Thursday, 4 August 2011

Braces yang menggemukkan. Adoi!

Hampir 5 bulan berbraces. Cepatnya masa! Masa tak pernah tetap dengan pendirian. Lima bulan berbraces aku semakin naik berisi. Persoalannya? Mana statmen-statmennns yang menyatakan insan berbraces adalah insan yang bakal akan kurus? Insan yang tekad berbraces adalah individu yang akan tampil langsing dan kurang kg nya badannya daripada asal?

Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak kecuali diriku. Manalah badan tak naik, andai apa makanan pun nampak menarik dan mengoda. Lucu bila mengenang minggu pertama berbraces. Memang pantang! Bukan tak nak makan tetapi tak mampu. Setiap kunyahan bakal menyakitkan hingga tertitis-titis air mata. Sakit bro! Masuk minggu kedua sorry to say la... Burger Mcd pun dah lembut.

Blog yang sepi. Sesepi lubang telinga.

Kenapa tak post someting? banyaklah juga manusia yang bertanya. Senyum tak perlu kata panjang-panjang. Malas, no mood!..Teringin nak berblog balik tapi tak datang pula idea. Maklumlah lately ni terlalu banyak kerja di ofice. Otak dan body penat sangat! Sampai terdemam-demam. Tapi disebabkan nafsu duit yang menebal ku gagahkan diri. Siapa tak nak duit bro? tambahan nak reraya dah ni. Banyak nak kena dihulur dan menghulur dan terhulur. Mudahkan rezekiku tuhan. Amin!

Hari ini hari keempat berpuasa. Terlalu pantas masa! Macam merempit lak masa ni... Betullah kata orang yang meloyar buruk bahawa masa tak pernah tetap dengan pendirian. Oh Ramadhan!


   'Betapa aku merindui kanmu tapi ku pejamkan mata, pekakkan telinga, bisukan suaramu.Jangan tarik nikmat itu'