Monday 8 April 2013

Berus gigi bila pakai braces

Asalamualaikum



 Bi macam mana gosok gigi? Pakai berus gigi lah. Bi jawab. Dia gelak. Bi pun gelak. B dia faham, mesti dia nak tahu bagaimana bila ada dawai dan besi melekat pada gig. Pasti sukar nak dibersihkan. So bi ceritakan lah sikit. Buat mereka yang nak pakai braces Insyallah boleh dicedok sedikit ilmu ni.

Bi perlukan 3 item sahaja dalam memberus gigi. Iaitu berus gigi besar, berus gigi kecil dan flos gigi.
Setakat ini berus gigi yang paling best dan sesuai untuk gigi bi hanyalah colgate atau systema. Tapi bi pilih brand colgate kerana ia mengeluarkan berus gigi paling halus di pasaran iaitu 0.01mm.

kat mana-mana ada jual. bi beli di guardian
pakai berus gigi ni tak sakit. sebab bulunya terlalu halus. So tak payah lah kita sental gigi kita sampai bengkang bengkok plastik berus tu lagi.. Sebab dengan penuh kelembutan pasti sisa makanan tercabut-cabut.

baca sendirila. malas nak terangkan
Pulak, berus gigi ni boleh dipakai lama. Berus dia agak tahan! Tapi sebatang berus gigi tak elok dipakai lama. Ingat sebab kuman dah membiak-biak. So, makesure kalau boleh setiap bulan tukar berus gigi.

haluskan berus ni. rm13.00 utk 3 batang!
Tapi even dia halus bi still perlukan berus gigi utk permukaan gigi yg tersorok di belakang. So bi memang beli berus gigi berbentuk 'L' Funtions ia jugak memudahkan proses korek kotoran gigi dicelah-celah gigi. Yup! Ini sangat diperlukan. Sila beli di Guardian kalau nak murah. Rm8.50 sahaja,

Kalau ikut saiz, ia lebih besar dan kasar saiznya... Tapi ia sangat membantu proses penyucian cik gigi.
Jenama murah pun dah ok. Sebab kita hanya akan pakai maksima 3 hari utk sebatang. Kira paling banyak digunakan 10 kali.

Dan yang teakhir bi perlukan flos tapi bi jarang guna sebab bi pemalas. Sebab bi yakin dengan dua berus gigi tadi gigi bi dah sangat bersih. hu hu hu

kita sental sampai bersih
Bila gigi bersih, keyakinan pun bertambah. Bercakap dengan orang pun rasa yakin dan selesa. Boleh main bisik-bisik. Tak gitu bi?

yeahhh! i felt goooodddd!


5 comments :

  1. Assalamualaikum BI

    banyak payahnya bila pakai braces ni yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. atuk :) lama-lama tak ada payah pun. best je rasa.

      Delete
  2. alhamdulillah..
    kte pon dah selamat pakai braces..
    today hari yang ke 4..
    xsakit cuma xselesa je ha bibir ni nak biasakan diri :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... welkem to da club! jaga gigi lelok taw

      Delete
  3. Akak pon rase malas nak floss bl dah pakai braces ni.
    mungkin sbb x telan makan sgt awal2 ni.

    tkasih dik sbb bg info interdal brush tu gn utk 3 hari je.

    ReplyDelete