barangkali tidak salah...

Bila teringat agak lucu. Sebab masa kenduri memang lupa nak buat beras kuning.. Lupa nak buat bungan daun pandan. Sebelum makeup, bi ke dapur..ambil segengam beras dan letak dalam bekas tembaga. Air mawar pun kebetulan ada sikit bi campurkan dengan air paip.. Bolehlah. Ada daripada tiada. Kemudian, bi dan hubby direnjis biliskan. Adoi adik, abang bi masa menepung tawar bukan main merenjis. Nasib baik, tak tercampak penutup tembaga ke muka. Beria-ia siram macam siram bunga. Kiri kanan kepala bi mengelak.

Tapi...

Itulah kenangan. Rupanya..seronok duduk atas pelamin kena tepung tawar. Nak rasa? Duduk atas pelamin dulu..hi hi hi. Jadi baki bakal pengantin yang mahu bersanding, jangan lepaskan upacara ini. Kalau tak keberakatan buatlah tapi biarlah sederhana.. jangan lah over menepung tawar sampai jemu orang menunggu. Cukup keluarga asas kita yang menjadi tukang pembaling dan perenjis udahla. Indah sudah!

Jadi, ada sesetengah nak cari  alatan menepung tawar mungkin sukar. Nak beli rasa membazir.. Mahal pun mahal tambahan kalau tembaga berat. Jadi bi nak bukak sewa peralatan menepung tawar. Ada 2 jenis. Besar dan kecil.. Kedua-duanya bewarna emas.


yg bulat-bulat tu lah alatan tepung tawar. besar ada kecil pun ada :)

Gambar diatas bi ambil ehsan dari google. Tapi jangan bimbang sebab alatan tepung tawar yang bi nak sewakan sama seperti gambar itu. Macam bi kata tadi ada 2 jenis. Besar dan kecil


besar

kecil
Harga bagi sewa adalah seperti berikut:

Besar: sewa (rm80) + deposit (rm80-dipulangkan sekiranya dikembalikan dengan baik)
Kecil: sewa (rm40) + deposit (rm50- dipulangkan sekiranya dikembalikan dengan baik)

Tempoh sewa:
5 hari (termasuk hari ambil dan hantar)
Lewat sehari-caj rm10 dikenakan
Tempat pickup:
kajang-dataran msjid kajang
Bangi- Maybank seksyen 9
Klang- Hospital pantai klang


Kawan-kawan..

Bagi pendapat bi, kenapa aksesories bersanding ini diperlukan.

1)Ia sangat seronok bila ada majlis tepung tawar. Serius seronok. Time tu lah kita nak malu-malu senyum. Bisik-bisik orang ucap tahniah. Dan time itu jugalah saat yang agak cantik juga untuk gambar kita di'shoot' oleh photographer kita. Serius!

2) Bi rasa ia menyerikan pelamin kita. Kebanyakkan pelamin yang tidak ada set tepung tawar agak kurang seri. Tambahan kalau berkongsepkan tradisional. Mungkin! Itu pendapat bi sahaja. Anda cuba bandingkan gambar 2 pelamin yang cantik di bawah.


 Perbandingan konsep pelamin hampir sama yang pertama;

Pelamin yang sempurna siap. Namun tiada alatan menepung tawar


ada (pelamin masih tidak siapa: bunga tak ada. Tapi seri mula ada bukan... :) )


Perbandingan hampir sama yang kedua;


tiada.

ada. Ini versi saiz kecil ye


Perbandingan hampir sama yang ketiga;

tiada.

ada. apa pendapat anda?

Terpulang pada pendapat sendiri. Anda menentukan. Jadi bagi yang berminat menyewa macam biasa. Boleh hubungi dengan mesej/wassap bi di: 01335574367 




Tak banyak.. Bi cuma ada 3 set sahaja. Jadi bagi yamg berminat dan berhajat boleh segera hubungi. Tempoh sewa perlulah awal 2 minggu untuk memudahkan urusan bi dan anda. 

Mencari peralatan kahwin dan ingin menempah makeup/veil/ doorgift kahwin? sila ke: 

https://www.facebook.com/theedanhousehttps://www.facebook.com/theedanhouse

Wednesday, 2 October 2013

Pasang Braces lagi ..

Asalamualaikum..

Semalam update, hari update..
hi hi hi..

Seronoknya bila ada cerita untuk dikongsi dalam blog. Tambahan cerita itu bermaklumat dan membantu orang. As u know.. Bulan lepas bi ada remove braces bi. Tak tahu, tak ingat sejarahnya. So boleh baca disini. Ikut perjanjian dengan doctor bi nak emove sekejap sahaja. Sekajap sikit sahaja..

'Saya remove dalam seminggu dua je doctor. Nanti saya pasang balik cepat-cepat..'
'Iye..Kalau awak lambat.. Nanti gigi lari sikit. Treatment ganggu..'
'Ala..Insyallah tak!'

Tapi bi terlambat juga. Hampir 2 minggu jugak. Biasalah, bila dah buka rasa selesa dan malas nak pasang balik. Gila seronok! Boleh gigit burger, makan jagung.. Tarik daging pakai gigi kapak ni. Macam-macam aktiviti bebaslah! Betullah setiap benda yang dikurniakan ada nikmatnya..
Lepas buat apoinment jumaat lepas, semalam (rabu) bin terus berjumpa doctor. Macam biasa, kurang 5 minint nama bi dipanggil dan proses pemasangan braces di buat.

Bi tak nak cerita proses pasang braces tu sebab tak ada apa PAEDOH pun. Bi nak cerita keseronokan dan betapa baguihnya klinik ni.

1) MasyaAllah bi rasa klinik sangat bagus sebab hari-hari dibuka kecuali cuti umum dan ahad. Sometime dia bukak juga pada hari cuti umum sekiranya terlalu banyak apoiment
2)  Dr Aina namanya. Seorang yang sangat baik. Lembut sahaja dia bercakap. Tapi agak lucu, dia suka membebel macam emak-emak. Bebel marah staff, marah pelanggan..Tapi dia bebel nada sangat sopan. Macam emak-emak!
3) Persekitaran hospital ni sangat bersih dan harum. Ada sesetengah klinik bau klinik tersebut memang agak pure bau 'klinik gigi'. Tapi disini semua kemas. Ada akuarium, tv dan lain-lain. Cuma kekurangan, agak kurang majalah.. Jadi jika terpaksa menunggu lama mungkin anda perlu membawa bacaan sendiri.
ruang menunggu. Disini ada 2 bilik rawatan namun bi rasa hanya seorang sahaja dr! pelik jugak :D
 4) Treatment disini agak murah. Berbanding tempat lain.. Disini ada budi bicara untuk memohon pengurangan harga.. Bi ingat lagi masa bi pasang braces. Bi tak adalah tawar menawar sangat, tapi dr tu bagi pengurangan harga sehingga rm500. MasyaAllah semoga bisnes dr berkembang maju!. Bercerita tentang braces, kos disini tidaklah terlalu mahal. Maksima rm5000 sahaja. Sahaja??

hi hi hi

Sahaja? Bukan bermaksud rm5000 tu is nothing. Tapi bagi sesiapa yang memasang braces di area lembah klang, memang akan bersetuju dan mengakui bahawa terdapat sesetengah klinik mengenakan caj sehingga maksima rm9000. Kos rm5000 tidak sama setiap pesakit. Ia bergantung kepada tahap keadaan gigi. Bi ada sugest kawan bi kesitu. Alhamdulillah.. caj dikenakan hanya rm 3500 sahaja. Lagi seronok, doktor tidak meletakkan bayaran pendahuluan yang terlalu tinggi. Hanya rm1000 sahaja. Dan bakinya boleh dijelas secara bulanan pada kadar yang anda tetapkan. So, bila ada duit lebih bayar lah lebih, bila kurang rm50 pun boleh. Bestkan..

5) Staff dr pun agak friendly! Serius... Mereka sangat menghormati pelanggan dan tidak sombong. Semalam masa doktor tengah tenyeh-tenyeh gigi bi.. Adalah 2 orang pesakit datang. Bagusnya, mereka menolak pelanggan dengan sopan dan me'rekemen' klinik berdekatan kepada pelanggan. Terima kasih kerana membuka reseki insan lain dik!\
Ni salah seorang wajah yang u olls akan jumpa. Ramah dan baik adik ni.. Setia di meja kaunter.

6) Lupa pulak, disini juga doktor sangat profesional. Bila u olls sakit gigi. Sakit gigi tahap dewa! U olls biasanya tidak mampu berfikir dan pasrah untuk diperlakukan apa-apa pada gigi tu. Biasa, pasti u olls meminta cabut je! Kononnya macam gigi tu tak pernah berbakti! Buangkan, hapuskan!
Tapi biasanya doktor Aina akan periksa dan tak akan cabut. Selagi boleh diselamatkan doktor akan cuba pelbagai rawatan. Biasanya rawatan akar. Tapi agak mahal taw. Tak silap bi dalam rm500.. Cuma yang seronoknya, pembayaran boleh dilakukan secara 2 kali ansuran. Dan paling bahagia, bila gigi yang nak dihapuskan dah kembali sihat. Jadi jangan buang gigi tu sebarangan. Selagi boleh selamat cari doktor yang pakar untuk memeriksa dan memberi nasihat keadaan gigi tersebut.

Sila susun kasut anda sebelum masuk

Cantik tak toiletnya

peralatan dia semua bersih. Ada pensil disitu!

Bi nak sugest, bagi mereka yang mencari klinik untuk pemasangan braces sangat-sangat digalakkan kesini. Selain layanan, kualiti rawatan bracesnya juga baik. Tiada caj tambahan dikenakan seperti sesetengah klinik. Cuci gigi lain, pasang socket tercabut lain.. itu lain, ini caj lain! Di KLINIK PERGIGIAN AINA ini semuanya termasuk dalam satu kos rawatan. Meliputi semuanya kecuali xray!
Oh! Lupa klinik ni terletak di prima saujana kajang...



sebelum pasang. Bi langsung tak takut dah jumpa dr gigi!

Yeah! welcome back bracesku!

..........................................................................................................................
 ingin menyewa dan membuat tempahan veil nikah: sila klik disini sini..sinila