Monday, 30 April 2012

memberontak

Jiwa kecilku ingin memberontak. Mahu menoreh pisau, senapang pada diriku.Kerana gagal mengatakan tidak!
Terkadang ia sangat manis, terkadang ia menyakitkan. Bukan sekalian kalinya, aku pinta lagi. aku ingin datang padaMU dalam sesuci mana dihantar. Agar bersatu kalbu dan jiwa. Aku ingin mengadu dan merintih tanpa malu.

'Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta'

Jangan bersakitan. Ia hanya kisah adat.

 
lagu ini menenangkan

air mata

Dear: aku

Kebelakangan ini tengah makan, tiba-tiba tap... kuar setitis, dua titis...tiga titis. Pelik tapi normal. Bi tak kaji cuma terfikir. Tak ada sebab nak menangis tapi ia keluar. Yang lucu time tengah memandu tadi tiba-tiba mengalir.

Mungkin kepenatan terlahir melalui air mata. Mungkin rasa sedih yang terkumpul terlahir juga melalui titisan tu walaupun ketika itu bi sudah hepi. Bi penat nak jaga hati orang, tapi orang tak jag hati bi. Dengan sesiapa pun bi tak cerita apa bi rasa sebab bi tak tau nak cerita apa. Tiada sesiapa memahami. Bi cuma boleh jawab

"..eh..betul tak ada apa.." Betul!Sebab ia tak ada apa.


'Bila empangannya sudah pecah ia akan mengalir. Ia hadir setelah berkumpul segala emosi. Barangkali gembira, penat dan banyaknya pilu, melimpahnya ketawa. Aku merasa aku yang menjaga, bukan dijaga.'
'kecewa itu penat. Ia hadir setelah kita bersusah payah tetapi tiada kesenangannya. Mungkin juga hadir bila ia tidak ikhlas lagi'-rubi: 9.34 pm

biskut pertama. tidak kecewa kerana ia iklhlas