Tuesday, 10 September 2013

Kisah order kuih

Asalamualaikum.

Bi nak kongsi satu kisah. Kisah ni just small matter je. Besar kuman. Tapi saja bi nak sharekan. Lepas baca u olls duduk sejenak, pandang syiling dan cari kesimpulan beserta pengajaran. Prop utama yang menjadi jalan cerita iaitu sejenis nama kuih terpaksa bi tukarkan kepada kuih jenis lain bagi mengelakkan cerita ini terlalu sahih 100%. Manalah tau dia ada dok gedik-gedik baca, dah terguris hati dia. Jadi daripada kuih T*** bi tukarkan ke kuih Donat.

Ok?
Ok!

Haritu, bi adalah berniat nak sedekah orang makan kuih Donat. Memang tak terniat langsung di hati ni nak suruh Bunda buat. Bi memang terfikir nak tempah sahaja. Adala beberapa tempat bi try kuih yang nak di order. Tapi bi terfikir... Kenapakah tidak diorder pada kenalan rapat yang sememangnya menerima tempahan kuih? Yang asalnya memang ibu mereka tukang pembuat kuih sejati yang menharap tempahan dari orang ramai.

Dipendekkan cerita. Bi mesej kawan bi.

'Salam'
"Salam"
'Apa khabar?'
"Baik..."

Mukadimah yang sangat cantik. Mengelegak jiwa bi nak order. Sedap atau tidak belakang cerita. Niat pertama, sambil menempah ingin membantu. Sungguh!

'Minah (bukan nama sebenar) Kau ambil tempahan kuih tak? Hari tu mak kau buat kuih sedap. Aku Ingat nak tempah Donut..'
"Ambil. Kenapa kau nak tempah ke? Bila?"
'Dalam seminggu lebih. Kalau ambil tempah, aku nak tempah. Kau bagilah the best prise'
"Boleh..Tapi kau nak tempah berapa?"
'Aku nak tempah tak banyak.. Kena tengok berapa harga dulu mak kau tolak.'
"Oh..yelah tapi kena tengok juga berapa nak baru boleh bagi harga. Ko nak berapa ribu. Seribu ke"

PAAAAPPPPP! aiya...
Ada ayat kurang sopan. Seribu kedua ribu ke tiga ribu ke...
Masyallah time tu baru bi sedar bi salah tempat order. Bi order di kedai yang hebat. Tempahan besar-besar sahaja.

'Tak banyak macam tu..Aku order dalam ratus je.. Dalam 3,4 ratus sahaja..'
"oooo..."

Mesej berhenti disitu. Bi rasa tertutup roh untuk menempah. Terus terasa Donutnya kurang sedap.
Teringat bi. Rasanya, dia dan ibu bukan dari golongan peniaga penguasa pembuat kuih yang hebat. Hanya tipikal orang rumah yang menjual kuih. Mungkin alatan masak pun sekadar periuk kecil. Bi rasa la...
# Kenapa tidak disambar rezeki yang datang. Bukan kah rugi???? Kawan..Awak rugi!

 Katakan bi order 400 pcs. 1 pcs rm0.50.. Bukankah sudah rm200. Sedangkan jika anda mencucuk payung berniaga. Belum tentu boleh laku 400 unit 1 hatri. Rasionalnya#

Mungkin salah pengiraan bi. Orang berniga kena fikir jauh, kena fikir besar. Masyallah!

Sunday, 8 September 2013

Selamat pengantin baru. yeahh!

Masih dalam mood berkahwin. Mood honeymoon sudah pasti! Tapi mood berkahwin ada bila terpandang inai-inai dijari. wuuuuu :)

Terkejut? Tak faham..? hi hi hi

30 ogos 2013 bi selamat bernikah. Alhamdulillah.. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan penguasa alam. Pernikahan berlangsung dengan mudah dan senang. Segalanya seperti dirancang walaupun ada sedikit kekalutan. Normallah. Mana nak wujud kesempurnaan. Nanti bi ceritakan. Ramai terkejut dengan berita pernikahan ni. Ada geng, kawan-kawan yang tak percaya. Masa bi bagi kad dok tercangang muka.

"hah! betul kau nak kahwin. Tak percayalah akak!"
Bi gelak. Ye kak..Saya nak kahwin. Saya dah gatai. Jodoh saya dah tunggu depan pintu :)

Untuk pernikahan dan persandingan ni, hampir 95% dibuat sendiri.

Pelamin
Persalinan nikah: baju, veil
Hantaran
Sebahagian Makeup
Masak memasak
Bunga telur
Sebahagian Khemah

dan banyak lagi

Nasib baik kompang tak boleh buat sendiri. Kalau boleh sambil berarak sambil ketok kompang.
hi hi hi

Insyallah nanti bi uploadkan gambarnya. Tunggula mood mari. Bi akan cerita kan semuanya.
Ok.. daaa