Friday, 1 November 2013

Veil ekslusif. sweet. jimat!

Asalamualaikum semua...

Apa khabar? Bagimana dengan tubuh badan.. Sudah gemuk ke? Alhamdulillah jika gemuk dan membesar dengan jayanya. Bermakna ada cukup makan. Bi pun sama. Agak membesar dengan jaya dan berkesan. Rasa 'tak berapa seronok' bila mengemuk. Tapi salah siapa.. Dah makan tak kenal masa dan kuantiti. Macam mana pun, tetap Alhamdulillah kerana nikmat makan masih cantik Allah swt bagi...

Hari ni, nak upload sikit design veil terbaru. Yang sebelum-sebelum ni dah sold out ea. Cepat je ada pembeli, barangkali murah rasanya. Material pun cantik. Bertitik tolak dari itu, bi bi berhasrat kalau diizinkan bi nak menjual veil yang berpatutan. Sebab pemerhatian bi, banyak veil dipasaran terlalu mahal. Sedangkan pengantin nak pakai sekejappppppp sangaaaatttttttttt.

Tapi sesetengah berpendapat mahal tak ngape. Sebab itulah, detil terpenting dalam hidup yang ingin diabadikan. Ye! Betul jugak!! Apa-apapun back to your pocket gurl!

OK.. Bi buka jualan. Nak lelong murah 6 pcs veil.
Veil ni hanya warna putih. Ada 3 putih susu, 3putih salji.
Material: Kain net yang sangat lembut(rasanya paling lembut dalam pasaran)
lace+beads
Harga:rm50.00 +post rm6
Panjang: Bawah pinggul  (1.3meter)
Lebar: 1.2 meter





panjang dan tidak mengerbang.

Berminat? sila comment.. atau wassap bi: 0133574367

thanks :P

Friday, 18 October 2013

Tepung tawar si pengantin

Asalamualaikum..
Jumaat yang barakah datang lagi..

Doa sikit jom..

 Salam Penghulu Segala Hari

"Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah...


Amin...!

Nak tau, masa bi kahwin.. bi ada buat majlis tepung tawar. Ada yang berpendapat dan mengeluarkan nas bahawa tepung tawar tu hukumnya tak boleh kerana menyerupai amalan hindu. Tapi bi buat. Sebab bagi bi bukan upacara tepung tawar yg perlu di titik pointkan.

Tapi...

  Upacara bersalam dan meraikan pengantin yang bersanding yang diangkat. Bi tepung tawar pun hanya untuk seisi keluarga sahaja. Hanya, mak ayah dan adik-adik. Lepas tu, keluarga lelaki seorang dua sahaja.. Sekadar merenjis air mawar dan membaling beras sahaja. Kemudian, bersalaman, berpelukan dan mengucapkan tahniah. Masyallah! Barangkali tidak salah...

Bila teringat agak lucu. Sebab masa kenduri memang lupa nak buat beras kuning.. Lupa nak buat bungan daun pandan. Sebelum makeup, bi ke dapur..ambil segengam beras dan letak dalam bekas tembaga. Air mawar pun kebetulan ada sikit bi campurkan dengan air paip.. Bolehlah. Ada daripada tiada. Kemudian, bi dan hubby direnjis biliskan. Adoi adik, abang bi masa menepung tawar bukan main merenjis. Nasib baik, tak tercampak penutup tembaga ke muka. Beria-ia siram macam siram bunga. Kiri kanan kepala bi mengelak.

Tapi...

Itulah kenangan. Rupanya..seronok duduk atas pelamin kena tepung tawar. Nak rasa? Duduk atas pelamin dulu..hi hi hi. Jadi baki bakal pengantin yang mahu bersanding, jangan lepaskan upacara ini. Kalau tak keberakatan buatlah tapi biarlah sederhana.. jangan lah over menepung tawar sampai jemu orang menunggu. Cukup keluarga asas kita yang menjadi tukang pembaling dan perenjis udahla. Indah sudah!

Jadi, ada sesetengah nak cari  alatan menepung tawar mungkin sukar. Nak beli rasa membazir.. Mahal pun mahal tambahan kalau tembaga berat. Jadi bi nak bukak sewa peralatan menepung tawar. Ada 2 jenis. Besar dan kecil.. Kedua-duanya bewarna emas.


yg bulat-bulat tu lah alatan tepung tawar. besar ada kecil pun ada :)

Gambar diatas bi ambil ehsan dari google. Tapi jangan bimbang sebab alatan tepung tawar yang bi nak sewakan sama seperti gambar itu. Macam bi kata tadi ada 2 jenis. Besar dan kecil


besar

kecil
Harga bagi sewa adalah seperti berikut:

Besar: sewa (rm80) + deposit (rm80-dipulangkan sekiranya dikembalikan dengan baik)
Kecil: sewa (rm40) + deposit (rm50- dipulangkan sekiranya dikembalikan dengan baik)

Tempoh sewa:
5 hari (termasuk hari ambil dan hantar)
Lewat sehari-caj rm10 dikenakan
Tempat pickup:
kajang-dataran msjid kajang
Bangi- Maybank seksyen 9
Klang- Hospital pantai klang


Kawan-kawan..

Bagi pendapat bi, kenapa aksesories bersanding ini diperlukan.

1)Ia sangat seronok bila ada majlis tepung tawar. Serius seronok. Time tu lah kita nak malu-malu senyum. Bisik-bisik orang ucap tahniah. Dan time itu jugalah saat yang agak cantik juga untuk gambar kita di'shoot' oleh photographer kita. Serius!

2) Bi rasa ia menyerikan pelamin kita. Kebanyakkan pelamin yang tidak ada set tepung tawar agak kurang seri. Tambahan kalau berkongsepkan tradisional. Mungkin! Itu pendapat bi sahaja. Anda cuba bandingkan gambar 2 pelamin yang cantik di bawah.


 Perbandingan konsep pelamin hampir sama yang pertama;

Pelamin yang sempurna siap. Namun tiada alatan menepung tawar


ada (pelamin masih tidak siapa: bunga tak ada. Tapi seri mula ada bukan... :) )


Perbandingan hampir sama yang kedua;


tiada.

ada. Ini versi saiz kecil ye


Perbandingan hampir sama yang ketiga;

tiada.

ada. apa pendapat anda?

Terpulang pada pendapat sendiri. Anda menentukan. Jadi bagi yang berminat menyewa macam biasa. Boleh hubungi dengan mesej/wassap bi di: 01335574367 




Tak banyak.. Bi cuma ada 3 set sahaja. Jadi bagi yamg berminat dan berhajat boleh segera hubungi. Tempoh sewa perlulah awal 2 minggu untuk memudahkan urusan bi dan anda. 

Mencari peralatan kahwin dan ingin menempah makeup/veil/ doorgift kahwin? sila ke: 

https://www.facebook.com/theedanhousehttps://www.facebook.com/theedanhouse