Monday, 16 April 2012

kenangan di Madinah

Alhamdulillah..terbukak pintu hati untuk mengupdate benda rahsia. Banyak yang bi nak kongsikan, kadang-kadang semangat menulis tu berkobar tapi bila terpegang je keybod ni terus malas. No idea!

hi hi hi hi

Pada 10 march bi bersama ayah, ibu, yong dan adik bebongsu selamat tiba ke Madinah. Banyak sebenarnya yang nak diceritakan semua semua dapat berkongsi perasaan tu sedikit. Cikit pun okey lah.. Mana tau bila baca dan terpandang-pandang gambar terbukak pintu hati. Manalah tahu time tengok dengan baca post bi ni hati pun mendetik:

"Ya Allah aku teringin untuk ke sana..aku rindu bumi Haram. Aku rindu rumahMu, rindu KekasihMu..Titiskan rahmatMu untuk menjemput aku kesana.."

Dapp! Kalau waktu itu waktu dan detik mustajab..Alhamdulillah..Dapat kita menjadi tetamu AHAD.

so, layan sahaja la pitc-pitc ini ya. Camera bi murah, b pulak bukan model..so maaflah kalau gambar tidak cantik, tapi b rasa moment gambar itu sudah cukup indah. Ahaks!

di klia..time mengisi borang. kami sampai jam 4.30 pagi. tapi bertolak jam 10.00..alhamdulillah ada kapal terbang menanti

yg berkot tu ayah, yg baju putih dik man... nak bertolak dah. bye2 malaysia. kami nak pergi bumi suci..
 Perjalanan ke Dubai lebih kurang dalam8 ke 9 jam. Kami naik penerbangan Emirates. Pramugari mereka tak ada cantik sangat. tapi tinggi-tinggi..  Di Dubai transit lebih kurang 5 jam sebelum menerbang ke Jeddah pulak. Dari Jeddah kami rebut bas dan lebih kurang 4 jam sampailah ke Madinah.. Kira hampir 24 jam jugakla. Tapi time itu, cemangat sungguh berkobar-kobar. Rasa bertuah sangat sampai di Madinah al Munawarah. Apa pun tidurlah dulu bro. Pukul 2 pagi tu kami sampai.. hi hi hi

ni hotel. Kami dapat tingkat 14. lebih kurang 500 meter dari masjid. Alhamdulillah..
Esoknya, bi pergi ke Masjid Nabawi. MasyaAllah tempat tu indah dan besar dan sangat mewah!. Bi berada di satu tempat dimana ada Makam Rasulullah saw. Perasaan time tu sayu sebenarnya. entahlah, mungkin syahdu. Ayah kata Nabi tahu kita datang melawat dia. Ikhlaskan hati...bersalawat dan berilah salam padanya.

ni lah bukti kecanggihan dan kemewahan bumi islam. payung-payung khemah ni mengecut apabila hari redup iaitu petang.. penuh kesenian. ni perkarangan masjid Nabawi


Luaskan ia. Inilah masjid yang dibina oleh nabi kita.
kerajaan kita belum tentu mampu nak buat cam gini bila difikirkan..


ana wahsalan! Di perkarangan ada aje kuak lentang orng baring-baring sesuka ati even kita sebenarnya berselipar. Sebab tempat tu bersih..sentiasa dicuci. Pantang ada kotor. Insyallah bolehla sembahyang tanpa sejadah (kalo tak was-was)
Ini toilet. Bawah tanah! Bi tangkap gambar sekali polis dia kata: haram..haram.. Opss! no camera.. tapi memang toilet dia bersih. Boleh baring. Ia jugak sangat becarrrr.. Bahaya pergi menyendiri.
aik! bi lagi..hihihi Nampak je kosong. Sebenarnya penuh dengan orang tau. Bi cari kawasan yang single mingle utk posing!
Di bumi Madinah masa terlalu lambat. Ibarat seminit di Malaysia sama dengan 10 minit di Madinah. Waallahualam.. Kakak bi pun rasa macam tu.. Kami dah tawaf-tawaf satu masjid tup-tup baru 15 minit. Tidur rasa dah 8 jam rupa-rupanya sedar bangun baru tidur 2 jam.. Dashat!

bi lagi. belakang itu salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi

ayah dengan ustaz don junior. suka ustaz don!

Selepas habis melawat masjid kami berjalan pulang. Esok datang lagi.. ada 3 hari lagi

Cuma nak berkongsi, disebabkan masalah teknikal b hanya dapat berjumpa dan menziarahi nabi di luar sahaja. Sungguhpun diluar, tidak di dalam raudah perasaan menghadap makamnya dan memberi salam terlalu luar biasa perasaan itu. Nasib baik b pakai spek. Boleh la sorok air mata yang bertakung. Bila kita hadap Rasulullah saw kita rasa malu sangat. Mungkin kita banyak dosa.

 Allah..
Apalah yang boleh digambarkan, b rasa perasaan dekat tapi b malu padanya. Aku rindu padaMu.

itulah bumbung masjid nabawi. Lepas balik umrah, b selalu tengok lukisan bumbung ni di sejadah-sejadah..baru b faham.
 Nampak tak ada seketul benda atas bumbung hijau tu. Dikatakan, itu mayat seorang hamba yang ingin mencuri jenazah Rasulallah saw. Tetapi Allah swt telah menurunkan azab dimana hamba itu dipetir. Sehingga ke hari ini mayatnya tidak dapat diturun dan terus melekat sebagai pengajaran kepada hamba-hambanya. SubhanAllah!
oh ayah dan emakku tercinta! belakang mak dan ayah tu adalah tanah perkuburan Baki'. Perempuan tak dapat masuk so mudahnya bi tak dapat masuk jugak. Tapi bi dapat intai dari atas bus.
 Perkuburan ini merupakan tanah perkuburan paling terbaik dan mulia. Disinilah terdiri kubur para isteri, anak-anak dan para sahabat Nabi serta alim ulam. MasyAllah. Indahnya kejadian mereka kerana ditanamkan disini. Pada akhirat nanti, Rasuluallah akan bangun diikuti para sahabat disisinya iaitu saidina Abu Bakar dan saidina Uthman akan menuju ke perkuburan baqi'.. Apa yang b belajar jua, kesemua penghuni perkuburan Baki' ni insyallah dijanjikan syurga. Maka beruntunglah penduduk tempatan yang disemadikan di sini.Sehingga ke hari ni perkuburan ini telah tutup kerana telah penuh. No entry!


hye mak... man.. i love u all
purdah ni kami beli 5 riyal je. lebih kurang rm5 je. mboi over cik dila..bercepek-cepek.. tapi orang arab tetap cam kami from malaysia. kot kami rendang sangat kot. brand malaysia semua rendang! hi hi hi

barbican time! makcik baju hitam tu bukan mengemis tau. ia meniaga.. Kalau nampak polis dia lari sebab polis akan ambil barang jualan mereka.

man tengok kebab! hanya 4 riyal.. tapi sedap lagi kebab malaysia. kebab deme tak mayonis.
adui...penat cerita. InsyaAllah jika rajin bi cerita lagi. Time to rest. Time to sleep..
isnin,12.22am

2 comments :

  1. bestnye..rasa nak pergi..

    ReplyDelete
  2. wah, best pgalaman bie...akak pun teringin nak pergi juga

    ReplyDelete