Tuesday, 23 April 2013

Majlis pertunangan ema

Asalamualaikum wrt

13hb april, alhamdulillah..kawan baik bi, Ema bertunang. Majlisnya kecilan sahaja. Walaupun usia perkenalan we olls tak selama mana utk bergelar kawan baik tapi bi rasa bi rapat sangat dengan dia. Sebab dia mudah. Boleh saje! Susah senang tak kira masa.

"ema! Ambik bi sekarang. Bi malas dengar kursus kerja ni." ---> ema datang ambik.
"ema! Bi teringan makan jonny"                                           ---> ema bawak.
"ema! Bi nak beli kasut merah kat mid.bawakkan!"             ---> ema bawak juga.
"ema! Badan sakit. Ema bawak urut. Bi rasa demam"          ---> ema bawak jugaa.
"ema! nak makan sardin. Masakla.."                                   ---> ema masak. tapi kena beli sardin :)

yup! ema kawan yang mudah. Kawan susah senang.
so kerana kebaikan dia..Bi tak ralat nak bantu majlis pertunangan dia. Bi bantu kecilan sahaja. Just buatkan hantaran dan mini pelamin.
Tema majlis dia sangatlah gedix. Aiyo..! ini ema dia pinkish gurl. So, semuanya pink putih saja. Tapi color tu memang sweet. Sesuai lah dengan ema yang ayu (kononnya)

Hantaran: sekejap je kami berdua buat.Dalam setengah hari dah siap. Apa yang diperlukan adalah raga dan bunga.riben-riben dan pelekat-pelekat untuk melekat.
asas. mula2 bi lekatkan/ikatkan span pada raga. pastu cucuk bunga. cucuk sambil baca bismillah ye ^^
 Gubah punya gubah. akhirnya siap. Bi gubah, ema tukang ikat span ni. Nak suh ema gubah dia kata tnagan dia keras. Masa sarung cincin baru lembut nanti. uish...
macam ni la... belum susun barang lagi. simple jekan.

Esoknye bi pergi umh ema. Kononnya, mak andam junior ni nak buat pelamin.

huhuhu

Tak taula apa jadi ngan pelamin ema tu. Adakah pelamin anganku musnah bi buat? Hahaha... Tak la. Okey juga bi buat. Disebabkan nak tutup dinding atas. Pelamin tu tinggi kitorang pasang. Naik turun naik turun tangga besi, rasa pejal dah otot peha. Kalau semalam jari ema keras, ni peha bi pula keras.
yeah! mula-mula kasi tutup ini dinding

b mendaki hingga ke puncak tangga. @_@
pasang dan terus pasang. Just lekat je kain ikut kata hati. Rasa cantik teruskan.Tak cantik tanggal dan ubah.
ok x? just nice right..
kasi touch-up sikit... Tambah element bunga2 an...

opps. bersepah sikit :)
after siap pasang semua dan kemas! Insyallah tunggu majlis keesokan harinya.

Lebih kurang jam 1 ptg, bi dtg umah ema. Alhamdulillah semuanya mengikut perancangan. Cuma rombongan lelaki lewat sikit. Ada pulak 4,5 ketul rombongan kereta salah lorong. Tapi biasalah, sesat adalah salah satu adat dan tentatif program meminang. ^_^

Bi makeupkan ema. Simple je. Macam nak makeup pergi kerja. Tak pandai nak makeupkan... Ikut jari-jari. Ambik makeup dan calit.

yeah! gambar bi paling over sbb b yg tangkap gambar.
 sementara menunggu rombongn we olls pun bergambo-gmbor. Kami gila camera! Dalam jam 3 setengah rombongan sampai. Tak sangka, mereka pakai adat negeri. Pengantin lelaki 'terpaksa' bawak duit hantaran sedikit. Tak ada duit? uishh! Ate berangan ajelah kome nak bertunang.

Cincin dia kecik je.

ema senyum sampai koyak pipi. happy benor. im taken lah katakan..!

alhamdulillah. tak lama lagi bakal disatukan. moga mudah segalanya.
Bi paling suka gubahan bunga mawar b kat dalam gambar tu. Tak sangka bi pandai buat. Main cocok je. Memang ada darah keturunan seni jemari agaknya.


Ema... mabruk ea!

ema.rubi

13 april 2013



No comments :

Post a Comment