Tuesday 12 August 2014

Panggilan nama pengikat kasih!

Asalamualaikum

Kesiannya..kesiannya...kesiannya.
oh kesian blog bi!
Terkesima bi bila terklik ini blog dan terlihat rupanya kali terakhir update adalah bulan April!
Ibarat andai ditanam sebatang pokok cili. Pasti tumbuhan itu  berkembang namun terbantut dan mati.
Sadis!
Semuanya sebab sibuk!

Bangun pagi. . Masak bekal  suami. Suami pergi kerja. Kemas rumah, basuh kain. Menyapu. Opss anak baru terjaga. Uruskan anak. Main dengan anak. Anak tertidur. Bi siapkan tempahan.
Menjahit hingga petang. Berhenti. Kemas rumah. Mandikan anak. Masak. Online internet sambil menunggu suami pulang. Perpect! Lengkap semuanya. hi hi hi

Bi menipu! Tak wujud perkataan anak. Hanya angan-angan dan cerita novel bi. Kami masih berdua. Berhoneymoon.

Nak kongsi satu situasi. Suami bi namanya Lee. Dia sangat sensitif andai melibatkan bi. Tak tahulah nak diceritakan sensitif yang bagaimana. Susah! Berkali-kali situasi ini berlaku. Ia berkisar. Panggilan nama.
Bi bahasakan diri bi dengan Lee 'bi'. Yes! it's my name.

'Abang bi dah masak.'
'Abang bi nak pergi mandi'
Abang bi rasa ngantuk..bi tak boleh masak'
'bi rasa lenguh kaki dan badan'
'bi teringin makan burger dengan sate'
'bi rasa kita kena beli baju baru'

bi. bi. bi!
Hingga suatu hari terkeluar dari mulut lee.

'bi..bi..bi. Semua panggil sayang bi. Jantan lain panggil bi. Abang pun kena panggil bi. Tak adake nama yang special lain?'  hah! Sudah. Bi serius pening. 18 tahun bercinta memang bi dah gelarkan diri bi pada lee dengan bi. Pehal si lee ni. Tersampok ke.

'Tengok abang panggil sayang apa? Sayang! Bucuk! Dinda!Ini tak. tak habis -habis bi. Tukarlah!'

Ok! Fine. Ini kes takpuahhati campur cemburu. Mesti dia geram dengar bi bahasakan diri bi dengan staff office bi. Ada seorang Staff laki suka panggil. bi..bi.. lembut depan lee! Kih kih kih

'Habis nak panggil apa? Bi tak biasa? Ala...anggap je bi tu baby. Bi kan baby abang!'
Lee diam. Muka tak puahati.


Cerita tadi adalah mukadimah! Moral of the story.  Nasihat bi, Bagi bakal bridetobe (b2b) atau pun mereka yang telah berkahwin. Cuba-cubalah memanggil diri dan pasangan kita dengan nama yang sedap didengar. Jadikan panggilan dan gelaran jambatan pengikat kasih pasangan. Ini tak. I YOU, i you dengan laki sendiri. Kalau muda tak kisah lah. Ini pasangan tua! Kembang tekak mendengar. Sakit hati bi bila terdengar panggilan aku engkau antara isteri dengan suami. Paling sakit hati, bila terdengar suami memanggil nama dengan lantang. Hoi bedah! Woi Salmah! Oh Syuhaida hoi!

Rasulullah sendiri memanggil dan memberi gelaran istimewa kepada isteri tercinta Siti Aishah. Pertama, Ya Humaira yang bermaksud kemerah-merahan. Kerana kulit Siti Aishah yang cantik kemerah-merahan. Kedua, adalah 'Muwaffaqah' yang bermaksud cerdik dan mencerdikkan orang lain kerana sifat beliau yang suka bertanya. Sifat ingin tahu kepada ilmu! Sambil beliau bertanya akan jawapan, jawapan tersebut akan tempias turut didengari oleh orang lain. Indah bukan. Jadikan ini sebagai contoh dan idola.


*** bi selalu paksa Lee panggil bi dengan panggilan si cantik, si manis dan si kurus.Dia buat tak taw aje! cis












No comments :

Post a Comment