1994
Sekolah agama tamat jam 11 pagi. Sekolah kebangsaan pula
bermul jam 1 ptg. Antara waktu itu, dia keseorangan duduk di kantin sekolah.
Hanya 7 thn duduk seorang diri. Hendak bermain tiada teman dan lawan. Akhirnya
tidurlah keseorangan di bangku panjang kantin. Kebiasaan, jam 12 tengahari aku
terbangun. Saat mata terbuka, terlihat wajah ayah yang muda. Ayah senyum terus
menggosok kepalaku kuat-kuat. Habis tudung bertambah senget.
“Cepat makan! Lepas tu ayah basuh kepala..” Aku terus bangun
mencuci tangan. Seingat aku ada lebih 5 singki. Pilih sahaja singki yang mana.
Maklumla tidurnya di kantin. Nasi bungkus kiriman emak. Hari-hari lauk hampir
sama. Ikan dan ikan.. Mana ayam? Mahu ayam… Aku memang tidak gemarkan ikan.
Tidak tahu mengapa. Secubit daging ikan mempu menghanyirkan tekak. Ayah basuh tangan juga.
Aku tahu tabiatnya. Dia tidak mahu makan, Cuma mahu mencubitkan ikan kepada
ketulan-ketulan kecil. Ya kerana aku sangat liat mencubit ikan. Bukan tidak
mahu tapi aku takut melihat kulit ikan yang sedikit berkilat.
Sedikit sahaja ikan ku makan.. Memang aku akan buang
selebihnya. Mulanya ayah marah lama kelamaan ayah tidak mampu berkata apa lagi.
‘SAYA BAZIRKAN IKAN LAGI..’ Ayah pandang sahaja setiap suapan. Ketika itu apa
perasaannya. Bahagia? Sedih? Mungkin sedih… kerana aku mahukan ayam. Bukan
ikan.
Habis makan aku perlu menukar baju sekolah kebangsaan. Jam
1.10pm aku akan bertukar pagar ke sekolah sebelah. Aku keluarkan baju dari beg.
Bila teringat agak hiba. Setiap hari aku akan membawa satu beg untuk dua
upacara sekolah. Dua jenis sekolah. Aku akan membawa buku-buku yang berat dan
pakaian sekolah kebangsaan. Tidak hairan aku berjalan membongkok jika memabawa
beg. Ah! Paling pantang kalau ketika itu, bermain lumba lari dengan kawan
sambil membawa beg. Paling pantang bila ada kawan yang bergurau kasar menarik
beg ke belakang. Kejam! Bergolek-golek jatuh membawa beban..20kg membawa
bebanan 3kg barangkali. Tangisan dan ketawa bila difikir.
“Jom basuh kepada…” Ajak ayah. Ayah tarik kerusi kantin ke
singki.Aku tundukkan kepada. Dia bersihkan kepalaku, dibasahkan setiap helaian
rambut. Bagi anak gadisnya segar. Selesa menuntut ilmu belah petang ni... Ayah.
to be continue
No comments :
Post a Comment