Asalamualaikum
Kesiannya..kesiannya...kesiannya.
oh kesian blog bi!
Terkesima bi bila terklik ini blog dan terlihat rupanya kali terakhir update adalah bulan April!
Ibarat andai ditanam sebatang pokok cili. Pasti tumbuhan itu berkembang namun terbantut dan mati.
Sadis!
Semuanya sebab sibuk!
Bangun pagi. . Masak bekal suami. Suami pergi kerja. Kemas rumah, basuh kain. Menyapu. Opss anak baru terjaga. Uruskan anak. Main dengan anak. Anak tertidur. Bi siapkan tempahan.
Menjahit hingga petang. Berhenti. Kemas rumah. Mandikan anak. Masak. Online internet sambil menunggu suami pulang. Perpect! Lengkap semuanya. hi hi hi
Bi menipu! Tak wujud perkataan anak. Hanya angan-angan dan cerita novel bi. Kami masih berdua. Berhoneymoon.
Nak kongsi satu situasi. Suami bi namanya Lee. Dia sangat sensitif andai melibatkan bi. Tak tahulah nak diceritakan sensitif yang bagaimana. Susah! Berkali-kali situasi ini berlaku. Ia berkisar. Panggilan nama.
Bi bahasakan diri bi dengan Lee 'bi'. Yes! it's my name.
'Abang bi dah masak.'
'Abang bi nak pergi mandi'
Abang bi rasa ngantuk..bi tak boleh masak'
'bi rasa lenguh kaki dan badan'
'bi teringin makan burger dengan sate'
'bi rasa kita kena beli baju baru'
bi. bi. bi!
Hingga suatu hari terkeluar dari mulut lee.
'bi..bi..bi. Semua panggil sayang bi. Jantan lain panggil bi. Abang pun kena panggil bi. Tak adake nama yang special lain?' hah! Sudah. Bi serius pening. 18 tahun bercinta memang bi dah gelarkan diri bi pada lee dengan bi. Pehal si lee ni. Tersampok ke.
'Tengok abang panggil sayang apa? Sayang! Bucuk! Dinda!Ini tak. tak habis -habis bi. Tukarlah!'
Ok! Fine. Ini kes takpuahhati campur cemburu. Mesti dia geram dengar bi bahasakan diri bi dengan staff office bi. Ada seorang Staff laki suka panggil. bi..bi.. lembut depan lee! Kih kih kih
'Habis nak panggil apa? Bi tak biasa? Ala...anggap je bi tu baby. Bi kan baby abang!'
Lee diam. Muka tak puahati.
Cerita tadi adalah mukadimah! Moral of the story. Nasihat bi, Bagi bakal bridetobe (b2b) atau pun mereka yang telah berkahwin. Cuba-cubalah memanggil diri dan pasangan kita dengan nama yang sedap didengar. Jadikan panggilan dan gelaran jambatan pengikat kasih pasangan. Ini tak. I YOU, i you dengan laki sendiri. Kalau muda tak kisah lah. Ini pasangan tua! Kembang tekak mendengar. Sakit hati bi bila terdengar panggilan aku engkau antara isteri dengan suami. Paling sakit hati, bila terdengar suami memanggil nama dengan lantang. Hoi bedah! Woi Salmah! Oh Syuhaida hoi!
Rasulullah sendiri memanggil dan memberi gelaran istimewa kepada isteri tercinta Siti Aishah. Pertama, Ya Humaira yang bermaksud kemerah-merahan. Kerana kulit Siti Aishah yang cantik kemerah-merahan. Kedua, adalah 'Muwaffaqah' yang bermaksud cerdik dan mencerdikkan orang lain kerana sifat beliau yang suka bertanya. Sifat ingin tahu kepada ilmu! Sambil beliau bertanya akan jawapan, jawapan tersebut akan tempias turut didengari oleh orang lain. Indah bukan. Jadikan ini sebagai contoh dan idola.
*** bi selalu paksa Lee panggil bi dengan panggilan si cantik, si manis dan si kurus.Dia buat tak taw aje! cis
Tuesday, 12 August 2014
Wednesday, 2 April 2014
Tandatangan Menentukan Personaliti
Asalamualaikum
MasyaAllah. Menarik tak entry bi setelah lama berdiam diri.
Bi nak share satu ilmu.
Baru dapat tadi dengan akak SUPER power. Top Agent hartanah.
Namanya kak NIZA.
Kebetulan,
Dia hantar proposal form takaful. Close satu customer. Wanita. Manager Bank Islam TM.
Hebat bukan. Lagi hebat. Customer tu baru berusia 33 @34tahun. Dan telah menjadi manager pada usia yang sangat muda.
Walaheh Yoep. Hebatnya. Hebat
Lepas customer hebat tu pergi. Kak Niza tunjukkan tandatangan dia.
"Bi tengok sign customer akak ni. Ni lah tandatangan orang hebat. Orang berjaya."
Kak Niza bukak topik. Wow. Agak menarik untuk dikorek-korek ilmu ni. Terkebil-kebil mata bi. Bi pernah dengar bahawa tandatangan membantu untuk kita tahu personaliti orang. Tapi tak pasti pulak ia boleh membantu kita berjaya.
"Iye. Tandatangan juga membantu aura untuk berjaya. Kebanyakkan orang berjaya tandatangan dia ada ciri-ciri macam customer akak ni."
Hi hi hi hi
Mesti korang nak tahukan ciri-ciri tu. Ok lets share this ilmu. Moga semua dapat manfaatnya.
1) Sign tu mestilah boleh dibaca. Mean bila orang baca terus tahu itu nama u!
ok. Terus bi comparekan sign bi. Kak Niza tengok lepastu dia tanya.
'itu apa?"
"itu nama bi lah"
"Belit-belit.Tak faham"
" --_____-- "
2) Sign mestilah menuju ke puncak. Puncak mana? Puncak ke atas kanan.
Ok. Reffer sign sendiri lagi. Sign bi mendatar je. Lurus.
Kesian.
3) Sign tu janganlah belit-belit. Nampak ruang antara huruf.
"Motif kak?"
"Menunjukkan cara kita. Terbuka atau tak"
Sign bi? Oh belit-belit. Ada banyak gulung macam muruku.
4) Garisan dan titik.
Itu juga mempengaruhi. Oh tapi bi lupa tang ni.
Terus bi tukar tandatangan. Cuba punya cuba. Alhamdulillah ada new official sign!
So, bagi memudahkan pemahaman u olls, bi copy n paste rahsia tandatangan ni. Selamat membaca!
1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu
2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping
3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati
4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain
5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri
6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea
7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik
8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi
Ni pulak kajian tandatangan orang-orang yang mempengaruhi dunia
Osama Laden
Seorang yang tidak suka berkomunikasi dan suka merancang atau melakukan sesuatu secara rahsia. Garisan tebal atau pekat tanda tangannya menunjukkan dia seorang yang mempunyai tenaga yang tinggi manakala garisan melintang di bahagian atas dan lakaran seperti ketam pada tanda tangannya menunjukkan personaliti keras si pemilik tanda tangan. Keistimewaan ketam - tidak kira bagaimana teruk pun serangan orang padanya, dia tidak akan mati sebaliknya `menggigit’ balik dengan ganas.
George Bush
Tanda tangannya yang bergarisan tebal, menurun ke bawah dan tidak berapa jelas menunjukkan keghairahannya untuk menakluk dunia menggunakan arahan bukan diplomasi. Tanda tangannya bermula dari dasar, menaik ke atas dan seolah-olah bersambung dengan huruf pertama (B) nama seterusnya (Bush) menunjukkan dia seorang yang menyimpan perasaan marah, geram, dendam dan kekekecewaan yang amat tinggi. Ia juga menunjukkan disebabkan perasaan ini, pemiliknya sanggup melakukan keganasan dan kekejaman untuk membalas dendam.
Adolf Hitler
Tulisan tangannya yang bersudut menunjukkan seorang yang mempunyai pemikiran tajam dan agresif. Tulisan yang meliuk-liuk ke bahagian kiri menunjukkan seorang yang tidak jujur dan mempunyai pemikiran seperti seorang penjenayah. Tulisan mencondong ke bahagian kanan pula sering kali menggambarkan pemiliknya tidak mampu mengawal emosi untuk memusnah atau membunuh diri.
Bill Gates
Tanda tangan Bill Gates yang bersudut menunjukkan dia seorang yang mempunyai pemikiran tajam. Garis melintang pada huruf `t’ yang memanjang ke kanan dan titik `i’ yang jelas menunjukkan dia seorang yang baran, lekas marah. Tulisannya juga mencondong ke kanan dan ia bukan petanda yang baik. Seperti Adolf Hitler, Bill Gates juga ingin menakluk dunia tetapi dengan cara yang lebih teratur.
Michael Jackson
Lihat bagaimana penyanyi terkenal ini menyembunyikan nama pertamanya dengan satu lingkungan. Umum maklum bagaimana penyanyi ini menukar jantinanya, mengurung diri dalam tangki oksigen dan semua ini jelas tertera pada tanda tangannya membuktikan penyanyi ini melalui masalah besar dalam hidup. Hidupnya juga amat tertekan berdasarkan tulisannya yang mencondong ke bawah.
Albert Einstein
Mereka yang mempunyai tulisan dan tanda tangan kecil sering kali membabitkan diri dengan kerja yang rumit dan terperinci. Tulisannya padat dan konsisten menunjukkan tenaga yang amat tinggi. Garis melintang huruf `t’ pada bahagian hujung atas menunjukkan pemiliknya seorang yang mempunyai sikap yang bagus dan bercita-cita tinggi dalam hidup. Tanda tangan ini juga menunjukkan kuasa mencapai kejayaan amat tinggi.
Sumber: www.yoursignaturespeaks.com

Rahsia Tandatangan
Makna tersirat di sebalik tanda tangan:1. Satu garisan di bawah tanda tangan

Labels:
birubi story
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)