Monday, 1 July 2013

Kisah anak dan ayah




1994

Sekolah agama tamat jam 11 pagi. Sekolah kebangsaan pula bermul jam 1 ptg. Antara waktu itu, dia keseorangan duduk di kantin sekolah. Hanya 7 thn duduk seorang diri. Hendak bermain tiada teman dan lawan. Akhirnya tidurlah keseorangan di bangku panjang kantin. Kebiasaan, jam 12 tengahari aku terbangun. Saat mata terbuka, terlihat wajah ayah yang muda. Ayah senyum terus menggosok kepalaku kuat-kuat. Habis tudung bertambah senget.

“Cepat makan! Lepas tu ayah basuh kepala..” Aku terus bangun mencuci tangan. Seingat aku ada lebih 5 singki. Pilih sahaja singki yang mana. Maklumla tidurnya di kantin. Nasi bungkus kiriman emak. Hari-hari lauk hampir sama. Ikan dan ikan.. Mana ayam? Mahu ayam… Aku memang tidak gemarkan ikan. Tidak tahu mengapa. Secubit daging ikan mempu  menghanyirkan tekak. Ayah basuh tangan juga. Aku tahu tabiatnya. Dia tidak mahu makan, Cuma mahu mencubitkan ikan kepada ketulan-ketulan kecil. Ya kerana aku sangat liat mencubit ikan. Bukan tidak mahu tapi aku takut melihat kulit ikan yang sedikit berkilat.
Sedikit sahaja ikan ku makan.. Memang aku akan buang selebihnya. Mulanya ayah marah lama kelamaan ayah tidak mampu berkata apa lagi. ‘SAYA BAZIRKAN IKAN LAGI..’ Ayah pandang sahaja setiap suapan. Ketika itu apa perasaannya. Bahagia? Sedih? Mungkin sedih… kerana aku mahukan ayam. Bukan ikan.

Habis makan aku perlu menukar baju sekolah kebangsaan. Jam 1.10pm aku akan bertukar pagar ke sekolah sebelah. Aku keluarkan baju dari beg. Bila teringat agak hiba. Setiap hari aku akan membawa satu beg untuk dua upacara sekolah. Dua jenis sekolah. Aku akan membawa buku-buku yang berat dan pakaian sekolah kebangsaan. Tidak hairan aku berjalan membongkok jika memabawa beg. Ah! Paling pantang kalau ketika itu, bermain lumba lari dengan kawan sambil membawa beg. Paling pantang bila ada kawan yang bergurau kasar menarik beg ke belakang. Kejam! Bergolek-golek jatuh membawa beban..20kg membawa bebanan 3kg barangkali. Tangisan dan ketawa bila difikir.

“Jom basuh kepada…” Ajak ayah. Ayah tarik kerusi kantin ke singki.Aku tundukkan kepada. Dia bersihkan kepalaku, dibasahkan setiap helaian rambut. Bagi anak gadisnya segar. Selesa menuntut ilmu belah petang ni... Ayah.

to be continue

Sunday, 16 June 2013

Kursus kahwin di putrajaya

Asalamualaikum wrt.

Jawab tak?
jawablah.. Bi mendoakan anda, anda doakan b kembali. Semoga kita semua termasuk golongan yang dirahmati..

Semalam 15/16 jun 2013 bi dan pasangan ke Putrajaya. We olls, pergi kursus kahwin. Bukan kursus menjahit tapi kursus kahwin..

hi ..hi..hi..

Dah selamat! Tinggal nanti nak ambil sijil sahaja. Kami pergi di putrajaya, presint 9. Anjuran syarikat swasta.  Alhamdulillah nak kata seronok sangat tu tak lah, tpi seronok lah juga sebab walaupun kursus kahwin tak adolah 100% hal kawen deme cerita. Ada cerita bab solat, bab jin,bab pisang, bab senaman, bab shoping dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya baru bi tahu bahawa minum horlick ni bagus. Kata en penceramah..

"Di dalam horlick mengandungi 44% serat pisang. Pisang elok di makan kerana boleh meningkatkan tahap keceriaan tubuh badan..That y lah bila minum horlick kita akan ceria dan nak gelak je.. Apa trademark dia. Nak ho..ho..ho..."

"Sebab itu jugalah di Jepun pisang sangat Mahal. Sebiji berharga rm5-rm10. Pisang adalah makanan orang kaya. Budaya di Jepun mengamalkan pisang untuk hidup lebih ceria..."

warhhh... info yang bagus kan.

Ada 6 peceramah semasa program dijalankan. Boleh la semua penceramah pandai berceramah. Cuma ada sorang yang ajak bosan. Bi betul-betul nak tertio bila dengar dia bercakap. Nak kata syok sendiri tak juga sebab hampit 90% bagi perhatian... Tapi serius memang mengantok~ So sesiapa yang belum buat kursus kahwin tapi nak pergi boleh la ke tempat ini. Tapi warning awal-awal nak bagi tau..

Even penceramah dia agak bagus, tapi keadaan tempat agak tak selesa. Bilik dia besar gelanggang badminton je... Tapi dia boleh ambil peserta hampir 200 orang. Memang sesak dan sardin. Bayangkan, ada ke peserta duduk betul-betul sampai dinding depan. Layar putih tu dah kena hujung rambut.. Bayangkan. Tak payah nak bayang sebab if nak merasa bolehlah pergi ke tempat ini. Tempat lain tak ada, tapi sini ada.
Kerusi pula, seketul aje..tanpa meja. So duduk la u olls menegak. Memang sakit pungkok dan pinggang. Sudahla sempit, kerusi pulak tak mesra punggung. Nasib...nasib...

Dia ada makan 3 kali hanya pada hari ahad. Makanan boleh tahan sedap. Rasa puas hati dapat makan. Tapi tak apa, sebab di bawah ada restoran Mamak! Terbaik...! Memang serius sedap. Itulah kedai mamak tersedap bi pernah makan. Kari dia betul-betul hoooooliaaaaaawww. Boleh cuba. Ia betul-betul bawah tempat kursus tu.

If nak pergi bolehla baca butiran ni:

ALAMAT KURSUS BERTEMPAT DI:
Bilik Seminar Tingkat 1,
Jalan P9f, Presint 9,
62250 Putrajaya.

(Depan Kompleks Kejiranan Presint 9, atas Restoran Darulsalam, berdekatan Speedmart & Pasar borong Darulsalam)
Waktu Kursus :
Sabtu : 2.00 ptg - 7.00 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg

CARA UNTUK SMS:
TYPE → PUTRA, NAMA PENUH / NAMA PASANGAN, TARIKH NAK KURSUS (KURSUS DIADAKAN SETIAP SABTU & AHAD SAHAJA) 

CONTOH → PUTRA, ANUAR AZLAN BAHRIN / AYU MAZRIANAH ABD WAHAB, 1-2/1/11
HANTAR KE → 012-294 3040
Mudahkan ^^ selamat  berkursus kahwin!