Tuesday 9 April 2013

Cream halia yang superb best!

Pernah dengar lotion halia Mustajab? Pernah pakai? Suka pakai? Yup! Bi sukakan benda alah tu. Sangat best. Sebelum tidur cuba sental kat perut. Rasa ada aircond aje kat perut. Mula-mula memang rasa panas.Lama-lama rasa sejuk. Senyum-senyum je tidur.

Tapi boleh dikategori mahal jugak. Satu tiub lebih kurang rm20 macam tu la. Bi pakai satu tiub lebih kurang untuk 2 minggu. So Satu bulan kos hampir rm50 jugak. Rasa membazir aje pulak. Baik beli kipas angin. Memang confirm sejuk satu badan. Tapi tak boleh kurus la...

So masa jalan kat satu pasar raya bi terjumpa satu produk macam produk lotion tu. Macam okey!
jimat dan jimat

Dalam satu kotak kecil ini ada 3 jenis lotion.. setiap tiub isinya 80ml. Ada 3 jenis perisa. Halia, limau halia dan cili halia. Bi paling suka warna hijau iaitu limau halia sebab baunya wangi sikit dan panas dia tak panas sgt. Warna kuning iaitu halia sahaja bi rasa biasa-biasa je. Tapi masih memberi rasa panas. Warna merah pula paling hot berapi. Tapi tak adalah sampai tinggal kesan merah. Panas dia masih boleh diterima lemak badan lah. Cuma if yang tak tahan panas memang akan resah sikit la...

Nak tahu harga? Confirm nak tahu la tu

hu   hu   hu


cuba teka.. Harganya tak adalah mahal sangat. Insyallah mampu milik.
tiub dia kecik. senang masuk handbeg
 yelah. Bi kongsikan harganya. Sebenarnya itu harga dikotak. Bi beli jauh lagi murah. Hanya rm20.00 sahaja! Percaya tak? yup! harus percaya... murahkan. Sebab tu bi kata sangat berbaloi-baloi. Jimat dan teruskan berjimat!


1 comment :

  1. Salam...dah masuk kn blog bi kat bloglist aini..keep in touch yer..

    ReplyDelete