Tuesday 18 February 2014

Salon gunting rambut muslimah di Bandar Baru Bangi

Asalamualaikum

Wah panasnya.. Panasnya..
Sekarang musim kemarau. Sana sini hutan terbakar. Jadi awas! Jangan main api. Bukan rumah aje boleh terbakar tapi bukit bukau juga :P

Tips: Jangan lupa minum air banyak-banyak.

Bila musim panas ni, paling benci kalau ada  benda yang merimaskan. Macam lemak di badan. Rasa nak buang, tapi ia tetap maintain. Bila kita rasa badan ni gemuk, memang tak selesa pada waktu malam terutama detik-detik countdown nak tidur. Resah dan gelisah!

hi hi hi

Rambut panjang pun merimaskan bila difikirkan. Sentiasa nak bersanggul. Memang nikmat dapat potong rambut panjang yang berat. Tetiba bi teringat ada satu kedai potong rambut muslimah di Bangi. Bi pernah pergi 1x sahaja. Alang-alang bi boleh buat review.

Nama Salon: El-Rahah
Tempat: Bandar Baru Bangi, Seksyen 8

Kali pertama bi pergi. Hari Isnin - tutup. Muka bi bengkek geram sebab bi datang ia tutup.

Kali Kedua bi pergi: Hari Rabu (time tu cuti umum) - tutup. Bi snap picture waktu urusniaga. Supaya Kali ketiga bi tidak salah waktu kunjungannya.

takenote ye. Ini waktu urus niaganya!

Kali Ketiga bi call sebelum datang. Ok, seorang adik lembut menjawab panggilan bi. Katanya hari ini salon bukak. Oh yeah! Bi terus pergi. Hasil review yang boleh bi kongsikan ada 2 aspek. Iaitu positif dan negatif..

Positif.
1)Kedai ini memang totaly khas untuk muslimah. Jangan bimbang lelaki memang tidak dibenarkan masuk. Anda bebas menanggal tudung.

2) Ada surau! Masyallah.. Bagusnya owner dia. Masa bi potong rambut. Ada akak sebelah bi nak buat rebonding. Owner tu cakap, nak but reboning lama.. Sekarang dah masuk asar.. Kalau u nak sembahyang dulu better sebelum kita start proses rebonding! See..!Hebatnya.. Saling ingat mengingati.

3) Ada banyak majalah contoh design rambut yang boleh direffer. Majalah yang latest!

4) Layanan staff memang baik dan tiptop. Owner dia akan check hasil potongan rambut dan menasihati cara penjagaan rambut.

5) Mereka promot produk tapi tak paksa beli. Seronokkan!

6) Harga mampu milik. Potong rambut+ cuci= rm35.00!

Negatif.
1) Laaammmmaa. Lama sangat bi tunggu. Bi duduk di ruang menunggu hampir 1jam 30 minit. Sedangkan hanya ada 3 customer ketika itu. Proses potongan rambut customer-customer tersebut sangat lama. Bi boleh comparekan. Jika di salon cina yang bi pernah pergi dulu-dulu, 1 kepala 10 min. Di El-Rahah hampir 20 minit! Jadi jika anda ingin cepat sila booking atau fikir-fikirkan!

2) Potongan rambut tidaklah terlalu kemas. Pendapat bi, mereka perlu baiki lagi cara menggunting rambut. Mungkin yang memotong rambut bi ketika itu adalah junior lagi so bagi bi dia agak teragak-agak!

3) Satu benda yang bi tak gemar lagi adalah ketidakkemasan suasana salon. Bagi bi ia sesak dan penuh. Mungkin susun atur yang tidak kemas.Ntah! itu Pendapat bi.

Bi bungakan. Jaga aurat orang. Ok! Ni suasana dalam salon :)

Tv pun ada. nice!

Boleh skodeng jalan raya sambil menunggu

Ruang menunggu yang selesa


OK1 Sila baca apa terlulis di tangga. Sila tinggalkan suami anda di restoran bawah!

Bi request rambut macam ni. Hasilnya bolehla..bolehla..bolehla. URMMM

Ok. Itu reviewnya.. Bagi Orang Kajang dan Bangi boleh menerjah dan mencuba khidmat mereka.Bagi yang JAUH nun keluar dari Kajang dan Bangi. Anda boleh mengambil komuter dan teksi untuk kesini.

Oklah.
Hasil review ni harapnya dapat membantu untuk mereka yang tercari-cari kedai muslimah. Insyallah adanya perkhidmatan ini membantu kita memelihara aurat kita ^_^

Sebagai penutup bi nak tiru nora danish dalam MLM. Berapa bintang bi nak bagi ye...

'Ok! Nora bagi tiga bintang!'

3 comments :

  1. Nik pun pernah dtg sini. Niat nak potong pendek n cuci je. Tapi bila dia tgk kelemumur, katanya elok buat scalp treatment dulu. So, buat la kan... Katanya 3x buat baru ok. Skali buat Rm150 :-)

    ReplyDelete
  2. Skrg rebonding brp?da raya kan...still operation hour yg sama ke?

    ReplyDelete
  3. Wujud lg ke salon ni....hri tu pergi jmpa yg tingkat 2 tu je....nyesal pergi salon tu....pekerja dia sgt biadap...

    ReplyDelete